Series
25206
Setibanya dirumah , sepucuk surat lagi berada di atas rak kasutnya. Azira mencapai surat tersebut dan segera masuk ke dalam rumah. Surat tersebut sama seperti yang terdahulu , tidak dapat difahami dan disertakan dengan sebiji bola mata.
"utausid igap gnay hadni , salek takgnit agit"
Azira terasa ingin muntah melihat bola mata tersebut. Kenapa dia ? Kenapa surat surat itu dihantar kerumahnya ? Satu soalan yang tidak dapat dia jawab.
Keesokkan paginya Azira membawa rambut dan bola mata tersebut ke jabatan forensik untuk diperiksa. Ia disahkan milik mangsa. Azira menunjukkan surat surat itu kepada ahli jabatannya , Inspektor Mirza , Zafril dan Nazafee.
"Saya rasa ni bahasa orang asli"kata inspektor Mirza sambil membelek belek surat tersebut. "Well I don't think so, bila baca balik macam bahasa Thailand"seloroh inspektor Zafril pula.
"Tak , bahasa ini tak pernah wujud kat bumi ni , saya dah cek kat internet memang tak wujud"Inspektor Nazafee menghentikan pertelingkahan mereka.
"Okay setakat ni apa je info yang kita ada tentang mangsa?"tanya Azira dengan penuh serius.
"Ok setakat kita tak dapat nak kenal pasti id mangsa tapi ada sebuah keluarga yang datang buat laporan polis tentang kehilangan anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun , esok dorang datang untuk pengecaman mangsa"
"Ok good Mirza , baguslah kalau itu memang keluarga mangsa. Kita boleh dapat sekurang-kurangnya satu suspect. Saya nak pergi ke tempat kejadian sekejap , apa-apa call saya"Azira agak lega mendengar jawapan Mirza dan terus bergerak ke tempat kejadian.
Share this novel