Series
25206
Seperti yang diagak Azira dan Mirza, seorang lagi perempuan telah dibunuh dengan kejam. Kepalanya digergaji dan otaknya dikeluarkan. Pihak forensik percaya ia dilakukan semasa mangsa masih lagi hidup. Badannya dibelah dari leher hingga ke perut, segala usus dan organ dikeluarkan dan diletakkan di bahu mangsa.
Tak seperti mangsa mangsa yang lain, kali ini bukan hanya keluarga Azwin sahaja yang datang. Malah 4 buah keluarga yang lain juga turut hadir.
"Tolonglah kami Inspektor, kami risaukan keadaan anak kami"kata Puan Zainab sambil menangis teresak esak. Kali ini, pembunuh gila ni telah menukar corak pembunuhannya. Sebelum ini dia akan menghantar sepucuk surat sebelum dan selepas membunuh mangsa mangsanya. Tapi sekarang dia telah menculik 4 orang sekaligus. Semuanya gadis berusia 17 tahun, berada di sekolah dan kelas yang sama seperti mangsa mangsa lain.
"Jangan risau puan, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mereka ditemui dalam keadaan yang baik baik. Harap puan semua bersabar"Azira menjawab dengan penuh tenang.
"Azira, nampaknya pembunuh ni dah tukar corak pembunuhan. Mungkin sebab nak buat kita keliru"Zafril mengemukan teori yang telah difikirkan tadi. "Nampaknya macam tu lah. Saya nak tau nama nama perempuan yang hilang"Azira buntu memikirkan kemungkinan yang akan dilakukan oleh pembunuh ni.
"Nurul Ashiqin, Nur Qistina, Intan Wahida and Nur Muhafizah"Nazafee membaca nama nama yang tertulis didalam fail kes itu. Kemudian dia terperasan sesuatu.
"Azira! Saya rasa saya dah jumpa kenapa mereka semua menjadi target pembunuh tu!"
Share this novel