Series
25206
"Tolongg!!!!!"jerit Fiza. "Dahlah Fiza takde sape boleh tolong kita sekarang ni"Qistina berkata dengan penuh marah.
"Korang, Ashiqin macam mana ni. Dia dah hilang bila kita buka mata tadi. Aku risau keadaan dia"Intan yang sedang berusaha membuka pintu itu masih risau dengan keadaan sahabatnya.
"Weh Intan, sejak bila pulak kau prihatin tentang keadaan orang lain? Selama ni kau selfish"sinis sungguh kata kata Fiza. "Dah, tak payah pedulikan orang lain! Sekarang ni yang penting cuma diri kita. Ingat tu"Qistina berkata tanpa perasaan bersalah. Baginya dia tidak kisah keadaan orang lain asalkan dia selamat.
~titttttttttt
"Baiklah semua, untuk keluar dari bilik ni kamu semua harus mencari tiga kunci yang tersembunyi untu membuka tiga mangga yang mengunci pintu bilik ni. Kalau korang gagal, korang akan mati sama macam perempuan perempuan sebelum ni" suara seorang lelakj bergema melalui pembesar suara.
Tiba tiba tubuh seorang perempuan jatuh dari pada siling. Ashiqin.. Dia tergantung secara terbalik, dia hanya memakai seluar dalam dan baju dalam sahaja. Terdapat beberapa tanda X dibadannya. Kemudian 3 bilah pisau jatuh dari siling.
"Kamu semua mesti memcari 3 kunci yang tersembunyi dibawah tanda X. Masa yang diberi hanya 10 minit. Masa anda bermula, SEKARANG" tittt~ bunyi nyaring pembesar suara itu menandakan masa mereka telah bermula.
"Fiza! Intan! Amek pisau tu sekarang and start cari kunci tu!"gesa Qistina. "Kau gila ke! Ashiqin kawan kita lah weh! Kau nak aku belah dia guna pisau semata mata sebab nak hidup?"Fiza enggan mengambil pisau itu. "YA!"Intan dan Qistina berkata serentak. Bagi mereka tiada apa yang lagi penting dari nyawa mereka.
"Ah lantak kaulah !"Qistina dan Intan mengambil pisau itu dan terus memotong bahagian bahagian yang bertanda X dibadan Ashiqin. Kemudian saat itu mata Ashiqin terbuka. Dia melihat badannya sedang disiat siat oleh kawannya sendiri namun dia tidak merasakan apa apa kerana pembunuh itu telah memberikannya dadah yang menyebabkan dia tidak merasa apa apa.
Ashiqin menjerit ketakutan sambil memanggil nama Fiza, namun Fiza hanya mampu menekup telinganya kerana dia tidak mampu berbuat apa apa. Ashiqin mati dalam keadaan mengerikan, dibunuh oleh rakannya sendiri. Mereka menjumpai 2 kunci, tetapi mereka tidak menjumpai lagi satu kunci. Masa yang tinggal hanya 3 minit saja lagi. Kemudian Intan terlihat sesuatu di perut Fiza.
"Fiza, angkat baju kau sekarang"Intan memberi arahan kepada Fiza. Fiza mengangkat bajunya dan menampakkan tanda X diperutnya. Fiza terkaku. Intan dan Qistina memandang sesama sendiri. "Tak! Tak! Jangan!! Taaaakkkk!!"
Share this novel