BAB 5

Detective Completed 16446

“Esok pagi?” aku pandang dia tak berkelip.

“Iye esok pagi, lagipun Cik Maya ada pengalaman selama dua tahun, rasanya tak ada masalah kan?” dia berpeluk tubuh sambil pandang aku.

“Tak ada masalah encik.”Aku terpaksa berlakon.

“Bagus... awak boleh keluar sekarang.”

Matilah aku. Aku nak mintak tolong siapa ni? Sadisnya kisah hidup aku. Kan senang kalau jaga budak-budak... ni kena jaga bapa budak, memang habislah rosak program aku!

“Nak rekaan yang dilukis atas apa?” sempat aku tanya sebelum melangkah keluar sebab dah cuak dapat arahan.

“Lukis dekat dahi.” Sarkastik sungguh ayat dia. Aku lempang nanti baru tahu.

“Okey!” aku mendengus kuat. Sakit hati sungguh dengan dia.

“Lukis dekat atas kertas Cik Maya. Kalau saya setuju baru saya suruh designkan melalui sistem.”Aku tak menoleh pun pandang dia. Berjalan masuk bilik aku. Tapi dari bilik aku, aku boleh nampak dia pandang aku. Cucuk bijik mata nanti baru tahu.

Akhirnya dengan sebulat suara ahli Jemaah tingkap antara aku dengan Farah, dia dah setuju untuk mengabdikan diri adiknya untuk menolong aku. Aku bukan tak tahu nak lukis. Setakat orang lidi tak pun lukis rumah petak aku tahulah yang ni nak lukis rumah mewah. Kalau tak kena dengan kepala otak Redza tu aku juga yang kena marah. Nanti tak pasal-pasal dapat penumbuk percuma dari aku. Tak selesai kes ni nanti.

Elok aku sampai rumah yang Tan Sri Ali bagi pinjam tu aku nampak ada kotak besar depan pintu rumah aku.

Dari Farah, untuk Maya.

Aku buka kotak tu tengok-tengok ada segala buku pasal rekabentuk rumah. Segala contoh rumah, jenis rumah, kira-kira untuk tapak, nama jenis kayu-kayu, batu-batu, simen-simen, tu belum masuk dengan CD system yang Farah bagi dekat aku AutoCad la, photoshop la, semua ada... tiba-tiba rasa terharu pula ada kawan macam ni.

Tapi rasa nak lempang pun ada, ada ke patut bagi aku benda ni tanpa ajar aku cara nak guna. So tak gua juga kan? Aku bukan faham pun kalau bagi barang macam ni. Apa-apa pun terima kasihlah Farah.

Aku selak sliding door sambil betulkan rambut palsu aku. Kalau tak salah aku rumah Redza atas rumah aku saja tapi sebelah kiri. Kalau ada rezeki aku jumpa la dia. Tapi macam mana nak buat dia bagi perasan aku? Tiba-tiba aku dapat idea. Boleh ke tak boleh pakai ke, aku cuba dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience