BAB 4

Detective Completed 16446

Pagi-pagi lagi aku dah sampai di syarikat yang bernama Pura Kencana Holdings. Rambut palsu potongan pendek yang berwarna perang dibahagian bawah dan cermin mata tak ada power akan aku pakai sampai habis kes ini.

“Selamat pagi. Saya Maya, hari ini hari pertama saya bertugas di sini.” Aku perkenalkan diri pada penyambut tetamu itu.

“Selamat pagi Cik Maya, Tan Sri ada maklumkan pada saya tentang kedatangan cik. Mari saya tunjukkan bilik Cik Maya.” Aku jalan mengekori penyambut tetamu tadi. Sambil berjalan sempat dia kenalkan diri sebagai Jiha. Berusia 22 tahun. Cantik orangnya dan baru saja berkahwin.

“Okey ini bilik Cik Maya. Sebelah sana bilik Tuan Redza dan sebelah bilik tu pula bilik Tan Sri Ali. Selamat bertugas Cik Maya.”Aku senyum dekat Jiha. Aku melangkah masuk bilik aku.

Cantik dekorasi pejabat ni. Memang ada citarasa yang tinggi dan aku suka. Semua dinding menggunakan kaca lutsinar. Dari tempat aku ni semua staf aku boleh nampak termasuklah Redza. Dan semua orang juga boleh nampak aku.

Tapi kenapa dia tak masuk lagi? Dah pukul 9 lebih ni. Biasalah kalau dah namanya anak bos, selalu masuk lambat, kuat mengelat.

Elok aku kutuk dia tiba-tiba aku nampak susuk tubuh lelaki masuk ke dalam bilik. Inilah Redza. Lain dari gambar yang aku lihat tempoh hari. Lebih kacak bila depan-depan. Not bad... tinggi, hidung mancung, rambut gaya Tom Cruise sikit. Nak cuci mata pun sedap ni.

“Tak payah nak pandang saya lama-lama, masuk bilik saya sekarang.”Tiba-tiba intercom bilik aku berbunyi. Macamlah aku nak pandang dia sangat. Aku berjalan masuk ke bilik Redza.

“Selamat pagi Encik.” Aku berdiri depan dia. Okey misi aku sudah berjalan sekarang.

“Selamat pagi, silakan duduk.”Pelawa Redza.

Aku duduk dekat di kerusi berhadapan dengannya. “Tugasan Cik Maya hari ni adalah dapatkan semua rekaan rumah semi-D mewah untuk syarikat kita. Letak atas meja saya esok pagi.”Telan air liur aku sekejap. Ini bukan tugas aku ni.

Alamak! Matilah aku mana aku tahu benda-benda macam nie. Buat masalah betullah!

Nak minta tolong siapa agaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience