BAB 2

Detective Completed 16446

Tuan Nizam tu sebenarnya bos aku. Kalau dia call tu maknanya ada kerja serius yang perlu aku beri perhatian. Nak tahu apa kerja aku? Aku ni kiranya bekerja sebagai penyiasat persendirian dalam masa yang sama sebagai bodyguard. Huh macam mana tu? Sekejap menyiasat orang sekejap lagi aku iring VIP sebagai bodyguard. Yang perempuan aje lah.

Tempat kerja aku ni sebenarnya macam badan berkanun. Separuh kerajaan dan separuh lagi swasta. Kadang-kadang kami bekerjasama dengan polis untuk tangkap penjenayah terutamanya dalam kes culik. Tak pun yang melibatkan kes dadah tapi selalunya aku yang perempuan ni akan diarahkan untuk menguruskan kes culik yang berkaitan dengan kanak-kanak keluarga diraja, keluarga VVIP, keluarga orang biasa-biasa tak pun kes pemerdagangan kanak-kanak.Lebih kurang begitulah serba sedikit.

15 minit berlalu...

Aku ketuk pintu bilik Tuan Nizam. Apabila pintu dibuka aku terus masuk dalam bilik dan ada tiga individu lain yang aku tak kenal. Biasalah tu.

“Kenalkan ini Anis. Anis Soraya.” Tuan Nizam kenalkan aku dekat tiga orang individu tadi. Aku sekadar jungkit hujung bibir untuk nampak macam senyum dan aku hanya bersalaman dengan seorang wanita yang agak berusia.

“Anis saya kenalkan yang ini ACP Dato Ghazali, Ketua Polis Bahagian Jenayah Berat. Disebelahnya pula ialah Tan Sri Ali dan ini Puan Sri Wan Roziana.” Tuan Nizam memperkenalkan aku pada ketiga-tiga individu tersebut. Aku mengangguk sambil senyum sedikit sahaja.

Tan Sri Ali memulakan bicara. “Macam ni Anis. Anak saya Redza sekarang ni dalam bahaya. Saya dapat berita yang anak saya akan diculik dan dijadikan tebusan sebelum dibunuh untuk mendapatkan nilai tebusan sebanyak RM15 juta dari keluarga saya.”

Ternganga aku dengar RM15 juta, wow! Kalau macam ni baik aku yang culik anak dia. Sah-sah boleh sebat duit berjuta tu sorang-sorang. Muehehe.

“Boleh saya tanya? Anak Tan Sri dengan Puan Sri ni umur berapa dan banyak sangat duit yang Tan Sri dan Puan Sri akan bagi nanti.” Aku tenung dalam-dalam muka sorang-sorang. RM15 juta banyak sangat nak bagi.

“Mereka tak mahu duit tunai sebenarnya. Tapi apa yang mereka mahukan adalah saham dan syer syarikat, tanah-tanah dan segala aset yang kami ada. Anak saya tu dah berusia 27 tahun.”

“Haaa... 28 tahun?!” Terkejut aku. 'Kalau 8 tahun boleh juga lagi, ni dah 28 tahun bukan dalam bidang kuasa aku ni.'getus aku dalam hati. DAhi aku kerutkan.

“Kenapa pilih saya?” Aku tanya lagi pada Tuan Nizam.

“Sebab awak yang paling layak di antara semua calon yang kami ada.” ACP Dato Ghazali pulak mencelah.

“Paling layak? Ish biar betul ni Dato'. Saya bukannya pernah jaga budak dah tua macam ni. Tak ada pengalaman pun. Kalau saya terima tugasan ni, kiranya ini kali pertama saya jaga budah paling tua.” Aku buat muka tak paham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience