BAB 8

Detective Completed 16446

Pejam celik, pejam celik kurang dari tiga minggu aku bersama Redza. Makin lama aku kenal dia, makin aku terasa seperti di awang-awangan. Gayanya, citasanya, kadang-kadang tingkah lakunya buat aku makin jatuh cinta. Tapi disebabkan aku masih dalam ‘posisi bekerja’ makanya aku terpaksa tahan perasaan aku dekat dia.

Kadang-kadang bila hujung minggu kami banyak habiskan masa bersama. Mungkin pada pandang keluarga Redza, aku keluar bersamanya kerana aku kena menjaga keselamatannya, pada pandangan Redza pulak kerana aku kawan dia jadi hujung minggu masa untuk lepak. Pada pandangan aku pula, aku merasakan yang aku ni keluar dengan kekasih hati, menghabiskan masa pada hujung minggu setelah penat bekerja. Alahai romatiknya.

“Hoi mengelamun!” pap! Coklat Mars keras tu selamat mendarat atas kepala aku ni nasib baik tak berlubang kalau tak aku smack down dia ni.Aku pandang dia dekat sebelah atas. Buat isyarat mata yang aku tengah marah.

“Hoi jiran sebelah tak boleh ke kalau tak main baling-baling?” aku capai coklat Mars yang dah jatuh.

“Sebelum ni biasa saja main baling-baling, awak kan cekap kalau bab-bab tangkap nie.”Macam ni kami kalau nak bersembang, dari balkoni ke balkoni. Kadang-kadang main baling gula-gula, tak pun main baling-baling roti. Hehe.. sweetkan?

“Jom main teka-teka nak?” tiba-tiba Redza buat permintaan yang tak masuk akal.

“Teka apa?” celaru kejap.

“Cuba teka tadi siang saya mandi pakai apa?” dia dah tersengih-sengih.

Hish dia nie.. ke situ pulak. “Tak mau la.. teka yang lainlah.”

“Ala teka la, tekalah..”

“Okey nak teka sangat erh.. tak pakai apa-apa pun.” Haaa ambik kau. Bukan salah aku okey. Dah dalam rumah dia ada CCTV termasuklah dekat dalam bilik air sekali, jadi tugas aku nak jaga keselamatan dia terpaksalah aku curi-curi tengok. Ops!

Terus terdiam Redza dengar jawapan aku. Kan aku dah kata jangan suruh aku teka.

“Tadi tengahari saya makan apa?” dia tak berputus asa lagi nampaknya.

“Maggi?” Dengan yakinnya aku jawab.

“Tadi siang saya tidur tak?”

“Tak.” Hehe.. syok pulak aku main teka-teka. Sahlah aku menang. Semua kau tengok pergerakan dia melalui CCTV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience