BAB 6

Detective Completed 16446

Aku masuk rumah dan pasang radio kuat-kuat. Okey mula!Aku menari poco-poco dekat balkoni yang sekangkang kera ni.

“Hoi perempuan nak menari poco-poco pun pikirlah orang sama! Memekak saja.”

Pergh! Kena sound beb nasib baik aku tengah waktu bekerja kalau tak memang nahaslah mamat ni, nasib baik aku kenal suara siapa.

“Eh! Suka hati sayalah...” aku pusing pandangan dekat arah suara itu.

“Eh, awak pekerja baru saya.. apa nama awak Maya kan? Duduk sini ke? Baru ke lama?.” Sempat dia berbasi-basi dengan aku. Ingatkan nak sound aku lagi.

“Laaa Encik Redza ke.. ingatkan siapa la tadi sesuka hati jerit pada orang. Ye. Saya duduk sini. Baru lagi pindah sebab nak dekat dengan pejabat. Encik Redza tinggal suami isteri ke kat sini? Mana dia tak nampak pun.” Heheh padahal aku tahu dia bujang tang tang tang lagi.

“Saya belum kahwin lagi la... marilah datang rumah saya boleh kita borak-borak.”Ajak perempuan macam ajak kawan lelaki lepak rumah.

“Bahaya Encik... Tak boleh. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Tapi Encik tunggu sekejap.”

Aku masuk dalam rumah dan bancuhkan dia kopi dan dengan sepantas kilat aku naik atas rumah dia dan letakkan kopi itu depan pintu rumah. Lepas itu aku lari balik ke rumah aku.

“Encik Redza, kopi ada dekat depan pintu.” Termengah-mengah aku bercakap.

“Apa? Kopi?” dia macam tak percaya tapi dia melangkah juga pergi ambil kopi yang aku bancuh tu. “Thanks.” Dia senyum sekilas dekat aku.

Kami duduk di balkoni sama-sama dan berborak. Redza menikmati kopi manakala aku pula menikmati milo panas. Sebenarnya Puan Sri Roziana ada beritahu yang Redza suka sangat dengan kopi. Aku? Sorry. Aku tak minat minum benda yang berkafein ni. Tak baik untuk tubuh badan aku.

*********

Awal-awal pagi lagi aku dah bersiap untuk ke pejabat. Elok aku nak tekan alarm kereta Isuzu VX pemberian Tan Sri Ali untuk aku pinjam tiba-tiba Redza tegur aku dari belakang.

“Hai Maya, tumpang sayalah.” Dia senyum dekat aku.

“Hish tak apalah Redza. Saya prefer naik kereta sendiri je.” Lepas sesi suai kenal dekat balkoni semalam tak ada Encik atau Cik dah, kecuali semasa di pejabat sahaja.

“Kenapa takut boyfriend marah ke?” dia senyum sarkastik dekat aku. Ringan saja rasa kaki aku nak naik dekat perut dia.

“Saya single but not available.” Aku sengih dekat dia.

“Cepatlah tumpang saya.” Dia terus tarik tangan aku.

Nak tak nak terpaksalah tumpang dia. Aku tekan alarm kereta untuk kunci kereta balik. Redza bukakan pintu kereta untukaku. Terpaksalah naik kereta dia juga. Tapi senang lagi misi aku rasanya kalau macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience