BAB 6

Romance Completed 14520

Misha mengibas-ngibas tangannya. Dah setengah jam dia tunggu dekat restoran Zubaidah ni. Tapi kelibat yang suruh datang tu tak muncul-muncul juga. Kena tipu ke?

“ Sorry late.”

Misha mengukirkan senyuman apabila Fiq sudah berada di hadapan matanya. Sebenarnya terkejut juga dia. Tadi tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada Fiq ni. Katanya nak jumpa sebab ada perkara yang Fiq nak beritahu. Hal apa itu yang menjadi persoalan.

“ Ada apa awak nak jumpa saya?” Soal Misha terus terang. Dadanya dah berdebar-debar menanti butir bicara yang akan keluar daripada mulut Fiq.

Fiq dengan muka seriusnya menoleh ke belakang.

“ Sini!”

Senyuman Misha terus mati apabila ada seorang perempuan yang tidak bertudung mendekati meja mereka. Siap duduk bersebelahan dengan Fiq lagi. Hatinya tertanya-tanya siapa perempuan itu?

“ Aku nak kenalkan kau dengan seseorang. Dia ni teman wanita aku.”

Tergamam Misha setelah mendengar penjelasan Fiq. betul ke?

“ hai. Saya Qira.”

Misha tidak membalas malah merenung Fiq tajam. Fiq sengaja buat serius tapi dalam hati rasa gelabah. Tapi kenapa pula dia mesti rasa gelabah? Takut rancangan tak menjadi.

“ Aku ke toilet jap.”

Fiq bertindak melarikan diri apabila asyik mendapat jelingan maut daripada Misha. Dia dapat rasakan kemarahan Misha yang kian memuncak itu.

Misha mengeluh kecil. Lelaki ni kan? ish! Aku perlu selidik betul-betul. Apa benar perempuan di hadapan aku ni teman wanita dia. Tengok-tengok perempuan ni hanya menyamar. Bukannya aku tak tahu yang Fiq ni langsung tak ada teman wanita.

“ Ehem..ehem..” Misha buat-buat batuk. Sekilas dia memandang ke belakang. Takut Fiq muncul secara tiba-tiba.

“ Awak teman wanita Fiq?” Soal Misha mesra. Sedangkan dia ada perancangan tersendiri.

“ Yap. Saya teman wanita dia.” Yakin sungguh jawapan Qira.

Misha tersenyum. Kemudian dia mengacau straw dengan lajunya. Ditarik nafas dalam-dalam.

“ Awak tahu sesuatu tentang dia? Misalnya apa yang dia suka buat atau apa yang dia suka makan. Awak tahu?” Mulalah Misha menyoal soalan mautnya. Belum maut lagi tu.

Qira tersentap. Erk! Macam mana aku nak jawab ni.

“ Erk… tahu. Dia suka buat kerja dia. Dia suka makan…erk..ha laksa.” Bantai je lah. Qira tersengih melihat Misha.

Misha tersenyum. Tak mahu mengaku kalah ye. Okey! Next step!

“ Awak nak tahu sesuatu tak?” Misha memandang Qira dengan pandangan yang menakutkan.

“ Apa?”

“ kalaulah awak ditakdirkan untuk berkahwin dengan dia bukan saya. Awak bersedia ke nak jadi suri rumah sepenuh masa? Awak dapat tahan ke dengan karenah mama dia tu. Awak tak tahu lagi. Sebenarnya mama dia tu panas baran. Buat sikit mesti kena marah. Tidak kira siapa pun orang itu. Termasuk saya yang dah bagaikan anak dia. Awak tak takut? Saya bukan apa. Saya Cuma takut kalau awak tak tahan. Kesian nanti dekat awak. Belum sempat nak bahagia kena dera oleh mak mertua. Mahu ke?”

Dengan senyuman yang menggerunkan Misha menyoal. Qira yang mendengar terteguk air liur. Diramas jarinya yang mula berpeluh itu.

“ Erk… Ma..maafkan saya. Sebenarnya saya bukan teman wanita dia. Saya hanya disuruh untuk menyamar. Maafkan saya. Saya pergi dulu.”

Sepantas kilat Qira melarikan diri dari situ. Rasa gerun pula bila berada dekat dengan Misha.

Misha yang melihat Qira pergi pantas bersorak kemenangan. ‘ Haha.. Kan aku dah agak! Dia nak perkenakan aku je. Ceh! Ini Mishalah.’ Misha tersengih sendirian apabila rancangannya berjaya.

“ Mana dia?” Muncul Fiq dengan kerutan di dahi.

Misha terus merenung Fiq tajam. Tanpa senyuman, hanya pandangan yang menggerunkan.

“ Awak ni memang lelaki tak guna kan? kalau ye pun awak nak bohong saya. Rancanglah sehabis baik. Ni tak.. ditarik je perempuan mana entah dan dah terkantoi yang awak ni belum ada teman wanita. So?” dijongketkan keningnya melihat ke arah Fiq yang mula gelabah itu. Rahsia dah terbongkar beb! Jadi gelabahlah.

“ Erk..” Ish! Macam mana perempuan ni boleh tahu? Apa yang dia cakap dengan Qira?

“ Saya takkan mengalah selagi awak belum jadi suami saya yang sah.”

Misha tersenyum dengan manisnya. Fiq pula rasa gerun. Meremang bulu romanya. Rancangan kau tak menjadilah Jimi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience