BAB 8

Romance Completed 14520

Dua hari selepas perkahwinan mereka..

Terjengket-jengket langkah yang diambilnya selepas masuk ke dalam bilik tersebut. Dalam hati rasa sebal. Nama je suami tapi tak reti nak tunggu isteri. Lebih rela masuk bilik awal daripada teman isteri menonton tv. Spoil betul.

“ Kau nak ke mana?”

“ Opocot!”

Rasa nak luruh jantung Misha selepas mendengar suara garau itu. Nasib tak ada komplikasi jantung. Kalau tidak… Eii! Minta simpanglah!

“ Apa awak ni?” Soal Misha tidak puas hati.

Fiq bangun daripada berbaring. Direnung wajah Misha yang memerah itu. Menahan marah mungkin?

“ Apa aku pula?”

Misha merengus geram.

“ Awak tu yang terkejutkan saya. Mujur saya tak ada sakit jantung taw! Kalau tidak tak tahulah.” Rungut Misha lalu mendekati birai katil. Nak tidur. Letih!

“ Eh? Apa yang kau buat atas katil aku ni?”

Misha tidak pedulikan soalan Fiq malah dia terus baringkan tubuhnya di atas katil empuk itu. Arh! Selesanya.

“ Weh! Apa kau buat atas katil aku ni. Kalau nak tidur, tidurlah dekat bawah.” Fiq mengarah dengan geram.

Misha tersenyum dalam keadaan mata terpejam. Ada aku kisah? Mujur semalam aku baik hati tidur dekat bawah. Malam ni jangan harap! Haha!

“ Kau jangan buat aku sampai..”

“ sampai apa?” Sahut Misha lalu bangun. Matanya tajam merenung Fiq yang terkebil-kebil melihatnya itu.

“ Sudahlah. Malas aku nak layan kau. Kau tahu tak yang kau sudah menghancurkan hidup aku. Hidup aku bagaikan dah tak aman selepas kehadiran kau. Pasti kau ada provok mama aku kan sampai kau boleh kahwin dengan aku. Aku bencilah perempuan hiprokit macam kau ni. Aku tahu kau berpura-pura baik je depan kami. Tapi belakang? Siapa pun tak tahu kan? Perempuan macam kau ni sememangnya tak layak bergandingan dengan aku. Blahlah!”

Terus Fiq merebahkan diri membelakangi Misha yang sudah berubah riak itu. Misha sangatlah tersentap akan kata-kata Fiq. Dalam hati dia rasa macam nak menangis je. Sungguh pilu hatinya selepas mendengar kata-kata hinaan Fiq.

“ Teruk sangatkah saya ni? Saya ni jahat sangat ke bagi awak?” Air mata Misha dah bertakung ditubir mata. Tunggu saat nak mengalir je. Sungguh sakit hatinya saat itu. Selama ini dia masih boleh bersabar lagi. Tapi malam ini, dia tewas.

Fiq terdiam. Terkelu lidah untuk dia menjawab persoalan Misha itu.

“ Saya tahu saya bukan perempuan idaman awak. Saya ni bukanlah perempuan yang seperti awak mahukan. Saya tahu. Tapi saya cuba! Saya cuba untuk jadi perempuan idaman awak. Saya telah cuba! Tapi.. nampaknya saya tak berjaya. Awak bolehlah kata macam-macam dekat saya. Tapi awak tak tahu, hati saya sakit. Sakit sangat setiap kali awak lontarkan kata-kata hinaan itu. Semenjak saya kenal dengan awak, saya pun tak tahu kenapa saya mesti rasa gembira. Awak macam penghibur hati saya.

Tapi saya pelik sebab awak langsung tak suka dekat saya. Baiklah. Saya faham akan permintaan awak. Mulai hari ini, saya takkan ganggu hidup awak lagi. Mungkin dengan cara ini awak suka. Ikut sukalah apa yang awak nak buat sekalipun. Saya tidak akan ambil peduli lagi. Sekalipun saya nak berbual dengan awak? Jangan mimpi!”

Misha terus keluar dari bilik tersebut. Air matanya yang ditahan itu akhirnya mengalir jua. Ya Allah. Tabahkan hatiku.

Manakala Fiq terkedu. Sangat terkedu. Tiba-tiba hatinya rasa sakit mendengar kata-kata Misha sebentar tadi. Dia seakan tidak rela Misha lakukan sedemikian. Apa yang dah jadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience