BAB 12

Romance Completed 14520

“ Misha! Sabar sayang! Kamu pasti selamat!”

Misha cuba ukirkan senyuman buat Puan Malia. Walaupun sakit, dia gagahkan diri untuk mengukirkan senyuman. Mana tahu dia dah tak ada peluang untuk bertemu dengan ibu mertuanya itu.

“ Mi…Misha okey ma. A..awak…”

Dengan susah payahnya Misha cuba memanggil Fiq yang daripada tadi asyik berdiam diri.

“ Sa..saya tak pernah sa..salahkan awak. Ta..tapi jujur yang sa..saya sayangkan awak..”

Fiq terkedu. Melihatkan Misha yang bersusah payah tersenyum ke arahnya itu, hatinya jadi pilu.

“ Maaf puan. Kami kena rawat dia secepat mungkin. Sila tunggu di luar.” Arahan jururawat terpaksa diterima oleh Puan Malia dan Fiq.

“ Ya Allah. Selamatkanlah menantuku.” Doa Puan Malia.

Puan Malia mahupun Fiq terkejut apabila mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan Misha mengalami kecederaan yang teruk dalam kemalangan. Masing-masing tak sangka yang Misha akan mengalami kemalangan.

“ Semua ini salah kamu Fiq! kalaulah kamu hantar dia ke tempat kerja masa tu. Semua ini takkan terjadi!”

Pn. Malia sungguh kesal akan sikap anaknya yang hanya berdiam diri daripada tadi. Tiada langsung butir bicara yang keluar daripada mulutnya. Dah serupa patung pun ada.

Fiq terduduk di kerusi yang disediakan. Tangannya setia digenggam. Sebenarnya dia mula rasa takut. Takut akan kehilangan Misha.

“ Fiq! dengar tak apa yang mama katakan tadi?” Soal Puan Malia dengan geram. Seperti tiada perasaan je Fiq ni.

Fiq mendongak melihat Puan Malia.

“ Fiq dengar mama. Fiq tahu. Fiq salahkan?” Fiq merenung wajah Puan Malia.

“ Kamu memang salah. Salah kerana membiarkan Misha begitu. Kamu salah kerana membuatkan hati Misha kecewa. Dia sayangkan kamu Fiq. dia terima kamu seadanya. Tapi kenapa? Kenapa kamu buat dia macam tu?” Air mata Puan Malia mula mengalir.

Fiq tergamam. Aku salah? Ya aku benar-benar salah! Aku bersalah dalam hal ni. Ya Allah! Aku benar-benar bersalah terhadap dia.

“ Ma.. Fiq salah..”

Puan Malia terkedu melihat Fiq. Buat pertama kalinya, air mata jantannya mengalir turun. Dia mula rasa menyesal dan rasa amat bersalah terhadap Misha.

“ Ya Allah. Kita doakan je yang terbaik buat dia.”

Terus dipeluk anaknya yang mula tersedu-sedu itu. Sabar wahai anakku.

“ Tapi mama.. kenapa baru sekarang Fiq sedar?” Puan Malia meleraikan pelukan. Direnung wajah anaknya itu.

“ Kamu kena tanya hati kamu sendiri. Kenapa kamu baru sedar? Mama pun sebenarnya sakit hati dengan sikap kamu selama ini. Mama lakukan semua ini untuk kebaikan kamu. Kamu perlu ingat hati perempuan ni bukan untuk disakiti tapi disayangi.”

Fiq mengangguk perlahan. Malah air matanya kian laju mengalir.

“ Fiq salah ma. Fiq salah…” Rambutnya diraup perlahan.

Ditoleh ke arah kiri di mana wad Misha dirawat. Ya Allah. Selamatkanlah Misha. Aku bersalah sangat-sangat terhadap dia. Aku menyesal. Aku ingin menebus dosaku kembali. Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience