BAB 3

Romance Completed 14520

“ Mama! Ada tetamu ke?” Fiq duduk di sofa berhampiran dengan beg bimbit yang dihempasnya sebentar tadi sambil Tali lehernya dileraikan. Dirinya rasa sangat letih saat ini. Dengan kerja berlambak di pejabat. Itu tak termasuk dengan permintaan mamanya semalam yang dikira tak masuk akal.

“ Fiq! Marilah dapur. Ada tetamu untuk kamu!”

Fiq menegakkan badan. Ditoleh kepala ke kanan di mana terletaknya dapur. Ada tetamu? Who? I know? Dengan malasnya, dia melangkah ke dapur. Terdengar suara perempuan.

“ Ada apa ma..” Tak sempat Fiq nak menyoal mamanya apabila dia terpandang seorang perempuan bertudung di dapur itu.

“ Ha! Kenalkan… Ini Misha. Bakal isteri kamu.” Puan Malia tersenyum manis ke arah mereka berdua.

Fiq tersentak. What? Bakal isteri?

“ Hai Afiq.” Misha menegur dengan lembut. Dah tahu hati Fiq macam mana ketika mendengar Puan Malia memperkenalkan dia sebagai bakal isteri. Benganglah tu.

“ Ma? Kenapa dia ada dekat sini?” Soal Fiq sedikit kasar. Dijeling tajam ke arah Misha. Tapi Misha tak pula membalas jelingan itu dengan tajam. Malah memberikan senyuman. Misha sebenarnya sedang menjalankan misi mengurat bakal suaminya itu. Lagipun semua itu atas rancangan umi dan bakal mak mertuanya.

“ Fiq! Cakap tu biarlah sopan sikit. Dia bakal isteri kamu. Dia datang melawat mama. Kebetulan kamu pun baru balik jadi mama temukan koranglah.” Ujar Puan Malia dengan ceria. Seronok apabila anaknya dapat bertemu dengan Misha.

Tanpa sebarang amaran, tangan Misha ditarik sehingga ke luar rumah. Misha yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga mengikuti langkah Fiq. Puan Malia juga terkedu melihat sikap Fiq. Tapi tak pula Puan Malia menghalang.

“ Lepaslah!” Arah Misha apabila Fiq masih belum melepaskan tangannya sedangkan dah berada di luar rumah.

“ Kenapa kau setuju?” Pegangan dilepaskan dengan kasar. Misha mengusap perlahan tangannya yang dicengkam Fiq sebentar tadi. Kuat juga.

“ Kenapa pula saya tak boleh setuju?” Soalan berbalas soalan pula.

Fiq merengus kasar.

“ Aku nak kau dengar baik-baik. Aku tak suka dekat kau! Aku takkan pernah suka dekat kau! Aku juga tak mahu kahwin dengan kau! Puas?”

Hati Misha tersentap mendengar kata-kata Fiq sebentar tadi. Tapi tidak pula dia memasamkan muka. Malah dia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Fiq. Hatinya seakan suruh bersabar akan sikap keras kepala Fiq.

“ Ikut sukalah apa yang awak nak kata. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan berkahwin dengan awak. Lagi satu.. saya rasa awak patut tarik balik kata-kata awak sebentar tadi. Saya takut ia akan memakan diri awak. Tambahan pula saya ada cara untuk buat awak suka dekat saya.” Nada sedikit nakal dilontarkan oleh Misha kepada Fiq. Fiq yang mendengar pun jadi terdiam.

Misha tersenyum. ‘ Awak tak tahu siapa saya lagi. Kalau saya kata setuju saya tetap akan setuju. Saya tidak akan menolak lagi. Lagipun saya yakin awak adalah jodoh saya. Bukan orang lain.’ Desisnya dalam hati.

“ A..aku takkan tarik balik kata-kata aku tadi. Aku jaminlah. Aku juga akan cuba untuk tolak permintaan mama aku yang tak masuk akal tu. Aku takkan kahwin dengan kau.”

Usai berkata demikian, Fiq terus masuk ke dalam rumah. Sebelum tu sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut buat Misha. Tapi Misha buat selamba dengan senyuman. Ingat Misha ni senang dibuli ke?

Misha juga pantas masuk ke dalam rumah apabila Fiq bertindak menjauhkan diri daripadanya. Misha perasan Fiq tak tahu hendak ke mana saat dia masuk ke dalam rumah. Kalau nak ke dapur pasti mamanya itu akan bercakap soal Misha. Kalau dia naik bilik sekalipun, pasti dia akan dibebel juga.

Misha tergelak melihat telatah Fiq yang tak tentu hala itu.

“ Hurmm… Kenapa awak?” Soal Misha lalu melangkah mendahului Fiq. Kini dia sedang berhadapan dengan Fiq.

“ Kenapa apa?”

Misha tersenyum sinis. Sesekali nak juga perli lelaki ni. Biar dia tahu rasa.

“ Dah tak tahu nak ke mana ke? Atau takut nak berbual berdua dengan saya di hadapan mama awak? Yang mana?” Misha menyoal dengan menjongketkan kening. Nakal sekali bila melihat gayanya waktu itu.

Fiq tersentap. Macam manalah dia tahu isi hati aku sekarang ni?

“ Ada aku kisah? Tepilah!” Ditolak Misha ke tepi dan dia berlalu ke dapur. Tekak rasa kering selepas bertekak dengan Misha. Nak minum air terlebih dahulu.

Misha tertawa kecil. Mengalah lah tu. Eleh! Senang je nak kalahkan lelaki ni. Nama je garang tapi hati tu lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience