BAB 11

Romance Completed 14520

Seminggu telah pun berlalu. Sikap Misha terhadap Fiq masih sama seperti sebelum ini. Bukan kata berbual, menegur Fiq pun tak. Hanya melihat lepas tu belah.

Fiq dah tak tahan. Dia rasa dia perlu lakukan sesuatu. Lagipun Puan Malia seakan tahu hubungan mereka kebelakangan ini. Puas Fiq fikirkan cara tapi sampai bila rahsianya itu akan selamat?

“ Fiq! Kamu cuti kan hari ni? Hantarlah isteri kamu ke tempat kerja. Kereta dia rosak.” Suruh Puan Malia apabila Fiq turun melangkah ke ruang tamu.

Misha yang berada di dapur pantas menggeleng.

“ tak usah ma. Misha naik teksi je. Lagipun Misha dah biasa. Tak usah susahkan Fiq.” Tolak Misha. Sedangkan dia nak mengelak daripada bertemu dengan Fiq. Sekarang hati dia benar-benar kecewa akan sikap Fiq.

Ingatkan nak pujuklah. Tapi dah seminggu berlalu. Nak kata pujuk, cakap pun tak. Hati dia memang keras macam batu!

“ Misha pergi dulu ma.” Selepas menyalami tangan Puan Malia. Dia terus beredar. Dia langsung tak menyapa Fiq terlebih dahulu. Hati dia cukup sakit akan perbuatan Fiq. Tapi jauh di sudut hati, dia rindu nak bergurau dengan Fiq.

Puan Malia melihat anaknya itu dengan keluhan.

“ Apa nak jadi dengan kamu ni Fiq. kamu jangan nak bohong mama lagilah. Mama dah tahu apa masalah korang berdua ni. Misha dah beritahu mama segala-galanya. Kamu ni memang seorang suami yang tak bergunalah Fiq. Kamu tahu tak dia dah cukup terseksa sekarang dengan sikap sambil lewa kamu tu.” Marah Puan Malia.

Fiq terkedu. Badannya kaku berdiri di hadapan televisyen.

“ mama tak sangka kamu sanggup buat Misha sampai macam tu sekali. Mama tahu walaupun dia tak beritahu. Dia sayangkan kamu Fiq. kamu sedarlah yang sekarang kamu dah berkahwin. Dah mempunyai tanggungjawab. Sedarlah!”

Fiq tunduk memandang lantai. Hatinya tiba-tiba rasa tak sedap hati.

“ Sudahlah. Cakap dengan kamu macam cakap dengan tunggul kayu.”

Puan Malia berlalu. Dalam hati kecewa akan sikap Fiq.

Fiq menoleh melihat mamanya yang berlalu ke dapur itu. Dia jadi serba salah. Aku salah? Aku salah memperlakukan dia sedemikian? Ye ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience