Bab 1 Hari Pertama

Romance Series 108749

"ADEERA!"

Spontan terangkat meninggi bahu Adeera saat dirinya ditengking dengan tiba-tiba dan lantang seperti itu. Dia yang baru sahaja mencuba mahu memejamkan mata laju bangkit lalu memandang ke arah Dato' Azriel Fattah dengan mata yang terkebil-kebil. Takut? Tidak, hanya penasaran dan terkejut sahaja. "Ye, Dato'? Ada apa, Dato'?" Adeera menyoal polos.

Bersama serautan wajah yang bengang dan angkuh, Dato' Azriel Fattah menyusun semula langkahannya untuk mendekati lokasi keberadaan Adeera. Wajah polos wanita itu ditunjuk mati, arghhh geram! "You tanya i ada apa? You boleh tanya i, ada apa? Heh, samdol! Mana pergi bantal i satu lagi? You ambil kan? Berani sangat kan? Nak sangat jadi pencuri?" Lelaki itu langsung membebel keras sebelum menarik kasar sebiji bantal putih daripada sisi duduk Adeera.

Adeera segera menunduk, bercurian mencebik masam dengan rasa tidak puas hati. "Saya minta maaf, Dato'. Saya cuma... "

"Siapa yang izinkan you sentuh dan ambil harta benda i? Bantal i ni mahal, you tahu tak? Bersih, putih, seputih hati i! You letak balik bantal i ni kat atas katil tu, letak balik!" Kata-kata Adeera dicantas sebelum bantal putih tadi kembali dilempar kasar ke arah Adeera. Dalam membela perasaan geram dan sakit hati, terkoyak lebar juga senyuman puas pada bibirnya. Ya, memang puas setiap kali mengenakan Adeera yang dianggap lurus bendul itu.

"Habis tu, saya nak tidur guna apa, Dato'? Dahlah tak bertilam, tak berselimut, takkanlah bantal pun tak ada? " Adeera memberanikan dirinya untuk menentang namun hanya dalam nada yang sangat lembut.

"Tu masalah i ke, Cik Samdol? Lantak you lah nak jadi apa sekalipun! Kalau badan you yang keding tu nak bertukar jadi simen pun i tak kisah. Yang i tahu, i tak izinkan you kacau segala jenis barang-barang i dalam bilik ni. Ni kira dah cukup baik tau tak i izinkan you sebilik dengan i. Kalau ikutkan hati i yang suci ni, lama dah i tendang you keluar. Buat semak kepala otak je!" Dato' Azriel Fattah menghambur sinis.

Adeera lantas mengeluh perlahan-lahan. Dia bangkit membawa bantal milik suaminya lalu diletakkan semula di atas katil. Tuhan sahaja yang tahu, betapa sakit hatinya ketika itu. 'Sabar, Adeera sabar. Walau macam mana sekalipun, jantan kerek ni tetap suami kau. Kau kena hormat!'

Tanpa mempedulikan Dato' Azriel Fattah, Adeera kembali melangkah ke arah balkoni luar bilik itu. Dia duduk membelakangkan posisi suaminya sambil bercurian mengetap bibir tanda geram.

"Dahla lembap, lurus bendul lagi tu. Macam ni nak jadi wife i??? Tak hingin!!! Girlfriend i sejuta kali lebih cantik!" Samar-samar bebelan Dato' Azriel Fattah kedengaran pada telinga Adeera, namun wanita itu malas mahu mengambil kisah. Biarlah lelaki itu berasa sentiasa menang dengan sikap angkuhnya.

Adeera kembali membaringkan tubuhnya di atas lantai. Tidak bertilam, tidak berbantal, tidak juga berselimut. "Eee! Sakitnya hati! Nasib baik kau tu suami aku, kalau tak dah lama aku... "

"Kalau tak apa? Apa yang you nak buat? You mengumpat i kan? Kalau berani sangat, cakaplah depan-depan! Maki i depan-depan! I nak dengar!"

Zappp!

Sekali lagi Adeera tersentak, tersentak lebih teruk sekaligus memalingkan semula wajahnya ke arah belakang. Kalut, gugup apalagi ketika melihat wajah tegang Dato' Azriel Fattah di belakangnya. Sejak bila pula lelaki itu muncul semula di situ? Bukankah tadi dia sudah masuk ke dalam?

"You mengumpat i? Berani ye you?!" Lelaki itu kembali menyoal kasar.

Laju Adeera menggeleng. "Eh, tak. Ma... mana ada Dato'. Sa... saya cuma... "

"Nah! Sebiji macam muka you! Pendek, dua-dua tak ada telinga, memang sesuai sangat!" Patung Doraemon milik Adeera yang sedang berada dalam pegangannya langsung dilempar kasar ke arah wanita itu membuatkan Adeera kembali menjadi terpinga-pinga.

ADEERA segera membukakan mata saat lenanya terasa terganggu dengan tiba-tiba. Telefon bimbitnya laju dicapai, nafas lega spontan ditarik lama. Rupa-rupanya masih awal benar, keadaan di luar pun masih lagi gelap. Rasa sejuk di balkoni luar kamar itu membuatkan Adeera menggigil kedinginan. Mujurlah tiada pontianak kecil yang merayau dan mengganggu lenanya sepanjang malam itu.

Niat mahu terlelap semula semerta dimatikan tatkala dia teringat di mana keberadaannya ketika itu. Baru sehari dia sah menjadi isteri kepada Dato' Azriel Fattah, tiada yang indah, tiada juga istilah malam pertama buat mereka berdua melainkan rasa geram dan sakit hati semata-mata. Jika bukan disebabkan permintaan dan rayuan kedua-dua orang tuanya, Adeera sendiri pun tidak ingin menjadi isteri kepada seorang bos yang cerewet seperti Dato' Azriel Fattah. Cukuplah di tempat kerja sahaja dirinya selalu menjadi mangsa buli kepada lelaki itu, namun apakan daya? Demi orang tua, dia rela mengorbankan hati dan perasaan sendiri.

"Baik aku mandi dulu sebelum dia tu bangun. Kang membebel tak sudah pula. Boleh pekak telinga aku ni dibuatnya!" Adeera merungut sendirian sebelum mula bangkit daripada posisi asalnya. Sehelai tuala mandi dicapai lalu dibawa masuk ke dalam.

Melangkah seperti seorang pencuri, sempat juga matanya melirik ke arah susuk kaku Dato' Azriel Fattah yang tidak berbaju sedang lena berdengkur halus di atas katilnya. Penglihatan yang indah itu membuatkan Adeera tersengih nakal dan tergoda namun mana berani dia memandang lama-lama. Dibuatnya lelaki itu tersedar tiba-tiga, bukankah haru jadinya nanti?

DATO' AZRIEL FATTAH turun dari katil lalu dia terus menuju ke bilik air. Sebaik sahaja pintu dibuka, seluruh tubuhnya serta merta menjadi kaku. Matanya tidak berkedip buat seketika melihat tayangan percuma di depannya.

"Dato' nak guna bilik air ke?" soal Adeera dengan riak wajah terkejut.

"You..." Dato' Azriel Fattah berdeham untuk membersihkan tenggorokannya. "Siapa suruh you tak pakai pakaian dalam bilik air I, hah!" soalnya sambil memandang ke arah lain. Entah bagaimana soalan yang terlalu bijak itu boleh terpacul lancar dari mulutnya.

"Saya nak mandi, Dato', tapi kalau Dato' nak cepat, boleh je Dato' mandi dengan saya, saya tak kisah," kata Adeera sambil mencapai kancing baju dalam di belakangnya.

"Stop!" Dato' Azriel Fattah menaikkan tapak tangannya. "You cuba nak goda I ke ni, hah!" bentaknya sambil menjegilkan matanya memandang Adeera yang hanya berpakaian dalam, tetapi dalam masa yang sama, halkumnya bergerak naik turun tidak dapat dikawal. Tipulah kalau dia cakap naluri kelelakiannya tidak tercuit.

"Err, jadi Dato' nak mandi sekali dengan saya ke atau..."

"Cepat mandi! I bagi you masa lima belas minit. Lain kali kalau nak mandi, kunci pintu, faham!" Lelaki itu mengherdik agak keras.

Adeera bercurian mendengus. Geram! Awal-awal pagi lagi lelaki itu sudah menyakitkan hati. Dalam membela rasa geram, muncul pula idea nakal dalam fikirannya. Setapak dia melangkah, sekaligus sengaja mendekatkan jarak tubuh mereka berdua. Dato' Azriel Fattah pula langsung menjadi terkejut dan terpinga-pinga.

"You nak buat apa ni? You ni kan... "

"Tak, mana ada saya buat apa-apa." Adeera membalas selamba dengan nada serak yang menggoda. Ah, memang dia sengaja mahu mengenakan lelaki itu. "Dato' nak... "

"Lima belas minit, Adeera! Cepat!"Laju Dato' Azriel Fattah memintas percakapan isterinya bersama nafas yang tercungap-cungap. Kemudian, dia menutup semula pintu bilik air lalu dia kembali ke katilnya tanpa menunggu balasan daripada isteri yang tidak dianggapnya itu. Berbakul-bakul perasaan kalut, malu dan tewasnya yang terasa.

Sementara di dalam bilik air itu pula, Adeera sakan mengekek lucu dan menang. Dia puas dan berasa benar-benar terhibur dengan riak wajah Dato' Azriel Fattah yang merah padam tadi. "Hampir tersungkurlah tu, tapi tak nak mengaku! Tau takut!"

"RIEL tak turun sarapan ke, Deera?" soal Puan Sri Naini sambil memanjangkan lehernya memandang pintu masuk ke ruang makan.

"Sekejap lagi dia turun, ma."

"Haa, yelah."

Selang beberapa minit kemudian, Dato' Azriel Fattah masuk ke ruang makan dengan riak muka bersahaja. Kelam kabut orang gaji mereka mencapai cawan untuk menuangkan teh.

"Tak perlu buat. Biar si sam..." Kata-katanya terhenti di situ. Spontan dia melirik Puan Sri Naini yang sedang memandangnya. Nyaris-nyaris gelaran khas itu terpacul dari mulutnya. Kalau tidak, bersedialah menadah telinga mendengar bebelan ibunya awal pagi. "Ehem! Biar Adeera yang buat. Kan lagi afdhal kalau isteri yang layan suami, kan?"

Adeera cepat-cepat berdiri selepas dia melihat cara pandangan suaminya.

"Tu nasi goreng kampung tu kesukaan Azriel," kata Puan Sri Naini sambil menjuihkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan.

Setelah meletakkan pinggan berisi nasi goreng dan teh di depan suaminya, Adeera kembali ke tempat duduknya, namun belum sempat dia duduk, Dato' Azriel Fattah memanggilnya.

"Adeera."

"Ya, Dato'."

"Dato'?" Puan Sri Naini memandang Adeera dan anaknya silih berganti dengan muka tidak puas hati.

"Dia belum biasa lagilah tu, ma," kata Dato' Azriel Fattah selamba.

"Tak boleh macam tu. Deera, Azriel tu suami Deera, kena panggil dengan panggilan suami isteri biasa guna. Kamu kenalah biasakan diri." Serius dan tegas kedengaran nada suara Puan Sri Naini.

"Deera tersasul, ma," balas Adeera sambil tersengih, lalu dia memandang suaminya yang sudah berubah riak wajah. "Ya, bang? Kenapa abang panggil tadi?"

Terketap gigi Dato' Azriel Fattah mendengar panggilan itu. "I tak nak nasi goreng. Pagi ni I nak makan roti bakar je."

"Jadi, nasi goreng tu macam ma..."

"You makan. Tak elok membazir," pintas Dato' Azriel Fattah sambil melirik nasi goreng di pinggan Adeera yang belum terusik. Memang niatnya hendak membuli isterinya.

Aduh! dahlah aku ni jenis makan sikit. Ni kalau aku paksa juga makan memang muntah baliklah jawabnya.

"Roti bakar!" Sedikit keras lontaran suara Dato' Azriel Fattah melihat Adeera membungkam dan kelihatan seperti sedang berfikir.

"Okey, sekejap." Adeera lantas mencapai roti bakar, lalu diletakkan di depan lelaki berwajah dingin itu menggantikan nasi goreng tadi.

ADEERA keluar dari bilik air setelah dia selesai menukar pakaian kerja. Mana mungkin lelaki beku dan dingin itu akan membenarkan dia menukar pakaian di dalam bilik.

"Nak saya tolong ke?" soal Adeera melihat Dato' Azriel Fattah hendak mengikat tali leher.

"No need! I ada tangan! Lagipun I tak suka disentuh sembarangan!"

"Okey," jawab Adeera sambil merenung lama wajah suaminya dengan muka serba salah.

"Kenapa you tengok I macam tu? tak puas hati ke?"

"Tak. Bukan." Bibirnya digigit-gigit masih dengan riak serba salah. Nak cakap ke tak, nak cakap ke tak. Hatinya berbolak-balik.

"Kalau you tak nak kena maki, better you berhenti renung I macam tu!" bentak Dato' Azriel Fattah dengan tangan yang masih lincah menyimpulkan tali lehernya.

"Saya cuma nak cakap..."

"Cakap apa! You nak cakap I handsome ke? you tak payah cakap pun I dah tahulah! jadi, berhenti tengok I macam tu! I tak suka!"

Adeera berdeham, lalu dia menuju ke meja solek untuk mengambil beg tangannya. Ketika dia hendak melepasi Dato' Azriel Fattah yang sudah selesai memakai tali leher, dia berhenti tepat-tepat di depan lelaki itu.

"Again?!"

Adeera menarik nafas panjang mengumpul keberanian. "Saya cuma nak cakap, bulu hidung Dato' terkeluar." Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu seusai dia menghabiskan ayat.

Dato' Azriel Fattah memandang pintu bilik yang sudah tertutup bersama dengan kerutan di dahinya, kemudian dia segera menuju ke meja solek untuk melihat wajahnya di cermin. Terbeliak matanya selepas dia melihat sehelai bulu hidung terjuntai keluar dari lubang hidungnya seperti kaki lipas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience