Bab 3 Wanita Pilihan

Romance Series 108749

ADEERA duduk di atas lantai dan sedang melipat pakaian-pakaiannya ketika Dato' Azriel Fattah masuk ke dalam bilik.

Aduh! Ingatkan sempat siap sebelum dia naik. Adeera mempercepatkan lagi pergerakan tangannya untuk menyudahkan kerjanya.

"Siapa yang suruh you buat bilik I berselerak, hah! I nak you kemas sekarang juga!" bentak Dato' Azriel Fattah dengan mata terjegil garang sambil bercekak pinggang. Padahal, cuma satu tempat sahaja Adeera meletakkan pakaian-pakaian yang baru dilipatnya.

"Baik, Dato' saya kemas."

"Eh! you nak bawa pergi mana pakaian-pakaian tu?!" soal Dato' Azriel Fattah melihat Adeera membawa pakaian-pakaian yang sudah dilipatnya menuju ke bilik kecil yang terletak di sudut ruangan itu.

"Saya nak letak kat bilik pakaian," jawab Adeera dengan muka polos.

"No, no, no! you letak je semua baju-baju you tu kat atas meja tu!" ujar Dato' Azriel Fattah sambil menuding ke arah yang dimaksudkannya. "I tak nak you campur pakaian you dengan pakaian I, faham tak!" lanjutnya lagi dengan muka sebal.

"Bukannya orang lain pun, isteri dia juga." Adeera menggumam perlahan, tetapi tertangkap di telinga suaminya.

"Apa you cakap? Cuba ulang lagi sekali? Isteri? you jangan berani sebut perkataan tu depan I, I tak suka!"

"Yelah, Dato'. Saya tahu saya tak layak. Saya..."

"Tahu pun!" Laju Dato' Azriel Fattah memintas percakapan Adeera. "yang layak tu cuma Andrea, okey? Andrea! Body cun, lawa, seksi, bukan macam you! body macam mentadak! Orang tengok pun tak ada selera!"

Dia cakap body aku macam mentadak? Adeera mengetap gigi. Sakit hati mendengar kata-kata suaminya. Walaupun dia sedar dan dia tahu lelaki itu tidak menganggap dirinya sebagai seorang isteri, hakikatnya dia adalah isteri yang sah kepada lelaki itu dan tidak sepatutnya suaminya memuji wanita lain tetapi menghina isteri sendiri.

"Cepat sikit buat kerja tu! I nak tutup lampu, I nak tidur!"

Adeera segera meletakkan pakaian-pakaian yang sudah dilipat itu di atas meja. Body macam mentadak? Orang tengok tak ada selera? Kata-kata hinaan suaminya tadi masih jelas terngiang-ngiang di telinganya. Tiba-tiba, dia tersenyum nakal. Baju T nipis dan seluar track yang bersarung di tubuhnya, lantas dilucutkan.

"Eh, Dol! apa yang you buat tu?!"

"Saya pun dah nak tidur juga ni, Dato'. Saya nak tukar baju tidur," jawab Adeera dengan muka selamba.

"Siapa suruh you tukar pakaian dalam ruangan I, hah! Pergilah ke bilik air!"

"Oops! Maaf, saya terlupa." Adeera lantas melangkah menuju ke arah suaminya.

"Apa you nak buat ni!" Riak wajah Dato' Azriel Fattah yang tadinya bengis, tiba-tiba berubah cuak, tetapi dia berusaha keras menyembunyikan reaksi wajahnya.

"Saya nak ambil baju tidur saya dalam beg kat balkoni tu. Dato' tutup je lampu tu, lagi gelap, lagi elok," Adeera menjawab dengan tampang yang suci.

"Cepat sikit! I tak nak you keluar masuk keluar masuk masa i dah tidur nanti, mengganggu tahu tak?!" Dato' Azriel Fattah melantunkan amaran keras. Suis lampu segera dipadamkan menjadikan suasana di dalam bilik itu lantas menjadi agak malap, hanya disinari dengan sinaran lampu meja sahaja. Setelah itu, barulah Dato' Azriel Fattah bergerak ke arah tempat tidurnya.

"Baik, Dato'," Adeera angguk perlahan, pura-pura akur walhal hakikatnya dia sedang gigih menahan perasaan geram. Namun niat mahu menukar pakaian di dalam bilik air tadi pula semerta dimatikan saat otaknya dijentik dengan akal yang paling nakal pula. Terasa sakit hati saat dirinya telah disamakan dengan seekor mentadak yang tidak menyelerakan langsung, jadi ada baiknya dia membalas sahaja!

Di sebalik langsir tembus pandang yang berwarna putih itu, Adeera mula menanggalkan sehelai demi sehelai pakaian daripada tubuhnya. Setiap gerakan memang sengaja diperlahankan malah gerakan lentok tubuhnya pun memang sengaja dibuat-buat sehinggalah yang tersisa pada tubuhnya hanyalah sepasang pakaian dalam. Agak lama dia membiarkan tubuhnya berada dalam keadaan yang seperti itu, pura-pura mencari sesuatu dari dalam beg pakaiannya kerana dia tahu, ada sepasang mata sedang asyik memerhatikan dirinya dari arah belakang. Setelah puas mengenakan lelaki ego itu, lalu dengan tidak semena-mena Adeera terus memusingkan tubuhnya ke arah belakang. Terkejut dia, terkejut jugalah Dato' Azriel Fattah. Lebih teruk daripada yang dia sangkakan, rupa-rupanya ketika itu Dato' Azriel Fattah sedang berbaring menongkat kepala sambil memerhatikan dirinya.

Dato' Azriel Fattah terkedu buat sejenak. Malu? Ya, sudah tentu! Terasa hilang seluruh maruahnya saat diri ditangkap miang oleh wanita kepantangannya itu!

"Eh, Dato' tak tidur lagi? Sorry, saya ingat Dato' dah tidur. Sebab tu saya... "

"Tak bermoral!" Kata-kata Adeera langsung dicantas dengan nada yang sangat kalut dan agak kasar. Berebutan menarik sehelai selimut tebal, Dato' Azriel Fattah terus menutupi seluruh tubuhnya. Merah padam, terasa panas melecur kulit wajahnya ketika itu dek terseksa menahan rasa malu terhadap Adeera!

ADEERA mengeluh dengan wajah yang penat namun terpaksa mengangguk akur juga pada arahan pegawai atasannya itu. Sudahlah penat, perutnya pula sedari tadi sudah menjerit kelaparan.

"Baik, Encik Faizul. Saya masuk sekarang," ujar Adeera.

Encik Faizul pula hanya mampu mengangguk kecil. Simpati sebenarnya dengan keadaan Adeera tetapi mana mungkin dia akan mampu menidakkan arahan majikan mereka di dalam sana. A kata Dato' Azriel Fattah, A jugalah jawapan buat dirinya.

"Dato', Dato' cari saya?" soal Adeera sebaik sahaja dia sudah berada di dalam ruangan kerja Dato' Azriel Fattah. Bercurian melirik pandang ke arah seorang wanita seksi yang sedang duduk menghadap suaminya ketika itu, tetapi hanya anggukan acuh tak acuh sahaja yang Adeera berikan kepada dia.

"Ni, i nak you semak invoice-invoice ni semua dan siapkan report hari ni juga," arah Dato' Azriel Fattah dengan tegas sebelum menghulurkan sebuah fail hitam kepada Adeera.

Adeera langsung ternganga, spontan melirik ke arah jam di tangan. "Tapi Dato',"

"You nak tapi-tapi apa lagi? Tak dengar boyfriend i kata apa? Orang suruh buat kerja tu, buat je lah! Jangan banyak alasan!" Andrea terus menengking. Duduk berpeluk tubuh sambil merenung ke arah Adeera bersama tatapan yang penuh dengan kebencian.

Adeera menarik nafasnya panjang-panjang. Jika yang menengking itu adalah suaminya sendiri, mungkin dia akan berusaha untuk menyabarkan diri tetapi ini tidak! Sudahlah mengganggu rumah tangga orang, berlagak macam dia pula isteri bos yang sebenar! "I dengar. I tak pekak lagi," Yakin Adeera menjawab membuatkan kedua-dua insan yang ada di hadapannya ketika itu langsung ternganga.

Andrea mengetap bibirnya rapat-rapat, menggenggam penumbuk yang tidak seberapa sebelum laju bangkit daripada posisi duduknya. "So??? Kalau dengar, buat je lah apa yang boyfriend I suruh! Pemalas, makan gaji buta! Dahlah bebal, pemalas pula tu! Tak siap, jangan berani balik!" Dia menengking lebih kasar sementara Dato' Azriel Fattah pula hanya memerhatikan sahaja tingkah garang teman wanitanya dengan segaris senyuman yang puas.

Adeera tertawa, penuh dengan nada yang sinis dan menang. Melihat Andrea marah sememangnya menjadi mata terbesar buat dirinya. "Cik Andrea, tahu kan tanggungjawab seorang suami tu macam mana? Rasanya, tak ada masalah atau istilah makan gaji buta pun antara i dengan boyfriend Cik Andrea tu. I buat kerja ke, tak buat kerja ke masih juga Dato' perlu bagi duit pada i. Tahu, kenapa?" Sengaja Adeera menggantung kata. "Sebab boyfriend Cik Andrea tu... suami I. Saya ulangi, suami saya."

"Azriel!!!"

Pekikan suara Andrea yang tiba-tiba itu langsung membuatkan Adeera dengan Dato' Azriel Fattah sama-sama terangkat bahu kerana terkejut.

"Kenapa dengan you ni, samdol?! Memang tak ada rasa malu ke mengaku yang i ni suami you? You sedar tak, you tu... "

"Buat apa nak malu pada suami sendiri? Banyak lagi perkara memalukan yang kita pernah buat. Dato' tak ingat? Ke Dato' nak saya buat ulang tayang semula?" Kata-kata Dato' Azriel Fattah dicantas selamba oleh Adeera dengan nada yang nakal menggoda.

Dato' Azriel Fattah ternganga, semerta juga menjadi bodoh saat berdepan dengan situasi yang dia sendiri tidak pernah duga sebelum itu.

"Ceraikan dia, Azriel! Kalau you sayangkan i, ceraikan dia sekarang ni juga!" Andrea mendesak, namun Dato' Azriel Fattah pula masih lagi kekal dengan tingkah buntunya.

"Sayang, i... "

"Suami i takkan ceraikan i, Cik Andrea. Kalau you nak tahu, i ni adalah menantu kesayangan mama dengan papa mentua i," Adeera masih tersenyum sinis.

"Azriel!!!" Jeritan Adrea itu membuatkan Dato' Azriel Fattah kembali menjadi kalut dan geram. "Cukup, Adeera! You memang sengaja nak sakitkan hati girlfriend i kan?"soalnya sebal.

"Tak sengaja pun, Dato'. Girlfriend Dato' tu je yang hati tisu sangat. Seorang pengganggu rumah tangga orang sepatutnya kental, keras hati. Macam ni," Adeera menyusun langkah, susuk Dato' Azriel Fattah lantas didekati lalu dengan selamba sahaja ciuman rakus dia berikan pada bibir Dato' Azriel Fattah.

Terbuntang meluas mata Andrea melihat tindakan Adeera itu. Sakit hatinya apalagi ketika melihat Dato' Azriel Fattah seolah-olah hanya reda diperlakukan seperti itu. Tidak menolak langsung. "Azriel Fattah! Kalau you sayangkan i, ceraikan dia sekarang! Kalau tak, i akan putuskan hubungan kita! I tak nak bermadu, Azriel. Kalau you sayangkan i, kalau you nak kahwin dengan i, ceraikan minah samdol ni!" Andrea mengugut tegas membuatkan Dato' Azriel Fattah langsung tersedar. Rasa panik dan kalut membuatkan dia laju menolak tubuh Adeera jauh-jauh.

"Tapi sayang, nanti apa pula kata... "

"Okey, fine! Kalau you tak nak ceraikan dia, kita putus! You jangan cari i lagi!" Andrea bangkit, menarik beg tangannya lalu bergerak mahu pergi meninggalkan ruangan itu.

"Andrea... baby," Dato' Azriel Fattah mengeluh panik, berebutan menarik tangan Andrea semula sebelum memberi anggukan akur berkali-kali. "I sayangkan you, you je satu-satunya wanita yang paling istimewa dalam hidup i," ungkapnya dengan yakin sebelum menoleh sayu ke arah Adeera. Berat hati, berat juga mulutnya mahu mengungkap, entah mengapa. Tetapi demi Andrea, Dato' Azriel Fattah tetap berusaha menyakinkan dirinya juga. "Baik, demi you Andrea. Adeera binti Rais, i ceraikan you dengan talak satu."

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-10 14:39:40 

Habis la Syarikat xdpt ke dato deera don't go back to him biar dato tu meroyan

norsila
2023-10-10 11:11:33 

yess ..bebas ..lantak lah dato di soal mama papanya nnti..tarik keistimewaan anaknya tu yg sombong dn angkuh sgt..benci orng cmtu..huu


NovelPlus Premium

The best ads free experience