Bab 2 Terpaling Menyebalkan

Romance Series 108858

"DATO'," panggil Adeera sambil melangkah perlahan-lahan untuk mendekati susuk Dato' Azriel Fattah.

"Hrmmm, you nak apa Dol?" Dato' Azriel Fattah menyoal tanpa memandang. Fokusnya hanyalah pada tali leher yang hendak dipasang pada tubuhnya sahaja. Sedari tadi dia terkial-kial hendak menyimpul. Entah mengapa, boleh pula dia menjadi bodoh pada hari ini. Ada-ada sahaja yang dia rasa salah dan tak kemas.

'Dol?' Adeera ketap bibirnya rapat-rapat. Semakin hari semakin panas pula telinganya setiap kali mendengar gelaran yang diberikan oleh Dato' Azriel Fattah kepadanya itu. Ishhh, geram! "Kita... kita nak jalan sekali ke, Dato'?" tanya Adeera. Selangkah demi selangkah disusun, dan kini dia berdiri hanya berjarak beberapa meter sahaja dari lokasi sebenar suaminya berada.

"Tak, and tak akan. I tak nak bawa wanita lain naik kereta kesayangan i tu melainkan wanita itu adalah... Andrea. Andrea okey, bukan Adeera binti Samdol," jawab Dato' Azriel Fattah seraya mengukir senyuman puas.

Oh, sebut nama Adrea sahaja sudah cukup membuatkan dia terseksa menahan rasa angau, apalagi jika wanita itu ada di depannya nanti. Jangankan emas harta, bulan dan bintang pun dia sanggup dapatkan demi wanita itu!

Andrea? Orangnya cantik, seksi, bergaya dan memiliki aura pesonanya yang tersendiri. Kerana itulah Dato' Azreil Fattah sanggup menyingkirkan wanita simpanannya yang lain. Baginya, cukuplah Andrea seorang sahaja. Wanita itu bersifat liar dan bijak menggoda, memang idaman Dato' Azriel Fattah sungguh.

Adeera bercurian mendengus, bukan cemburu cuma sakit hati sahaja. "Tapi kalau mama tanya, saya nak jawab apa?" soal Adeera lagi. Dia mulai berasa resah, buntu apalagi saat memikirkan sikap tegas dan cerewet ibu mentuanya itu.

"Entah, pandai-pandai youlah Dol. Janji jangan buat i terkantoi. Ishhh!" Tali leher yang gigih disimpul tadi tiba-tiba dilempar geram ke atas lantai. Sakit hati tatkala melihat ikatan tali leher itu yang selalu sahaja tidak menjadi. "You dengan necktie ni adik beradik ke? Macam sama-sama beballah pulak," Dato' Azriel Fattah merungut sebarang.

Adeera yang masih berkira-kira dengan perasaannya sendiri lantas menunduk tubuh lalu mengutip semula tali leher yang dibuang oleh suaminya tadi. "Saya... saya tolong," ujarnya dengan lembut sebelum melilitkan semula tali leher itu pada kolar kemeja suaminya. Semua itu dilakukan secara spontan membuatkan Dato' Azriel Fattah langsung menjadi terkejut. Mahu menolak tetapi tidak sempat, tambahan pula dia sendiri agak mengejar waktu.

Setelah beberapa kali menyimpul, lalu terlilit dengan sempuralah tali leher berjenama Boss pada kemeja kerja Dato' Azriel Fattah itu. "Dah," ujar Adeera sambil tersenyum manis. Tersenyum bukan kerana dengan niat menyimpang, sebaliknya dia tersenyum kerana berpuas hati dengan hasil kerja tangannya yang tadi. Tiada pengalaman memakaikan tali leher untuk orang lain, ini kali pertama tetapi entah mengapa lancar pula setiap pergerakan tangannya.

"Pandai you kan. Dah selalu sangat pakaikan tali leher untuk jantan lain ke sebelum ni?" Dato' Azriel Fattah ikutan tersenyum tetapi jelas terlihat sangat sinis. Bukannya berterima kasih, malah perlian bersahaja pula yang dia berikan kepada Adeera.

Laju Adeera menggeleng. "Eh, tak adalah. Cuma... "

"Lantak kat you lah, Dol. Nak pakaikan tali leher ke, seluar.... yang terdalam tu ke, bukan urusan i and i... tak kisah langsung," Dato' Azriel Fattah pantas mencelah sebelum terus melangkah pergi meninggalkan ruangan peribadi mereka itu. Puas hatinya melihat wajah Adeera ketika itu, terlihat merah padam dan sesak menahan perasaan geram.

“EH, Riel! sorang je? Mana Deera? Deera tak pergi kerja ke?” Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Puan Sri Naini ketika dia berselisih dengan anak sulungnya di muka pintu utama.

“Pergi. Riel nak cepat ni,” jawab Dato’ Azriel Fattah dengan langkah yang tergesa-gesa.

“Kenapa tak pergi sekali je?”

“Nanti minta Pak Udin hantarlah. Riel nak cepat ni.”

“Tak boleh macam tu, Riel! Dah alang-alang kerja sebumbung, kan? Kemarin pun Pak Udin juga yang hantar Deera ke pejabat. Tak akanlah setiap hari macam ni pergi kerja asing-asing jalan?” Lengan anaknya ditarik sambil memanjangkan lehernya memandang ke arah tangga. “Haa, tu pun Deera. Kamu tu suami isteri, Riel. Kena biasakan diri buat sesuatu sama-sama. Kena ada tolak ansur.”

Dato’ Azriel Fattah memandang Adeera yang sedang berjalan menghampiri mereka dengan pandangan mata helangnya dengan muka tidak puas hati. Panas telinganya mendengar bebelan ibunya.

“Deera pergi kerja sekali dengan Azriel,” ujar Puan Sri Naini setelah Adeera sampai di tempat mereka.

Laju Adeera memandang seraut wajah yang sedang memancarkan aura negatif di depannya sebelum pandangannya kembali ke wajah ibu mentuanya. “Err, tapi ma…”

Tanpa berkata apa-apa, Dato’ Azriel Fattah terus menghayun langkah pantas menuju ke garaj.

"Deera, pergi naik kereta dengan Azriel," arah Puan Sri Naini.

“Ma.” Adeera memandang wajah Puan Sri Naini dengan perasaan yang bercampur baur.

"Pergi je. Kalau Riel tak bagi, tahulah mama nak buat apa kat dia," tegas Puan Sri Naini.

Keluhan kecil terpacul dari mulut Adeera, terpaksa akur. Dia yakin dia pasti kena dengan lelaki dingin beku tu sekejap lagi.

"You jangan berani nak besar kepala dengan I sebab mama back up you eh!" Dato' Azriel Fattah terus menghamburkan ketidakpuasan hatinya sebaik sahaja Adeera masuk ke dalam keretanya.

Hmm... dah agak dah! tadahlah telinga, Deera. Hati Adeera menggetus. Sisi wajah suaminya dikerling sekilas. "Tak, saya..."

Belum sempat Adeera menyambung percakapannya, dengan pantas Dato' Azriel Fattah menekan punat pemain lagu. Cukup jelas menunjukkan bahawa dia tidak mahu mendengar wanita itu berbicara.

Baru lima puluh meter kereta itu bergerak di atas jalan menjauhi pagar rumah, Dato' Azriel Fattah tiba-tiba memberhentikan keretanya.

"Keluar."

Adeera pantas menoleh bersama dengan kerutan di dahinya. "Hah?"

"You pekak ke? I cakap, keluar! Keluar dari kereta I! I dah cakap yang I tak nak dan tak sudi mana-mana perempuan naik kereta I, kecuali girlfriend I, kan? Lagipun, I tak nak orang nampak you naik kereta dengan I."

"Jadi, macam mana saya nak pergi ke pejabat, Dato'?"

"Pandai-pandai youlah! You nak jalan kaki ke, nak merangkak ke ikut suka you, asalkan you tak patah balik ke rumah dan buat I kantoi dengan mama. You faham ke tak ni?"

Adeera membalas dengan anggukan perlahan disusuli dengan keluhan halus.

"You ada mulut kan? Boleh bercakap, kan?"

"Ada, Dato'"

"Jadi, jawab dengan mulut! Faham ke tak faham apa I cakap tadi?!"

"Faham, Dato'."

"Bagus! sekarang keluar dari kereta I! I dah lewat! Semua ni sebab youlah ni sam..."

"Okey, okey, saya keluar sekarang." Sengaja Adeera memintas percakapan lelaki itu sebelum satu perkataan lengkap meluncur dari mulut si dingin beku itu. Sakit hatinya setiap kali dia mendengar perkataan tersebut.

"Jangan lewat sangat sampai ke pejabat! you lewat, potong gaji!" pesan Dato' Azriel Fattah tanpa memandangnya sebaik sahaja Adeera keluar dari kereta.

Adeera memandang kereta lelaki itu meluncur pergi dengan muka pasrah. Entah sampai bila dia mampu bertahan dilayan sedemikian rupa. Kalau bukan kerana ibu bapanya, dia tidak ingin langsung bersuamikan lelaki itu, tetapi dia reda dengan takdir.

ADEERA mengerling jam pada pergelangan tangannya sebaik sahaja dia keluar dari lif. Nasib baik tak lewat. Langkah kakinya diorak pantas menuju ke meja kerjanya.

"Adeera."

Adeera memberhentikan hayunan langkah kakinya dan dia lantas menoleh. "Ya, Encik Faizul?"

"Nanti awak pergi minta tanda tangan dengan cop Dato' surat-surat claim ni. Saya nak sebelum pukul 10.00 pagi," ujar seorang lelaki segak rambut sikat tepi yang baru keluar dari sebuah bilik sambil menghulurkan sebuah fail.

"Baik, Encik Faizul."

Selepas meletakkan beg tangan di meja kerjanya, Adeera segera menuju ke bilik CEO membawa fail tadi. Dia terus masuk ke dalam bilik selepas mengetuk pintu, tetapi langkah kakinya serta merta terhenti saat dia melihat Dato' Azriel Fattah sedang duduk bersama dengan seseorang di atas sofa di sudut meja kopi di dalam bilik itu, namun apa yang membuatkan hatinya sakit ialah lelaki itu berlagak seperti tidak melihat kehadirannya di situ.

"You, tu wife bendul you tu. Cepatlah tanya apa dia nak. Spoil pemandangan I betullah."

Suara separuh berbisik itu tertangkap di telinga Adeera. Geram, tetapi dia hanya beriak tenang memandang wanita cantik dan seksi itu sedang duduk bersandar sambil mengelus-elus sisi wajah suaminya. Kalaulah wujud istilah isteri dayus, itulah dia sekarang.

"Haa, Dol, apa you nak?"

Adeera berdeham, lalu dia membuka fail yang dipegangnya. "Encik Faizul suruh saya minta tanda tangan dengan cop Dato'. Dia nak sebelum pukul 10.00 pagi ni."

"Letak kat meja I, lepas tu you boleh keluar."

Cepat-cepat Adeera meletakkan fail tersebut di atas meja, lalu dia terus melangkah menuju ke pintu hendak keluar dari situ.

"Eh, Dol!"

Tidak jadi Adeera memulas tombol pintu. "Ya, Dato'?"

"Buatkan air untuk tetamu special I ni."

"Hah?" Adeera membulatkan matanya memandang Dato' Azriel Fattah.

"You pekak ke?! I cakap, buatkan air untuk tetamu special I ni! You tahu dia siapa, kan?" Dato'Azriel Fattah membentak geram.

"Tapi Dato', buat air bukan tugas saya, saya..."

"Siapa bos kat sini? I atau you, hah!"

Adeera melepaskan keluhan panjang. "Dato' yang bos."

"Tahu pun! Pergi buat air sekarang juga!"

"Baik, Dato'," ujar Adeera terpaksa akur. Malas hendak memanjangkan situasi tegang yang sedang berlangsung. Hakikat tetap sahaja hakikat, Dato' Azriel Fattah sememangnya seorang manusia yang terpaling menyebalkan!

"Patutlah kelam kabut takut terlewat nak pergi office tadi. Girlfriend dia nak datang rupanya. Aku ni dahlah banyak kerja sedia ada yang sedang menunggu, tiba-tiba jadi tukang bancuh air pula. Hisy! sabar jelah!" Adeera menggumam perlahan sepanjang perjalanannya menuju ke bilik pantri.

Share this novel

Hawani Hashim
2023-10-07 18:17:06 

Update lagi please


NovelPlus Premium

The best ads free experience