Bab 4

Drama Series 8659

Hati Perempuan
Bab 4

"Duhh!! Garang betul lah bos kita tu!! Harap je muka hensem,tapi perghh!! Garang!!"kata Hana lalu duduk di kerusinya dengan kasar

Beg tangannya dia juga dia hempas dengan begitu kuat di atas meja kerjanya.

"Macam mana lah bos tak marah.Tengok lah korang sampai tempat kerja jam berapa"kata Qashimah lalu melabuhkan punggungnya lalu duduk di tempatnya yg bersebelahan dengan ruangan Hana

Hana merenung ke jam di dinding.Jam sudah menunjukkan jam 8:00 pagi.

"Laa...dah pukul 8 rupanya.Patutlah bos dah mengamuk!"kata Imran yang entah bila muncul lalu ikut menyampuk

Si Imran ni.Memang suka menyampuk.Dia ni suka jaga tepi kain orang.Tak sah dia kalau tak menyibuk hal orang.Ada je yang dia sibuk sibuk nak dengar atau sibuk sibuk nak tau.

Hana menjeling ke Imran sekilas.Matanya memandang Farid yang sudah duduk santai tanpa membuat kerjanya.Malah tangannya ligat bermain telefon.

"Woi kadir!! Sekarang ni jam kerja! Bukan waktu untuk bermain telefon!! Kau nak aku lapor dekat bos ke??"Hana malah tidak memperdulikan kata-kata Imran,malah dia mengomel pada Farid

Farid terus menjuih bibir mendengar kata-kata Hana.

"Perempuan ni menyibuk hal orang.Tak sah ke dia kalau tak cari gaduh dengan aku?? Ke dia nak balas dendam pasal tadi??"keluh Farid dalam hati sambil menjeling jeling Hana

"Kau jeling jeling apa pasal?! Nak kena cucuk ke mata tu?! Kau nak stop main handphone kau atau aku report kat boss?!"Hana geram apabila kata-katanya tidak ada balasan oleh Farid

"Hei cik siput ni!! Aku jawab salah!! Aku tak jawab pun salah!! Habistu,kau nak aku buat apa dengan mulut aku ni??! Nak zip atau nak bukak?!"Farid pun terus bersuara kerana geram dengan Hana

"Hei korang berdua ni...jangan gaduh gaduh...kang ada yang jatuh cinta nanti.Ha..jangan gaduh gaduh..nanti malah jatuh cinta!"celah Imran tiba tiba

"Sorry eh?! Aku Nur Hana! Takkan sesekali jatuh cinta dengan mat kadir ni!! Dh lh gemuk!! Tk hingin aku!! Dia ni my enemy sampai bila-bila!! Dan benda tu takkan berubah sekalipun!!"Hana mengerling ke tempat lain kerana menyampah dengan kata kata yang dikatakan oleh Imran tadi pasal 'Jatuh Cinta'

Hei! Untuk diri Hana,tiada namanya jatuh cinta untuk lelaki macam si Farid tu!! Sorry sikit!!

"Macam lah aku hingin dengan cik minah siput ni!! Aku pun tak hingin lahh!!"Farid berbalik pada tempat duduknya lalu membuka komputer ribanya

Qashimah mengangkat wajah.Merenung Farid dan Hana silih berganti.Melihat petengkaran Farid dan Hana ni buat dia rasa mengantuk dan rasa ingin tidur.Dah selalu lah dia lihat Farid dan Hanani bergaduh setiap pagi datang kerja.Ada je yang nak cari gaduh.Salah satunya! Duh! Buat kepala Qashimah pening!

"Guys,bila korang nak stop bergaduh?? And bila korang nak mula buat kerja? Nanti kalo bos datang nampak korang berdua bergaduh ni..nak cakap apa?? Depan boss,bukan main baik lagi korang.Tak berani nak gaduh gaduh depan bos.Stop lah gaduh dan berdamailah"tegur Qashimah setelah melihat mereka berdua tidak berhenti bergaduh

"Berdamai?? Dengan dia?? Memang tak ah! Dia tu musuh aku sampai bila-bila!! Dan takkan berdamai!!"Hana memusingkan kerusinya menghadap komputernya

"Aku pun tak hingin lah nak berdamai dengan kau! Sampai mati pun aku tak hingin!!"Farid menjegilkan matanya pada Hana sebelum dia mula memandang skrin komputernya

"Eh?! Mulut korang berdua ni.Asin betul!"Imran menggeleng geleng kepala melihat Hana dan Farid yang tak berhenti bertengkar itu

"Kau diam!!"Jerit Hana dan Farid serentak membuat Imran terdiam

"Okay okay..i will shut up my mouth.."Imran tak nak cari gaduh jadi dia berdiam diri

Qashimah hanya mengeluh

"Ya tuhan,damaikanlah hati Hana dan Farid ni agar berdamai dan tidak bergaduh lagi .amin.."doa Qashimah lalu menatap ke atas sambil menadah tangan membaca doa

Sekarang giliran Qashimah mendapat pandangan tajam dari Hana dan Farid

"Okay..okay..ampun..ampun..aku diam"jawab Qashimah

"Huh!"Hana dan Farid berbalik

Qashimah meraup wajah begitu juga Imran.

"Damaikanlah hati cik Siput dan cik Kadir.Damaikanlah mereka berdua agar dapat menjadi kawan karib"

"Cinta itu bakal tiba bila bila masa tanpa dijemput.Cinta itu datang tanpa diundang.Jadi,jangan salahkan cinta apabila cinta itu muncul!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience