BAB 1

Drama Series 8659

Jam loceng berbunyi.Hana dengan mamai mengambil jam loceng di meja sebelah tempat tidurnya.Matanya membeliak saat melihat sudah jam 8:30 pagi.

"Alamak! Dah jam 8:30 pagi!! Boleh terlambat aku ni ke tempat kerja!"Hana mematikan jam locengnya lalu terus bergegas masuk ke dlm bilik mandi

Setelah ia selesai mandi,Hana langsung memakai baju berlengan panjang dan seluar jean.Hana memakai simple makeup sebelum ia memakai tudung.Dia memakai tudung belit agar cepat sikit dia bersiap.

"Pakai simple makeup je.Nanti aku terlambat pula.Bos marah nanti"kata Hana setelah selesai memakai makeup dan tudung lalu Hana mengambil begnya berwarna coklat lalu ia sandang ke bahu kanannya.

Sebelum dia keluar dari biliknya,dia sempat mengemas tempat tidurnya.

Setelah semuanya selesai,dia bergegas turun ke bawah

"Amboi.Anak dara ni..baru nk bangun?? Tidur jam berapa semalam sampai jam segini baru nak bangun,hah??!"marah Hamzah ayah Hana

"Errr..tido jam 3 pagi...Hehe..."Hana sempat buat peace lalu tergaru-garu kecil

"Kebiasaan btol kamu tidur lambat! Lain kali tidur awal awal,agar tidak bangun lambat seperti ini lagi.Haihhh..nk jadi apa dgn kamu ni,Hana??! Selalu je bangun lambat!"omel Hamzah melihat perangai Hana yg semakin lambat bangun akibat tidur kelewatan

"Dah dah lah tu..marah anak kamu tu...Hana,mari sarapan dulu sebelum kamu berangkat ke kerja??"kata Hanifah ibu Hana yang sedang menghidangkan lauk-pauk di atas meja makan

"Erm tak pelah mak.Hana dah lambat dah ni.Nanti,Hana makan kat office je nanti.Hana pergi dulu ye,mak ayah"kata Hana lalu menyalami tangan ayah dan ibunya

"Okaylah.Bawak kereta tu hati-hati tau.Jangan tergesa-gesa"pesan Hanifah

"Baik mak.Hana pergi dulu.Assalamualaikum"kata Hana meminta diri sebelum ia melangkahkan kakinya keluar dari rumahnya

"Waalaikumussalam.."jawab Hanifah sambil tersenyum memandang Hana sehingga Hana kelibat kereta Hana hilang di pandangannya

Hamzah duduk di sofa lalu merengus kecil.

"Dari dulu,manjakan anak je kamu ni.Jangan terlalu berlembut sangat dengan dia.Nanti,jadi apa dah dia nanti"Omel Hamzah tidak senang hati lalu menghirup kopi di atas meja

"Abang tu yang garang sangat dengan anak.Abang sendiri suka bangun lambat.Nak cakap Hana je tau.Dia sendiri pun sama"kata Hanifah lalu duduk di meja makan lalu menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya

"Jangan nak samakan anak kamu tu dengan saya pula"kata Hamzah lalu meletakkan kembali kopi ke atas meja

"Nak samakan apa pula?? Perkara itu benar kan??"kata Hanifah sambil makan

"Ha.Oh ye,abang.Nanti Sarah mau datang ke sini.Dia kata dia nak kenalkan anaknya pada kita.Dan..bolehlah dia kenalkan anak dia pada Hana.Hana kan belum berkahwin lagi"Hanifah berhenti makan sebaik ingat tentang sahabatnya,Sarah yang bakal datang ke rumah mereka nanti.

"Baguslah kalo begitu.Hana sudah 26 tahun dah,dah memang pantas untuk berkahwin.Kita tak patut membiarkan dia kekal bujang seperti ini.Dia kene lah ada suami yang boleh damping dia"kata Hamzah lalu duduk di hadapan isterinya itu

"Kita kenalkan je dulu bang...kalo anaknya itu baik,kita kahwinkan dia dengan Hana.Kalo tak,Hana tak akan bahagia malah dia akan merana nanti jika mendapat suami yang tidak baik.Kalo anaknya Sarah itu baik,kita jodohkan sahaja dengan Hana"Kata Hanifah sambil memikirkan nasib Hana jika mendapat suami yang tidak baik

"Kalo macam tu..kita berharap jelah anak Sarah itu baik.Kalo anak dia baik,kita kahwinkan sahaja dgn Hana.Hana dh sepatutnya kahwin dah.Dah besar panjang dah dia tu.Dah sepatutnya dia berumah tangga.Bukan kita je yang kene sara hidup Hana tu.Dia dah besar dah.Dah patut kene kahwin.Dan,kamu tu jangan biarkan dia macam ni Dia kene juga belajar memasak,kemas rumah dan sebagainya lagi yang sepatutnya para wanita lakukan.Jangan biarkan Hana macam itu.Dia dah besar,dan dah nak kahwin.Kene tau itu semua.Kang susah kalo dah kahwin nanti"kata Hamzah panjang lebar sambil menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya

"Taulah apa yang saya nak buat..."balas Hanifah malas mau melayani suaminya yang bercakap panjang lebar

Sesungguhnya,Hanifah terlalu memanjakan anaknya,Hana itu.Ini yang membuat Hamzah tidak senang hati.Hamzah menggeleng kecil melihat isterinya itu.

"Ingat.Jangan dimanjakan sangat Hana tu.Okaylah..abang pergi kerja dahulu.."pesan Hamzah lalu ia mencium dahi isterinya setelah dia selesai menjamah nasi goreng buatan isterinya

"Urmm..okaylah abang..hati-hati..Pandu kereta tu elok-elok"kata Hanifah lalu membetulkan tali leher suaminya itu

"Hurm...okay..abang pergi dulu.."

"Okay bang.."jawab Hanifah lalu mencium tangan suaminya

Hamzah langsung masuk ke dalam keretanya dan terus memandu ke tempat kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience