BAB 5

Drama Series 8659

Alunan muzik di saluran radio diperlahankan sedikit.Dia bukan minat sangat dengan seni penciptaan lagu,berbeza dengan bidangnya,dalam bidang business.Tetapi,ada juga lah bidang seni dalam diri dia.Tapi,bukan seni muzik,tapi seni lukisan!?? Ye! Dia meminati seni lukisan?? Dia punya bakat melukis.Melukis itu adalah hobinya saat tiada pekerjaan.Dia akan melukis pada masa yang kosong mahupun pada masa yang lapang.Ah! Lebih kurang sama sahaja lah!??

Dia memberhentikan keretanya saat dia telah pun tiba di tempat kerja barunya.Dia melihat pada jam di tangannya.Sudah mau masuk jam 12:00 tengah hari! Lalu,dia mengambil tasnya yang berwarna coklat petak.Kunci kereta ia juga ambil sebelum ia keluar dari perut kereta.Dengan tarikan nafas yang panjang,dia menarik nafasnya sebelum menjejakkan kaki masuk ke dalam tempat kerja barunya.Sempat lagi ia membetulkan kemejanya yang sedikit kusut.

"Ehem!"dia berdehem seketika membuatkan para pekerja di situ mula memandangnya

"Ehh?? Hana?? Siapa lelaki tu?? Kacak lah wei!!!??????"ujar Qashimah sehingga air liurnya keluar melihat lelaki yang baru masuk itu

"Mana??"soal Hana lalu mencari kelibat lelaki yang dikatakan oleh Qashimah

Hana terpaku untuk seketika.Ye! Memang! Lelaki itu memang kelihatan kacak dan bergaya! Apatah lagi dengan pakaian dia yang berlengan panjang berwarna coklat dan juga seluar panjang yang juga berwarna coklat.Tas di tangannya juga berwarna coklat.Adakah lelaki itu penggemar warna coklat? Haha.Maybe!

Dia tersenyum sambil berjalan dengan tenang memasuki ruangan pejabat Encik Shahrul.Bos di syarikat tersebut.

"Wei! Boleh tergoda iman aku ni!! Caiyyaaa ahh!! Kalah artis korea tau! Dia lagi handsome????????"Kata Qashimah sebaik lelaki itu sudah memasuki ruangan pejabat Encik Shahrul

"Wei.Dh lh tu.Habistu kau nak campak Farid tu kat mane?? Bukan ke kau ada hati kat dia?? Dh nampak lelaki lebih handsome,kau nak yang lebih handsome lah..cinta dah terbang dahh...yelah.."Ujar Hana dalam keadaan berbisik setelah itu dia membuka sebuah fail yang berisi dokumen dokumen penting

"Hehehe... Cakap jelah...kau tertarik dengan dia jugak"kata Qashimah selamba sambil menaip di komputer ribanya

"Ehh?? Tk de maknanya aku nak tertarik dengan dia.Kau kan tau lelaki kacak bukan my taste.Aku tu suka lelaki yang jenis periang and boleh hiburkan hati aku.Penyayang dan setia.Buat apa nak lelaki handsome,kalau nanti perangai? Entah apa apa? Haihh..memang tak ahh"kata Hana sambil menyusun fail-failnya dan mula dimasukkan ke dalam laci di bawah mejanya

"Urmm.. Apabila sang ustazah berhujah.."ujar Qashimah dengan selamba

"E eleh dia ni"Hana hanya menjeling sahaja mendengar kata kata Qashimah

"Hei hei hei!! Bergosip pulak eh minah ni bila nampak lelaki handsome?? Macam lah dia tu artis korea.Sampai nak bergosip gosip bagai.Terang terang,aku yang di hadapan korang ni...langsung tak puji.Berbanding dengan dia,aku yang lebih handsome"ujar Farid yang tiba tiba menyampuk

"Aduhhhh!!! Bila si kadir ikut menyampuk hal gadis gadis-,- Eh?? Kau siapa nak menyibuk hal orang?? Suka hati kitaorang lah nak bergosip pasal apa pun.Bukannya kitaorang gosip pasal kau! Baru lah kau boleh menyibuk!!"geram Hana apabila si Farid mula menyampuk perbualannya dengan Qashimah

"Wahai puteri hana...pandanglah aku dan Farid..berbanding dengan lelali tadi tu...aku lagi handsome"sampuk si Imran pulak

"Aduhhh!! Ni lagi sorang ikut menyampuk!!-,- lebih baik korang berdua diam sebelum aku baling dengan kasut aku ni.Nasib baik aku tak pakai kasut tumit tinggi.Kalau tak,memang kaki ni tinggi kene kat muka hang hang dua ni"tambah geram Hana apabila si Imran ikut menyampuk

"Eleh? Kau ingat aku takut? Kau tu pendek! Mana ada tinggi! Haha! Perasan tinggi pulak cik pendek ni!! Hahahaahhahahaha!!!"Farid ketawa meledak ledak sehingga menimbulkam batu api dalam diri Hana

Dengan satu balingan,Hana langsung membaling kasutnya ke wajah Farid,namun..Farid dan Imran sempat mengelak dengan cara menundukkan kepala mereka berdua.Dan malangnya,kasut itu terkena tepat-tepat pada bos!

"Alamak! Bos!"

"Alamak! Encik Shahrul!!"

Dua kata sepakat yang kluar dari mulut ketiga-tiga orang itu.Hana,Farid dan juga Imran

"Hana!!!!!!!!!!!!"kelihatan wajah bengis Encik Shahrul

"Erk! Matilah aku!"Hana menelan air liurnya

Aduhh! Kelat! Pahit!

Bersambung....

"Saya selalu api merah,tapi hari ini sedikit berbeza,saya bahkan tidak punya peluru kuning,mungkin bola terbaik? berwarna pink?"

"Jadi,ingat....Jangan bermain mahupun bergaduh dan bergosip di tempat kerja.Kerja! Lakukan yang sebetul-betulnya! Jangan bermain main waktu kerja! Kalau tak,nasib malang menimpah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience