Bab 6

Drama Series 8659

"Hana,sesuka je kamu baling baling kasut kamu ye??!! Kamu fikir ini tempat pembuangan sampah,hah?!"marah Encik Shahrul selaku bos di syarikat tersebut

Dia berdiri sambil bercekak pinggang memandang wajah Hana dengan muka yang marah

"Maaf tuan...saya tidak sengaja...saya janji tidak akan mengulanginya lagi..."Hana berbasa-basi.Wajah bosnya itu dipandang.Sesekali matanya memandang lelaki yang berdiri di sebelah Encik Shahrul.Lelaki yang baru masuk dalam office itu.

Mungkin pekerja baru? Atau rakan baik Encik Shahrul??

Hana terfikir di saat memandang wajah lelaki yang sedang berdiri bersebelahan dengan Encik Shahrul.

"Tau pula kamu ni.Lain kali jangan buat lagi.Ini tempat pekerjaan.Bukan tempat permainan.Lagipun,kamu bukan budak kecil lagi kan??"bebel Encik Shahrul dengan telatah Hana yang bersikap seperti kanak kanak kecil

"Alaaa...bos ni...saya dah minta maaf dah pun ..masih juga nak marah..nasib bos ni kacak"sempat lagi Hana memuji Encik Shahrul agar kemarahan terhadapnya reda lalu tangan Hana mengambil kasutnya yang dibaling tadi

"Eisk kamu ni.Ada je nak puji saya kalau saya tengah marah.Saya tengah serius ni!"kata Encik Shahrul dengan tegas dan serius

"Baiklah..maafkan saya..Encik Shahrul.."Hana kembali duduk di tempat duduknya setelah ia telah mengambil kasutnya

"Oh ye...perkenalkan.Ni pekerja baru di sini.Hadziq,yang ni Hana,dia ni gadis yang keras kepala tapi perangai dia kekadang macam kanak kanak kecil.Dia setiausahanya Farid"Encik Shahrul mula memperkenalkan Hana,Qashimah,Imran dan juga Farid pada lelaki bernama Hadziq itu

"Hi Hadziq.Nama aku Hana"ucap Hana dengan mengangkat tangannya paras bahunya dan tersenyum pada Hadziq

"Ha..yang ni pulak Qashimah.Rakan sekerja Hana.Dia ni pengurus hal kewangan.Dia bijak dalam menguruskan bisnes dan kewangan.Dan dia ini sopan dan lemah lembut dan juga orang yang pintar"Encik Shahrul menunjuk pada Qashimah yang bersebelahan dengan tempat duduk Hana

"Yang sebelah Hana ni pulak Farid.Dia ini ketua dalam bidang kewangan.Dia pandai juga macam Qashimah tetapi dia ini sering bergaduh dengan Hana tiap pagi dan tiap hari"Encik Shahrul mula menggeleng-geleng kepalanya sedikit

"Hi bro.Nama aku Farid.Farid bin handsome.Haha.Okay gurau jer"gelak ketawa berderaian di dalam pejabat

Semua pekerja lain memandang ke arah Farid dengan pandangan yang pelik.

"Hal yang tak penting pula diceritakan bos ni"keluh hati Hana

"Yang sebelah Farid ni pulak..Imran dia penolong jabatan pengurusan.Kalau ada apa apa yang awak tidak faham,boleh bertanya pada Imran"tersenyum Encik Shahrul kerana dia suka dengan sifat Imran yang rajin dan bertanggungjawab walaupun kekadang suka bergosip dan jaga tepi kain orang

Hadziq senyum.

"Baik bos.Akan saya kerjakan dengan baik dan sempurna"katanya dengan kata yang jujur dan ikhlas

Tertera senyuman di bibir Encik Shahrul.

"Okay.Saya percaya dengan kamu.Tempat kamu berada berhadapan dengan meja Hana.Ada apa apa,boleh tanya pada Farid,Hana,Imran ataupun Qashimah.Saya masuk ke pejabat dahulu.Dah.Buat kerja masing masing"Encik Shahrul mengigatkan Hadziq sebelum dia hilang di pandangan mereka berempat.

Hadziq mula berjalan ke sebuah tempat duduk di hadapan meja Hana.

"Hai Hana"tegur Hadziq dengan senyuman sebaik sahaja punggungnya sudah pun duduk di kerusi

"Hai.Ada apa yang boleh saya bantu??"Kata Hana yang sedang membelek-belek helaian helaian dokumen yang perlu disemak

"Boleh ajar saya tak??"kata Hadziq sambil memandang raut wajah gadis di hadapannya kini

"Nak ajar pasal apa??"soal Hana lalu mengangkat wajahnya memandang wajah Hadziq

Tampan.Kalau terlihat sangat dekat,wajah lelaki itu memang sungguh tampan dan Hana mengakuinya.

"Saya..nak..awak ajar saya cara takluki hati awak...sebab awak lah bidadari hati saya...chia chia chia chia..."sempat lagi si Hadziq bergurau dengan sengaja bagi ayat pickupline buat Hana

Namun,Hana hanya terpinga-pinga memandang Hadziq dengan muka yang kelihatan tidak kesah dengan soalan Hadziq buatnya.Soalan yang sungguh tidak masuk akal.Ingat dia akan cair?? Sorry,Hana bukan seperti Qashimah yang mudah cair dengan lelaki kacak,mahupun romantis.Apalagi kalau ada lelaki ada bagi ayat pickupline kat Qashimah,memang buat dia cair.Sebab apa?? Sebab Qashimah ini penggemar artis Korea.Itu sebab kenapa Qashimah jadi begini.

"Krik krik"Dengan mata jelingan,Hana kembali memandang helaian helaian dokument yang ada di tangannya

"Alaaa...palau ke?? Sampai hati..."Hadziq membuat muka yang muram

"Kau nak kerja ke nak goda anak orang?! Buat kerja lahh!!"marah Farid yang sedari tadi memandang sahaja kelakuan Hadziq pada Hana

"Yelah yelah..."Hadziq mula membuat kerjanya

"Farid,kau jeles eh??"bisik Imran di sebelah Farid sebaik melihat kemarahan di wajah Farid yang kelihatan seperti orang yang sedang cemburu

"Ehh kau ni! Merepek sudah!! Dahh! Buat kerja!! Kau jangan fikir yang bukan-bukan!!"Kata Farid lalu menaip sebuah nota ke dalam laptop

"Yelah pakcik.."Imran menyambung kerjanya

Bersambung....

"Satu hari....cinta itu bakal tiba..tanpa diundang..jadi..bersiap sedialah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience