Bab 7

Drama Series 8659

Setelah mereka habis dari kerja,Qashimah bersama Hana berjalan keluar dari tempat kerja mereka sambil membawa beg mereka.Mereka berdua berjalan menuju ke kafe.

"Hei korang!! Tunggulah!!"sedar tak sedar,si Imran dan si Farid itu mengikuti langkah Hana dan Qashimah ke kafe

"Nak pergi jugak ah.Perut aku lapar"desis Hadziq sendirian lalu mengikuti langkah 4 orang tersebut

-Di kafe-

Majalah epop di tangannya ditunjukkan ke sahabatnya.Hana mengerutkan dahinya.Dia mengerling tajam sekilas memandang majalah epop di tangan Qashimah.Dahi Hana berkerut memandang wajah Qashimah yang memegang majalah epop

"Sempat lagi dia beli majalah korea ni"desis hati Hana lalu menjeling Qashimah yang terlalu asyik dengan Korea sahaja

"Wei,Hana! Kau tengok lah ni aku majalah epop ni cover mukanya siapa!!"ujar Qashimah dengan teruja

Hana menjeling melihat majalah itu.Dia tidak faham kenapa Qashimah terlalu minat akan korea.Dari dulu,asyik korea,korea and korea sahaja.Bukannya majalah melayu,tidak ingin Hana untuk melihat majalah yang tidak penting baginya.

"Kau ni Qashimah! Asyik korea je!! Eihh!! Tak habis habis!!"Marah Farid yang tiba tiba muncul bersama Imran diikuti Hadziq

"Alaa..tak salah pun kalau dia nak minat korea.Dah tu minatnya dia,kenapa kau nak halang apa yang dia minat??"kata Hadziq selesai ia melabuhkan punggungnya dan terus duduk

"Ehh mamat ni datang datang menyibuk pula"Farid menjeling Hadziq.Entah kenapa dia tidak suka melihat wajah Hadziq sedari tadi. Dahlah dia pergi duduk dengan Hana pula.Sakitnya hati!!

"Siapa nih?? Aku tak kenal kalau bukan artis malaysia"kata Hana tanpa memperdulikan Farid dan juga Hadziq

"Aduh! Itu pun kau tak tau?? Diorang ni ahli Bts.Grup boyband lelaki korea yang makin menaik.Handsome handsome ah diorang.Diorang punya tarian pun terbaik sangat"Qashimah memandang wajah Bts di cover epop depan isu yang ke-87.Dia memandang gambar Bts itu dengan teruja

"Erk.Krik krik krik krik"Bunyi cengkerik lalu disaat Qashimah mula menceritakan tentang kpop

"Kenapa korang diam??"Tanya Qashimah sebaik melihat semua mendiamkan diri dan menjeling ke arahnya dengan muka tak puas hati

"Boleh tak jangan cakap pasal korea?? Kau kan tau kitaorang tak minat Korea"Kata Farid sebaik daging disumbatkan ke dalam mulut dan dikunyah

Hana menggeleng-geleng.Qashimah memandang Farid,Imran dan Hana silih berganti dan meletakkan majalah epopnya di dalam begnya

"Yelah sorry.Aku tau korang semua bukan 'Kpopers' Aku seorang sahaja yang 'kpopers' kat sini"Qashimah mula meneguk jus strawberi di hadapannya

"Kau salah lah..aku ni pun kpopers.Aku fanboy"Kata Hadziq tiba tiba ketika dia sedang menjamu nasi goreng pataya

"Hah?? Ye ke??"Tanya Qashimah teruja kerana Hadziq juga merupakan kpopers

"Ha ah.Dah tak yah cakap kat sini.Diorang bertiga tak suka kpop"Kata Hadziq mencelah agar tidak ada pergaduhan ketika mereka sedang menjamu selera

Bersungguh sungguh benar si Hadziq dan Qashimah ini.Selama ini dia hanya tau yang Qashimah begitu suka dengan drama-drama Korea yang kononnya rata-rata semuanya cantik dan kacak.Gadis itu sanggup menghabiskan duitnya demi membeli DVD dan tiket konsert artis Korea.

Hana sebenarnya tidak meminati zaman kpop atau dunia kpop.Tetapi,ia mengagumi negara itu tetapi bukan dari sudut hiburan kpop,tetapi dari sudut ekonomi,seni bina bangunan-bangunannya yang moden dan mempunyai keunikan yang tersendiri.Ekonomi Korea pula makin berkembang dengan sungguh baik sekali dalam tempoh sepuluh tahun ini.

Terdapat juga keinginannya untuk melancong ke negara negara seperti China,Korea,Japan dan Amerika Syarikat yang di mana ekonomi-ekonomi negara mereka amat baik dan mengagumkan.

Namun,negara yang paling ia ingin kunjungi adalah negara mekah dan madinah.Negara orang islam.Itu adalah negara yang wajib kita kunjungi bagi semua umat islam di Malaysia ataupun di Indonesia atau mana mana negara yang beragama Muslim.

"Dah.. Mari makan..berdosa kalau kita makan sambil bercakap.Kan ada orang sebelah kita ikut makan iaitu Syaitan.Dah.Makan.Dah habis makan nanti,barulah kita berbual-bual"Hana mula bercakap setelah sekian lama ia mendiamkan dirinya

"Betul kata Hana tu..kita kene habiskan makanan dahulu..baru lah kita berbual"jawab Imran setuju dengan kata-kata Hana,kalau berbual ketika kita sedang makan,itu adalah amalan syaitannirrojim.

Nauzubillahh...

Semuanya mula menghabiskan makanan tanpa berbual sedikit pun kerana mereka tidak ingin mengikut amalan-amalan syaitan.

Setelah mereka semua telah menghabiskan makanan mereka masing -masing..Tiba-tiba telefon Hana berdering di saat mereka mula berbual-bual di saat mereka sudah selesai makan.Tertera nama ibunya Hanifa.Terus sahaja Hana bangun dari tempat duduknya dan dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello ibu?? Kenapa ibu??"soal Hana sebaik suara ibunya terdengar di talian

"Ibu dan ayah ingin kamu pulang sekarang.Ada yang kami berdua ingin berbincang dengan kamu nanti.Dan Makcik Sarah,kawannya ibu serta anaknya bakal datang ke rumah hari ni.Jadi,ibu nak kamu cepat cepat balik.Jangan banyak alasan dan jangan banyak tanya.Cepat!!"Kata Hanifah sebaik mendengar suara anaknya dan ia terus meminta anak satu satunya itu pulang ke rumah secepat yang mungkin

Baru sahaja Hana ingin menjawab,sebelum ia sempat berkata apa-apa...ibunya sudah mematikan talian

"Huhh.."keluar keluhan di mulut Hana

"Guys..aku balik dulu..ibu dah suruh aku balik.Nanti kita lepak lain hari.Bye"Hana terus mematikan talian dan mengambil beg tangannya dan terus ligat keluar dari kafe itu

"Okaylah..aku pun balik dulu..ibu aku juga suruh aku balik ke rumah"Kata Hadziq pula sebaik ia juga mendapat mesej dari ibunya agar ia pulang ke rumah secepat mungkin

"Aihh?? Peliknya diorang berdua tu..mesti ada apa-apa ni.."kata Imran lalu memandang kelibat Hadziq dan Hana yang telah keluar dari kafe meninggalkan mereka bertiga di situ.Hanya tinggal Qashimah bersama Farid dan juga Imran

"Er...aku pun balik juga lah..bye.."Qashimah meminta diri kerana dia malu kalau berhadapan dengan Farid apatah lagi Hana sudah pulang dahulu tanpa mengajaknya pulang bersama

Qashimah terus berlari keluar dari kafe meninggalkan farid berdua dengan Imran.

"Aik?? Dia pun balik?? Tapi Farid en..aku rasa lah kan..Qashimah tu sukakan kau lahhh"bisik Imran sebaik melihat Qashimah telah pun pergi

"Apa maksud kau Imran??!"Farid memandang wajah Imran pelik.Tiba-tiba sahaja kawannya itu berkata seperti itu.Qashimah?? Qashimah ada hati padanya?? Betul ke?? Tapi..Farid tidak ada perasaan pun pada Qashimah

"Qashimah cintakan kau.Qashimah sukakan kau"Kata Imran bersungguh-sungguh meyakinkan Farid

Farid hanya mendiamkan diri dan memikirkan perkara itu.Imran menepuk bahu Farid sebelum ia pergi meninggalkan Farid sendirian di situ tanpa Farid sedari.

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience