BAB 7

Mystery & Detective Completed 5426

“Tak mengapalah benda dah terjadi. Semoga dia tenang nanti.”

“Kita ada staff baru. Dia orang kata cantik macam Tasharina.” kata Yahya. Terhenti langkah Zulkefli.

“Tasharina cantik ke.” Tanya Zulkefli.

“Cantik la.”

Zulkefli terdiam. Dia meneruskan langkahnya. Dia tidak pernah melihat wajah Tasharina. Sewaktu Tasharina mendekatinya, dia hanya menundukkan wajah. Tidak berani bertentang. Segala kemungkinan terjadi. Yang dia tahu Tasharina amat menyukai perfeum haiku iaitu Kyoto Flower.

Sesi memperkenalkan staff baru dilakukan pada pagi itu. Zulkefli kelihatan tenang. Saat nama dia disebut baru dia mengangkat wajahnya. Dia terpana melihat wajah kacukan jepun ini.

Zulkefli kembali membalas senyuman Emma. Beginikah rupa Tasharina. Cantik. Jepun dan sakura. Wangian kyoto flower inspirasi dari bunga sakura. Jiwanya kembali resah.

Teringat kata-kata Tasharina dia akan kembali berterima kasih. Hati Zulkefli cuak. Hidungnya menangkap bau haiku.

Gadis ini juga mengunakan wangian seperti Tasharina. Bulu romanya menegak. Nekad surat peletakkan jawatan harus dihantar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience