BAB 5

Mystery & Detective Completed 5426

Ayat kursi dibaca. Tangannya memegang erat tebing pintu. Bibirnya tidak henti berzikir. Separuh badannya sudah melepasi lantai. Zulkefli menguatkan enjakan badannya.

Kini tubuhnya terterap dilantai tingkat atas. Peluh menbasahi. Dia bangun sambil mengibas seluarnya. Dia terhidu sesuatu. Matanya melihat sesuatu di atas bumbung lift. Rambut panjang mengurai. Berserabut. Badan sudah terkulai.

Darah merah mengalir pekat dengan mata terbeliak. Kini tubuh perempuan itu bertukar menjadi bangkai membusuk. Tiada lagi darah pekat mengalir. Tubuhnya mereput dan bertukar menjadi hitam. Bau busuk menusuk hidung. Perlahan-lahan Zulkefli mengundur ke belakang.

“Awak.” mendayu Tasharina memangggil.

“Siapa buat awak macam tu.” soal Zulkefli dalam takut-takut beraninya.

“Farhan Ahmad. Pengurus besar awak. Tiada bukti untuk sabitkan dia. Bukti ada pada mayat saya sahaja. Sebab itu tingkat atas ini ditutup. Dia berusaha untuk ke sini untuk membuang mayat saya. Saya tak kan benarkan.” Tasharina ketawa mengilai. Zulkefli menutup teliganya.

“Awak nak saya buat apa.” tanya Zulkefli.

“Saya tak tahu.” balas Tasharina sambil menangis pula. Zulkefli terkaku seram mendengar tangisan gadis itu. Tasharina menghilangkan dirinya Setelah mendengar ayat kursi dilafazkan oleh Zulkefli.

Dia mengagau koceknya. Telefon bimbit di ambil. Terketar-ketar tangannya mengambil gambar mayat Tasharina. Setelah itu dia kembali memasuki perut lift. Tiada cara lain untuk turun selain memasuki perut lift itu kembali. Zulkefli kembali ke rumah.

Tiga hari dia tidak ke tempat kerja. Dia diserang demam. Tasharina kerap memasuki alam mimpinya. Dia buntu. Air wuduk di ambil dan bacaan surah yasin di alunkan. Moga kau tenang Tasharina. Zulkefli mengerjakan solat sunat. Pagi itu Zulkefli menjejakkan kaki di balai polis. Dia sudah nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience