BAB 4

Mystery & Detective Completed 5426

Dia mencari kekuatan. Bibirnya mencuba berzikir tapi gagal kerana membeku. Zulkefli mendetik hatinya melafaz nama Allah. Berkali-kali sehingga dia dapat menghilangkan rasa takutnya sedikit.

“Saya tak kenal awak. Macam mana saya nak tolong awak. Lagi pun saya tak tahu macam mana cara nak tolong awak.” Zulkefli membuka bicara.

“ Saya akan beritahu caranya.” balas Tasharina.

“saya minta maaf saya tak mampu tolong awak. Tolong lepaskan saya.” Pinta Zulkefli.

“Sampai hati awak.”Tasharina menangis. Tangisannya mengubah bau lembut Haiku menjadi tajam. Nafas Zulkefli sesak.

“Baiklah saya akan cuba tolong. Maafkan saya andai saya tak mampu tolong awak.” Kata Zulkefli. Dia tidak mahu menberi harapan. Nyawanya kini lebih bererti.

Dia harus mencari jalan untuk keluar. Tiba-tiba lift laju menuju ke tingkat paling atas. Berdetak jantung Zulkefli. Bahaya apa yang akan menghampirinya.

“ Saya cuma mahu mayat saya disempurnakan. Saya mahu mati seperti orang lain mati. Tapi kematian saya tragis” Kata Tasharina sambil menangis

“ Kenapa saya. Kenapa bukan Yahya ?” Soal Zulkefli. Yahya boleh berinteraksi dengannya

“Kerana Yahya tak ada kekuatan macam awak ada. Saya tahu awk berani.” kata Tasharina. Zulkefli mendiamkan diri. Lift mereka bergoncang kuat sebelum terhenti.

“saya ada dekat atas ini.” Kata Tasharina sebelum menghilangkan diri.

Zulkefli memandang pintu lift. Tak sempat dia menekan butang pintu lift terbuka. Lift yang dinaikinya ini tersangkut di tengah-tengah. Dia terpaksa memanjat ke atas kalau mahu keluar dari perut lift.

Hati tidak kuat. Andai tersalah pegang dia akan jatuh kebawah. Lama dia berdiri tegak. Zulkefli nekad untuk memanjat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience