BAB 3

Mystery & Detective Completed 5426

“Kita ada pekerja nama Tasharina. Tapi itu dulu sebelum kau mula kerja. Dua bulan lepas.” Kata Yahya. Segera bau Haiku hilang. Yahya menarik nafas.

“Mana dia?” Soal Zulkefli. Yahya terdiam lama. Kelu untuk berkata. Sejujurnya dia takut.

“ Rina dah meninggal. Katanya dibunuh tapi jasadnya tiada ditemui. Pembunuhnya masih bebas kerana tiada bukti boleh disabitkan.” beritahu Yahya.

“Tasharina dulu suka naik lift yang kau naik tadi tu. Lift tu dah lama lelaki tak naik. Perempuan sahaja yang naik. Tapi tak ramai yang berani. Mereka kata Tasharina ada dalam lift tu. Dia tak kacau orang. Tapi lepas kau naik.” Tokok Yahya lagi.

“Lepas aku naik kenapa?” Zulkefli cuak. Dia sudah menganggu sesuatukah.

“Tasharina nak kau tolong dia. Aku tak mampu.” kata Yahya. Rina aku dah tolong. Kau jangan ganggu aku lagi. Detik hati Yahya.

Zulkefli menyandar dikerusi. Bagaimana nak tolong kalau dia pun takut. Takut pada Allah. Bisik hatinya. Jam ditangan dikerling sekilas. Tepat lima petang. Waktu kerja sudah habis.

Dia menapak ke ruangan lift. Ramai pekerja berkumpul untuk menaiki lift. Dia bersandar didinding. Malas untuk berebut. Keadaan sudah pun surut. Dia berdiri diantara dua lift. Hidungnya mula menangkap bau Haiku lagi. Kakinya seakan memberat untuk melangkah ke lift 1.

Tubuhnya tiba-tiba ringan menghala ke pintu masuk Lift 2. Apabila pintu lift sudah tertutup baru dia tersedar. Butang buka ditekan. Tapi sayang tidak berfungsi.

“Awak tak nak tolong saya ke?” lembut suara gadis itu bertanya. Tubuh Zulkefli mengeras. Seram sejuk dirasakan. Jantungnya berdegup laju. Matanya perlahan-lahan menunduk kebawah.

Dia cuba memerhati dihujung mata. Berpakaian putih. Zulkefli menahan badannya dari mengigil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience