BAB 6

Mystery & Detective Completed 5426

“Kau dah sihat ke. Kenapa datang bawa polis ni?” tanya Yahya sebaik sahaja Zulkefli menjejakkan kaki di pejabat. Pertanyaan Yahya dibiar sepi.

Hanya pihak forensik dan pihak polis dibenarkan naik manakala Zulkefli tidak dibenarkan. Tapi pintu lift tidak tertutup. Ia mengundang pertanyaan ramai. Encik Farhan hanya tersenyum.

Dia sudah merosakkan suis utama lift tersebut. Zulkefli melangkah masuk kedalam perut lift, tidak semena-mena pintu lift tertutup dan bergerak ke atas. Wajah Encik Farhan pucat.

Zulkefli mengucap panjang. Sejujurnya dia berasa lega kerana dapat menyempurnakan mayat Tasharina. Angkara cemburu Tasharina diperakukan sebegitu. Di tuduh curang bersama lelaki lain. Tasharina merupakan tunang Encik Farhan.

Pada kejadian itu Encik Farhan tidak dapat mengawal kemarahannya. Tasharina dipukul dan dia ditolak.

Dia melangkah keluar dari surau. Malam ini dia membuat bacaan tahlil untuk arwah Tasharina. Syarikat Encik Farhan diambil alih oleh abangnya kerana dia telah didakwa. Zulkefli masih berkira mahu berkerja atau tidak.

“Tahniah untuk kau Zul.” kata Yahya.

“Terima kasih sebab ikut serta majlis ni.” ucapan Yahya n dibiarkan.

“Kenapa dulu kau tak tolong dia.” soal Zulkefli

“Aku nak tolong tapi aku tak mampu. Aku takut. Dah separuh jalan aku tak boleh buat. “Balas Yahya

“Kenapa Tasharina ganggu kau dulu.”

“Sebab aku janji nak bawa kan seseorang untuk tolong dia. Sebab itu aku panggil kau kerja dengan aku.” Jujur Yahya menjawab.

“Patut aku selalu bau perfeum Haiku,” Zulkefli mengeluh

“Aku minta maaf.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience