Rate

BAB 70 - KANADA

Romance Completed 455379

Sebuah pesawat sudah selamat mendarat di Toronto sebuah bandaraya yang terletak di selatan Ontario, Kanada. Bandaraya yang terletak pada Pantai barat laut dari Tasik Ontario, merupakan sebuah bandar terbesar di Kanada dan bandar kelima terbesar di Amerika utara..

Turunlah para penumpang pesawat itu menjejakkan kaki ke tanah setelah melalui penerbangan yang panjang selama lebih dari dua puluh jam tiga puluh lima minit.. Masing-masing menunjukkan ekspresi wajah yang ceria sebaik keluar dari pesawat berjalan masuk ke dalam bangunan lapangan terbang...

''Inas! Inas..! '' cemas saja suara Nusrah memanggil nama sahabatnya itu..

''kenapa ni Nusrah!'' tanya Inas .. Bertambah pelik bila Nusrah memegang dagunya. Lalu, menolak menaik keatas..

''stay.. Stay! Dongak saja keatas! '' kata Nusrah..

Inas yang sedang mendongak itu kembali menunduk melihat kearah Nusrah yang sedang gelisah mencari sesuatu didalam beg yang digalasnya..

''kau cari apa ni Nusrah?'' tanya Inas.

''kau ni! Aku kata dongak! Tengok keatas..'' bawah dagu Inas ditolak naik keatas sekali lagi..

''yang kau panic ni kenapa? Kenapa aku kena dongak ke atas.. Pula ni?'' tanya Inas .. Tangan Nusrah yang ada memegang dagunya ditempis..

''ooiit.. Kau ni!'' tangan Nusrah pantas menarik sehelai tisu dari bungkusannya.. Lalu terus dibawa tisu itu ke wajah Inas.

''aku makan comot ke tadi?'' tanya Inas dengan gelak kan kecil.. Nusrah diam tak membalas.. Serius sahaja wajahnya..

Tisu yang tadinya ada di wajah Inas kini sudah berada di tangan Inas.. Tanpa mengesyaki apa-apa Inas terus ingin meremukkan tisu itu.. Tangannya terkaku bila melihat ada rona merah yang tercalit di tisu yang berwarna kuning diraja itu.

'darah!' Bibir Inas yang tadinya sedang lebar tersenyum kearah Nusrah menjadi kecut..

''kita ke klinik dulu...'' kata Nusrah. Tanpa sempat Inas berkata walaupun sepatah.

Nusrah membuat panggilan kepada kakaknya.. Memberitahu yang mereka akan ke klinik berhampiran dan akan berjumpa di sana.. Sepanjang ke klinik dua wanita itu diam saja.. Baik Inas mahupun Nusrah. Teksi berhenti di sebuah klinik yang tak jauh dari lapangan terbang.. Nusrah menemani Inas masuk kedalam.. Untuk membuat pemeriksaan.. Walaupun pada awalnya Inas menegas keras untuk tidak membenarkannya masuk..

'' bloody nose is actually normal for pregnant mothers, starting the second trismester. The hormonones progesterone and estrogen cause your blood vessels to open wider or enlarge. At the same time... It increased blood supply in the body puts pressure on the fine veins at the time.. The damp layer or mucous membran inside you and will also swell and become dry.. It usually occurs every winter and dries. This causes the blood vessels inside you and It is easier to open and rupture, causing minor bleeding..'' terang doktor yang baru selesai merawat Inas.. Nusrah terangguk-angguk saja kepalanya mendengar penjelasan yang panjang lebar oleh doktor wanita separuh baya itu..

''So.. It normal doctor?'' tanya Nusrah.. Dia memandang Inas yang sedang duduk secara santai disebelahnya.. Kali ini doktor itu pula yang mengangguk.

''itulah Nusrah. Kan Inas dah kata tak ada apa-apa.. Perubahan cuaca ni..'' balas Inas..

''can I do a follow-up examination for my baby.. '' sambung Inas bertanya kepada doktor yang ada di hadapan mereka..

PAP! Satu tamparan hinggap di belakang bahu inas.. Tersentak Inas dan juga Doktor tersebut.

''apa kau cakap tadi Inas? Baby? '' Nusrah mengaru kepalanya.. Bingung..

'rupanya kau tak dengar apa yang doktor cakap.. Doktor ni pun cakap laju sangat.. Sampai tak perasan Nusrah..' Inas berpaling melihat kearah sahabatnya yang sedang dalam kebingungan.

''kan doktor dah cakap tadi..'' senyum saja Inas memberitahu kepada sahabatnya itu..

''baby! Aku blur ni? Bingung! Bingung!.. Kau mengandung ke?'' tanya Nusrah.. Inas menganggukkan kepalanya kepada sahabatnya itu..

''shall we..'' tanya doktor itu kepada inas.. Sungguh dia tak faham bahasa yang sedang dituturkan oleh dua wanita yang ada diadapannya itu.. Dia sendiri keliru sama ada mereka sedang bergaduh ataupun apa sekarang ni.

''kau tunggu jab yea.. '' kata Inas.. Menyerahkan beg tangannya kepada Nusrah yang masih bingung..

'aduh Inas.. Sampai hati kau tak bagi tahu aku! Kau buat aku takut inas! Kalau lah terjadi apa-apa.. Allahuakbar ! Apa yang aku fikirkan ni.. Aku tak patut ajak kau Inas.. Tak patut ajak kau merantau jauh.. Dengan keadaan kau yang sedang macam ni..'

Nusrah mengeluarkan telefon bimbitnya.. Terus dia menghantarkan pesanan ringkas kepada Abinya tenang keadaan Inas .. Sekaligus memberitahu yang mereka telah selamat mendarat di bumi Kanada. Nusrah meraup wajahnya sendiri.. Sungguh berita yang dia terima tadi sangat mengejutkan.. Dia yang sedang duduk di tempat duduknya menangkap bunyi degugan jantung.. Dengan gelak ketawa doktor tadi..

'denyutan jantung baby..! Kenapa kau buat aku serba salah inas!' Nusrah menggigit jarinya.. Kakinya dihentak hentak laju..

Telefon bimbit yang ada di dalam genggamannya berbunyi.. Jelas disitu tertulis nama abinya.. Imej wajah abinya yang sedang memeluk umminya jelas terpampang di situ..

'masak aku kali ni!' Nusrah menyerabutkan anak rambutnya.. Tetap juga jarinya megores untuk menerima panggilan itu..

''ass...''

''macam mana keadaan inas!'' tegas saja kedegaran suara Widad di sebelah sana.

''Assalamualaikum Abi..'' Nusrah memberi salam dengan lemah lembut tutur katanya.

''waalaikumsalam ! Inas macam mana.. Apa kata doktor?'' tanya Widad.. Berbunyi tak puas hati di sebelah sana.

''Abi! Bukannya Abi nak tanya anak Abi,ni ! Tapi Abi tanya orang lain pula.. Sedih la Nusrah macam ni..'' rajuk Nusrah.

''Abi tahu anak Abi sihat, dengar suara pun tahu!.. Abi nak tanya Inas..'' sekali lagi Widad mengulangi persoalannya.

''Inas okay Abi .. Hidung dia berdarah.. Sebab cuaca di sini sejuk.. Perubahan cuaca.. Itu yang doktor kata.. Sekarang ni Inas sedang check keadaan baby.. Dalam bilik tu.. Tadi Nusrah ada dengar bunyi jantung baby.. Rasanya semua okay..'' jawap Nusrah.

''keep me updated.. Tentang keadaan Inas dan bayi.. Nusrah disana buat sementara ni tengok-tengokkan Inas .. Tolong Abi jagakan Inas.. Kalau nak apa-apa.. Atau ada apa-apa.. Cepat-cepat bagi tahu Abi.. Faham tak ni!'' kata Widad..

''Abi ni! Buat anak Abi sedih.. Tapi tak apa.. Jangan risau, Insya Allah .. Nusrah akan jaga Inas baik-baik disini.. Lagipun ada kakak.. Abi jangan lah risau.. Abi disana jaga diri tau! Nusrah sayang Abi dengan Ummi..'' kata Nusrah ceria..

''ya! Nanti pula.. Ummi kamu call.. Abi dah nak keluar ni.. Assalamualaikum ..''

''waalaikumsalam .. Bye...'' panggilan diputuskan..

Nusrah melihat kearah telefonnya yang sudah kembali ke Mode biasa.. Inas kembali bersama doktor tadi ke ruangan yang ada Nusrah menunggu.. Inas menayangkan sekeping gambar kepada Nusrah.. Gambar hitam putih itu diperhatikan oleh Nusrah .. Mengamati setiap lekuk yang ada didalam gambar itu..

''ini gambar baby.. yang ada didalam perut kau tu ke inas?'' tanya Nusrah menunjuk kearah perut Inas ..

Inas menunduk melihat kearah perutnya, dan mengelus lembut disitu.. Dia kembali mendongak melihat ke arah Nusrah dan menganggangguk..

''lelaki ? Perempuan..? '' tanya Nusrah.

''rahsia..'' balas Inas..

Selesai urusan didalam bilik itu.. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik rawatan.. Di kerusi tempat menunggu sudah ada satu keluarga kecil sedia menunggu mereka.

''kakak!'' berlari-lari anak Nusrah menuju kearah kakaknya yang sedang duduk di samping seorang lelaki.. Lelaki itu nampaknya berasal dari sini, sedang mendukung seorang budak lelaki..

''Nusrah ! Tergejut tau kakak ni.. Bila Nusrah kata nak minta kakak ambik dekat sini!'' kata Nasrin sambil memeluk erat, satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

''tak kak! Bukan Nusrah ! Tapi Inas ni.. Ha!' Nusrah menunjukkan ke arah Inas yang ada di belakangnya.. Sebaik pelukan mereka terlerai.

''ni lah yang Abi bagi tahu tu..? Kawan Nusrah ya.. Inas..'' kata Nasrin.

''ya, saya Inas .. Maaflah kalau kedatangan saya ni..''

''ish-ishhh.. Tak payah la cakap macam tu.. Kami sangat alu-alukan kamu.. Jangan risau rumah akak dan suami muat untuk kamu..dan budak ni..'' Nasrin memicit pipi Nusrah .

''aduh kak! Ape ni, Nusrah bukannya budak kecil.. Lain lah kalau yang ni.. Aliff!!'' kini giliran Nusrah pula mencubit dengan geram kepada anak saudaranya yang jelas-jelas kelihatan seperti ayahnya.. Aliff sudah berpindah didukung oleh Nusrah.

''kak-kak! Tapi kan.. Nusrah nak bagi tahu ni.. Inas ni bukan nya datang seorang.. Tapi berdua.. Pandai dia sorokkan kak!'' usik Nusrah .. Membuatkan Nasrin terpinga-pinga sendiri..

''berdua? Akak tak nampak pun.. !??'' tercari cari Nasrin melihat sekeliling.. Tapi yang ada hanya mereka sahaja disitu.. Suaminya Andrew sudah membawa pergi beg bagasi mereka..

''jangan buat main ni.. Abang kamu dah pergi tu.. Kang ada juga yang tertinggal ni!'' tegas saja bunyi nada bicara Nasrin.. Sama persis Ayah mereka Widad.

''ni dalam ni! Tak tertinggal punya lah!'' Nusrah menunjuk kearah perut Inas yang berbonjol comel..

''what! Korang naik flight.. Dalam keadaan ....'' mulalah Nasrin membebel sepanjang jalan mereka menuju keluar sampai kedalam kereta.. Disambung pula dalam perjalanan ke rumah mereka.. Manakala dua orang wanita yang baru sampai dari tanah air itu, sekadar diam tak membalas sedikit pun.. Sesuai lah Nasrin dengan kerjayanya menjadi pensyarah di negara itu bersama suaminya.. Bersambung pula dia bersyarah kepada mereka berdua. Nusrah dan Inas sekadar menadah telinga.. Mendengar semua kata yang keluar dari Nasrin buat mereka berdua.

Alhamdulillah selesai.. Kita sambung esok pula ya.. Tq.tq.tq.. Luv you all.. Muaahhh muahh muaahhh (^-^)

Share this novel

esther marcus
2020-11-07 11:56:45 

nasib baik hidung je berdarah...ingatkan kenapa td...

K Monalissa
2020-11-06 18:17:54 

hey dear.. can you continue the chapter please.. thank you


NovelPlus Premium

The best ads free experience