Rate

BAB 3

Other Completed 6787

Pemuda-pemuda Islam di Kota Metropolitan ini khususnya, sentiasa melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t. Mereka sangat jahil dalam melaksanakan hukum Allah, sehinggakan tiada lagi masjid dan tempat ibadah yang berdiri di bumi Kota Metropolitan ini. Semuanya sudah diruntuhkan dan dibinanya pusat-pusat hiburan di sana sini. Rakyat Kota Metropolitan hidup dalam keadaan mewah dan lupa akan tempat asal mereka iaitu di sisi Allah s.w.t.

Keharmonian negara ini tidak lama. Kedatangan pengganas-pengganas Barat yang cuba menakluk negara ini telah merobohkan keamanan negara ini.

Rakyat diseksa dan ditindas.

Ada yang dibunuh secara kejam.

Pemuda-pemuda dipenggal kepalanya hingga terpisah daripada badan.

Ibu-ibu yang mengandung ditembak berkali-kali di bahagian perut mereka, sehingga mengorbankan nyawa mereka dan kandungannya.

Kanak-kanak dan wanita diperkosa dengan rakus di hadapan ayah dan suami mereka sebelum dibunuh secara kejam.

Rumah-rumah diceroboh begitu sahaja dan ahli keluarga yang berada di dalam rumah tersebut, ditembak berkali-kali di bahagian kepala sehingga tiada lagi keluarga mereka yang hidup di rumah tersebut.

Suasana menjadi begitu seram dan kelam.

Bunyi das tembakan di merata-rata tempat.

Tumpahan darah menjadi hiasan di jalanan.

Mayat-mayat bergelimpangan di merata-rata tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience