Rate

BAB 2

Other Completed 6787

Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah. Dengan terus menyelinap masuk melalui pintu belakang rumahku yang agak tersorok daripada pandangan pengganas-pengganas bersenjata itu, aku terus terduduk dan melepaskan sebuah keluhan berat. Airmata perlahan-lahan mengalir dari tubir mata yang semakin kuyu ini.

“Apakah dugaan ini dugaan terbesar yang terpaksa kami tempuhi di Kota Metropolitan ini? Apakah ini sebuah balasan yang Allah turunkan atas kejahilan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh hampir semua rakyat negara ini sejak bertahun-tahun dahulu lamanya? Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus.”

Doaku sambil mengesat pelupuk mata yang masih bersisa dengan airmata.

Kota Metropolitan, dahulunya sebuah negara yang pesat membangun, suasana yang aman dan damai, serta pelbagai kemudahan yang serba canggih dicipta di negara ini. Negara ini telah melahirkan ramai cendekiawan yang hebat di persada dunia. Kota Metropolitan, sebuah negara yang bebas perang, aman damai dan rakyatnya hidup dalam suasana yang harmoni walaupun berbilang bangsa. Semua rakyat di negara ini memeluk agama yang satu, iaitu Islam.

Namun, benarlah sabda Rasulullah s.a.w sebelum ini,

Diriwayatkan daripada Thauban ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al – Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience