Rate

BAB 5

Other Completed 6787

Baru sahaja memakai pakaian solatku, terdengar jeritan ibu sayup-sayup kedengaran. Aku berlari keluar dan hampir gugur jantungku melihat senapang yang dihalakan tepat di kepala ayah.

Tanpa berfikir panjang, aku berlari sekuat hati ke arah pengganas tersebut dan cuba menghalangnya.

Dia mengalihkan senapangnya lalu menghalakannya tepat di kepala aku. Aku menutup mata dengan begitu rapat sambil berdoa agar Allah membantu aku dan keluarga.

Setelah lafaz dua kalimah syahadah dilafazkan,

BANG!!!

“Allahu Akbar Allahu Akbar.”

Aku bangun terduduk. Kedengaran suara bilal melaungkan azan di surau di belakang rumahku.

Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya tadi. Lafaz syukur diucapkan tidak henti-henti kerana mimpi tadi bukannya kenyataan. Kulihat jam di dinding.

MasyaAllah, sudah masuk waktu Maghrib. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’ lalu terus menunaikan solat Maghrib.

Selepas itu, dua rakaat solat sunat Taubat aku iringkan dengan sujud yang penuh syahdu.

Ya, mimpi tadi seolah-olah hidayah yang ingin Allah tunjukkan kepadaku. Mimpi tadi seolah-olah ingin membuktikan sesuatu.

Aku hanya ada Dia! Tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semua ini hanya persinggahan sementara.

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan kembali kepadaNya.

Sang Pencipta hanya menghantar kita sebentar sahaja di dunia ini, untuk kita semua menjalani ujian keimanan dengan pelbagai cara tersendiri. Ada yang mampu melangkah dengan ujian keimanan ini, namun akhirnya tersungkur menyembah bumi keimanannya, sebelum mengadap Ilahi. Ada yang diselubungi kejahilan, namun akhirnya, Allah memberi cahaya hidayah sebelum Malaikat Maut datang menjemput.

Itulah hakikatnya. Airmata kembali mengalir. Allahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience