Rate

BAB 4

Other Completed 6787

Airmata mengalir lesu, laju menuruni pipiku yang cengkung. Ya, tiada apa yang dapat membantu negaraku kini. Tiada lagi peralatan canggih yang dicipta. Tiada lagi pemimpin-pemimpin yang sanggup membela. Tiada lagi pasukan-pasukan yang mampu menjaga. Hanya mengharapkan Sang Pencipta untuk memberi sedikit pertolongan.

Masih berharap.

Ya, aku masih ada Dia !

Tangisan adik kecil mematikan lamunan panjangku. Segera dilap airmata yang tidak henti-henti mengalir sebelum terus menapak dengan laju ke ruangan keluarga, tempat di mana ahli keluargaku berkumpul dan menyorok untuk keselamatan diri. Airmata yang cuba berhenti kembali mengalir apabila melihat ayah dan ibu memeluk adik-adikku dengan erat.

Di satu sudut, kelihatan datuk dan nenek tidur berpelukan, sepertinya mereka akan dipisahkan dengan kejam sebentar nanti. Airmata merembes keluar dari tubir mata masing-masing, menyebabkan airmataku semakin galak menuruni wajahku.

“Ibu, ayah, izinkan Along solat sebentar di bilik. Along ingin menyerahkan diri kepadaNya. Along ingin memohon keampunan bagi diri Along, keluarga kita juga bagi pihak seluruh rakyat negara ini, yang telah lama mengkhianati hukumNya serta melupai siapa itu Sang Pencipta. Izinkan sebentar, ya bu, ayah..”

Aku menundukkan pandangan ke lantai usang rumah kami kerana tidak sanggup melihat mata ibu yang memandang aku penuh kesayuan bersama kerutan kerisauan yang dipamerkan.

Namun, aku melangkah akhirnya setelah ayah menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

“Tindakan Along itu bahaya, nak. Pengganas-pengganas itu akan masuk ke rumah kita pada bila-bila masa sahaja. Ayah tidak mahu berjauhan dengan Along pada waktu itu. Namun, jika itu sahaja dapat menenangkan hati Along, pergilah. Ayah izinkan.”

“Terima kasih, ayah, ibu. Along solat sekejap sahaja..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience