Rate

BAB 1

Other Completed 6787

“Arghhhhhhhh!”

Percikan darah merah mengenai mukaku.

Kelihatan sahabatku, Amili sedang menggelupur kesakitan akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh salah seorang daripada mereka. Kini, pengganas-pengganas itu memaparkan kekejaman mereka dengan menghala senapangnya ke arah penduduk yang lain lalu menembak sesiapa sahaja yang bernasib malang. Semua orang lari bertempiaran menyelamatkan diri tanpa menghiraukan orang lain di sekeliling mereka.

Aku terpaksa meninggalkan Amili yang semakin tidak berdaya.

Ya, tiada sesiapa yang mampu membantu kami saat ini.

Aku berlari sekuat hati mencari tempat perlindungan sambil memerhatikan pengganas-pengganas yang sedang berkeliaran, agak jauh dari tempat aku bersembunyi kini.

Aku harus pulang ke rumah dengan segera. Perasaan sedih, takut, gentar, dan hampir berputus asa menyelinap ke dalam hati menjadi satu. Memikirkan keadaan ibu, ayah dan adik-adik serta ahli keluarga yang lain di rumah menguatkan hati aku untuk terus berlari kencang tanpa menoleh ke kiri mahu pun ke kanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience