Rate

BAB 3

Drama Completed 1064

Aku hanya menggaru kepala. Sudah banyak lagu yang aku main dan nyanyi sepanjang aku menjadi pemuzik jalanan di Pasar Seni ini. Aku tidak tahu.

“Din.” Latiff menepuk bahuku menyebabkan segala kata hati dan fikiranku terus sahaja senyap sunyi.

“Apa kata kau main lagu Ronnie. Dikoyak waktu. Lagu tu famous, Din. Aku dengar baru-baru ni masuk final AJL.” Nadanya kedengaran gembira.

Aku dapat rasakan yang Latiff sangat gembira sambil tersenyum lebar kerana dia punyai idea yang sangat bernas dan yakin aku akan bersetuju.

“Setuju!” Pantas aku memberikan kata putus.

Nampaknya, memang dia dapat memberikan keyakinan kepadaku. Ya, sentiasa!

“PAPA, kenapa orang tu jalan pakai tongkat? Dia dah tua ke papa? Tapi kenapa Yana nampak dia macam muda lagi? Sebab dia pakai cermin mata hitam. Cermin mata hitam yang papa selalu pakai.”

Aku tersentak mendengar kata-kata daripada seorang kanak-kanak kecil yang kebetulan sama-sama mahu melintas jalan denganku. Hatiku tergores sedikit dengan kata-katanya namun, apakan daya? Memang sudah aku begini.

“Din, sabarlah.” Latiff menepuk bahuku. Mungkin dia tahu isi hatiku ini. “Biasalah, budak-budak. Dia belum tahu apa-apa.” Dia tahu hatiku tergores dengan kata-kata budak kecil itu.

Aku hanya mengangguk namun, tiada sebarang patah perkataan pun yang keluar daripada mulutku.

Latiff memegang erat lenganku. Dia membantu aku untuk melintas jalan. Biarpun aku menggunakan blind stick namun, masih belum mencukupi. Masih banyak lagi kekurangan dalam diriku ini.

Dulu, aku boleh melihat dunia. Seperti semua orang. Dulu aku tidak buta. Tidak juga rabun. Penglihatanku jauh lebih baik daripada segelintir orang yang berkaca mata di luar sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience