Rate

BAB 1

Drama Completed 1064

GITAR yang berada di sudut bilik itu kucapai. Biarpun gitar itu sudah lusuh dan buruk namun, tetap menjadi pilihanku. Aku tersenyum. Kuraba gitar tersebut perlahan-lahan. Talinya masih utuh dan kuat.

Tubuhnya ? Eh maksud aku, tubuh gitar tersebut pada atasnya ada sedikit kesan terkopal. Aku akan baiki bahagian yang terkopak itu supaya lebih elok dan cantik dipandang orang.

Bunyinya? Aku mencuba memetik gitar tersebut. Ternyata bunyinya juga masih sama. Masih seperti dulu. Tiada apapun yang berubah. Tanpa kusedari bibirku menguntum senyuman walaupun aku tahu aku tidak akan dapat melihat senyuman itu.

Gitar tersebut kuletakkan kembali di sudut bilik. Kusandarkan baik-baik supaya gitar tersebut tidak terjatuh. Kemudian, aku sambung aktivitiku yang tergendala tadi.

Hipster Pomade kuletakkan pada rambutku agar nampak rapi dan hmm… kacak! Bak kata rakanku yang memperkenalkan kepada aku pomade ini. Katanya menjadi trend jejaka-jejaka Malaysia di luar sana. Aku… ikut sahaja.

Kusisir rambutku dengan kemas menggunakan sikat. Setelah kuyakin kemas, aku capai pula kaca mata hitam. Kukenakan kaca mata hitam untuk nampak… kacak? Tidak! Bukan kacak tujuannya. Aku… mengenakan kaca mata hitam ini atas alasan yang tertentu.

“Din, sudahlah tu. Kau dah cukup handsome dah!” Kedengaran suara rakanku, Latiff menegurku dari arah belakang.

Latiff juga merupakan rakan serumahku dan juga peneman aku selama ini. Aku tidak punya sesiapa kecuali Latiff dan Latiff juga tidak punya sesiapa kecuali aku. Kami senasib. Sebatang kara.

“Kau ni, Din. Cepat sikit! Pak Mat teksi dah lama tunggu kita kat luar tu.” Dia, memang tidak habis-habis membebel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience