Rate

BAB 2

Drama Completed 1064

“Yelah, Latiff. Tunggu aku sekejap,” balasku agar Latiff boleh mengunci mulutnya daripada terus-terusan membebel.

Oh, lupa! Aku belum perkenalkan diriku. Namaku Khairuddin tapi orang panggil aku Din. Nama penuh? Tak perlulah semua itu. Cukuplah tahu nama samaran aku dan nama panggilan aku sahaja. Usiaku masih muda. Baru mencapai 42 tahun. Kacak? Semestinya kacak.

PASAR Seni. Tempat aku dan Latiff mencari rezeki. Kami berdua bekerja di sini. Pelukis? Tidak! Bukannya kami pelukis di sini. Kami hanyalah pemain muzik jalanan sahaja. Bak kata orang sekarang, busking. Ya, busking! Dan kami pula buskers.

Alhamdulillah. Hasil kami yang tidak seberapa ini dapatlah menampung perbelanjaan kami di sini.

Aku meletakkan blind stick milikku di tepi dinding berdekatan dengan aku berdiri.

“Din, hari ini kau nak main lagu apa?” tanya Latiff.

Aku dapat rasakan yang sekarang dia sedang mengerut dahi sambil memandang ke arahku. Matanya pula mula mengecil dek menahan cahaya matahari yang terkena matanya.

Aku tidak dapat melihat segala reaksinya bahkan wajahnya tetapi aku dapat mengagak berdasarkan nada suaranya. Naluri hatiku kuat!

Aku mendiamkan diriku sambil perlahan-lahan cuba untuk duduk di atas bangku kecil yang kami bawa. Kuraba bangku tersebut sebelum melabuhkan punggungku untuk memastikan bangku tersebut berada di kedudukan yang betul.

“Aku pun tak tahu, Latiff. Semua lagu kita dah main.” Aku buntu. Tidak dapat berfikir. Otakku kosong kini, sekosong hatiku.

Beberapa saat kemudian, aku tidak mendengar suara Latiff. Dia diam. Mungkin sedang berfikir barangkali ataupun sedang menyusun alatan muzik untukku berdasarkan bunyi-bunyian yang terhasil daripada alat muzik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience