Rate

BAB 5

Drama Completed 1064

Aku terdiam saat gegendang telingaku menangkap soalan yang keluar daripada mulut Latiff. Lama aku mendiamkan diri.

“Anak-anak kau? Takkanlah diorang tak cari kau?” Mungkin dia menyedari aku mendiamkan diri menyebabkan satu lagi soalan diajukan kepadaku.

Kuhadam dua soalan tersebut sebaiknya. Sukar sebenarnya mahu menjawab soalan tersebut walaupun mudah sebenarnya. Jawapan dia terlalu sukar untuk aku lontarkan.

“Latiff, aku hmmm…” Aku mulakan bicara namun, terhenti seketika. Aku tidak dapat meneruskannya. Nafas kuhela lemah namun, panjang.

“Entahlah, Latiff.” Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menuturkan bicara.

“Sampai sekarang diorang tak cari aku pun. Dah berapa tahun aku duduk kat sini? Tak ada sorang pun yang datang cari aku. Entah-entah diorang ingat aku dah mati.”

Hatiku tiba-tiba sahaja sayu saat menuturkan satu perkataan itu.

‘Mati’. Ya, mati! Satu perkataan yang pasti dan semua makhluk di atas muka bumi ini akan merasainya. Kita sahaja yang tidak tahu bila.

“Yalah, kemalangan tu pun dah cukup buat semua orang percaya yang aku dah mati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience