Rate

BAB 6

Drama Completed 1064

Kemalangan, yang menyebabkan aku begini. Satu kemalangan yang ngeri dan memang membawa kepada maut yang telah aku alami suatu ketika dahulu.

Masih segar dalam ingatan namun, tidak mahu pula aku ceritakan. Cukuplah ianya hanya tersimpan sebagai satu peristiwa hitam yang pastinya tidak akan berulang kembali.

“Kau… tak nak cari diorang?” Latiff bertanya lagi. Mungkin dia bosan agaknya sampaikan tiada topik lain yang mahu dibualkan.

Aku tertawa halus. “Buat apa aku nak cari diorang?” Lucu dengan soalan yang kudengar sebentar tadi. “Diorang yang sepatutnya cari aku. Kalau aku cari diorang dalam keadaan aku macam ni kau rasa… diorang nak ke terima aku?” Sengaja aku mempersoalkannya.

Latiff diam. Mungkin dia tidak punya jawapan.

Aku juga tidak punya jawapan untuk soalan itu. Biarkan. Biarkan soalan tersebut terus sahaja menjadi tanda tanya tanpa jawapan kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan seterusnya.

“Jika aku mampu melihat dunia lagi…”

Mungkin bukan tiap semua soalan perlukan jawapan. Kadang-kala ada soalan yang kita sendiri tidak perlukan jawapannya. Biarkan soalan tersebut menjadi tanda tanya sampai bila-bila.

Bukan semua cerita perlukan pengakhirannya. Ada juga cerita yang tergantung dan mungkin tidak berakhir.

Sama seperti cerita kehidupanku yang aku rasa tidak perlukan pengakhirannya. Kerana aku tahu pengakhiran tiap sesuatu adalah rahsia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience