BAB 4

Romance Completed 505

Aku membuntangkan mata memandang ayah. Mana mungkin ibu bertindak
sedemikian. Aku tidak percaya. Ayah sengaja mereka-rekakan cerita untuk
menutup kesalahan mereka.

“Pada mulanya memang ibu nak berpisah dengan ayah kerana ibu tahu
perhubungan ayah dan kakak Ruhaya . Ayah tidak tahu macammana ayah boleh
terpikat pada kakak Ruhaya kerana tiada satu pun kekurangan ibu pada
ayah. Ayah rasa sangat bersalah. Cinta serta kasih sayang ayah terhadap
ibu tidak pernah berkurangan. Ayah tak sanggup untuk berpisah dengan ibu
dan berharap agar ibu dapat menerima kehadiran kakak Ruhaya , tapi ibu
tidak sanggup. Sebab itu ayah tinggal berasingan agar kami sama-sama
mempunyai ruang untuk berfikir” sambung ayah.

“Ini semua salah ayah dan perempuan tu. Kalau dia tak goda ayah dan iman
ayah kuat, tentu semua ini takkan terjadi” marahku lagi. Air mataku
terus mengalir laju.

“Memang ayah tahu salah ayah. Selama tinggal berasingan kami nekad untuk
berpisah dan ayah ingin kembali pada ibu dan Laila. Namun belum sempat
ayah suarakan keputusan kami ibu terlebih dahulu datang berjumpa kami.
Dan dia ingin ayah mengahwini kakak Ruhaya . Ibu Laila ingin mengenali
bakal pengganti dirinya. Dia nak mendidik kakak Ruhaya untuk menjadi
seorang ibu yang terbaik bagi Laila dan isteri yang sempurna untuk ayah”
sambung ayah yang mula memerah matanya.

Aku hairan. Mengapa perlu ibu mendidik kakak ‘jahat’ itu? Aku hanya
perlukan ibu dan tidak mungkin akan menerima ‘ibu’ lain sebagai
pengganti dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience