BAB 6

Romance Completed 505

Dan yang penting sekali, ibu sempat mendengar kata-kata cinta dan sayang
dari ayah. Ibu juga sempat tahu betapa aku menyayanginya sepenuh hati.
Dan ibu juga sempat mendengar janji kakak Ruhaya untuk menjaga kami
dengan baik.

Benarlah kata arwah ibu. Ini semua adalah kehendak Yang Maha Esa. Dia
turunkan hujan lebat yang memporak-porandakan hidup kami. Kemudian dia
kurniakan kami pelangi yang amat cantik untuk kami nikmatinya. Arwah ibu
pernah cakap, kakak Ruhaya adalah insan terpilih untuk menjadi ‘ibu’
kapadaku dan teman hidup ayah. Dan seharusnya aku menghormati dia
seperti aku menghormati ibu. Dan arwah ibu juga kata yang dia juga
bersyukur kerana telah terpilih untuk mengetahui siapa pengganti dirinya
sebelum dia pergi. Dan bagiku, aku sebenarnya insan terpilih untuk
merasai kebahagian bersama ibu walaupun untuk seketika cuma dan
kebahagiaan ini berterusan bersama kakak Ruhaya dan ayah hingga akhir
hayatku. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience