BAB 2

Romance Completed 505

Dan ayah, seperti biasa akan pulang ke rumah hanya pada hujung minggu.
Dan kebiasaanya kepulangan ayah disambut dingin oleh kami. Walau hakikat
sebenar kami amat merinduinya, tetapi ingatanku kepada perempuan yang ku
gelar ‘kakak jahat’, yang menemani ayah ke majlis harijadiku, mengatasi
kerinduanku pada ayah.

Ayah melemparkan senyuman mesra padaku, tapi tidak pada ibu yang sedang
menghidangkan minuman petang di atas meja. Peelnya itu membuatkan aku
tambah benci kepada ayah. Aku benci kerana ayah tidak menyayangi ibu
lagi. Aku benci pada ayah yang tidak menghargai ibu lagi. Juga aku marah
pada ibu yang tetap melayan ayah dengan baik walaupun hakikatnya ayah
tidak mempedulikan perasaan ibu lagi.

“Kenapa ayah tak ceraikan saja ibu?.” Pertanyaanku bagaikan sebiji bom
yang memecah kesunyian. Ayah tersedak. Ibu terlopong. Masing-masing
tidak sangka aku boleh menyebut perkataan cerai.

“Kawan-kawan Laila pun ada yang ibu bapa mereka bercerai. Mereka lebih
bahagia selepas ibu-bapa mereka berpisah. Jadi ayah tunggu apa lagi!
Ceraikan ibu. Biar ibu dan Laila boleh hidup tenang tanpa ayah. Dan ayah
boleh pergi dengan ‘kakak jahat’ tu” Luahku lagi.

Ibu tersenyum sinis sambil memandang ayah. Muka ayah merah merona
menahan marah.

“Saya pun hairan, kenapa abang tak nak ceraikan saya. Saya tak rela
bermadu. Saya takkan tuntut sebarang harta dan hak lain jika kita
berpisah nanti. Cuma saya nak Laila tinggal bersama saya dan saya takkan
halang abang untuk bertemu dengannya” ibu mula bernada lembut, cuba memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience