BAB 5

Romance Completed 505

“Ibu sakit Laila. Hayat ibu takkan lama. Ibu mengidap penyakit barah
otak…” Ayah tidak dapat meneruskan kata-kata. Air mata lelaki itu sudah
pun mengalir laju.

Aku Terpempam. Semua kekeliruan bagai direntap keluar dari benak
fikiranku. Ibu mengidap penyakit barah otak. Dan dia sedar hayatnya
takkan lama. Dia mahu aku dan ayah hidup bahagia. Sebab itu dia mahu
mengenali Kakak Ruhaya untuk mengetahui sama ada dia layak atau tidak
untuk menjadi ‘ibuku’ dan seterusnya mendidik kakak Ruhaya agar kehidupan
kami tidak akan sengsara nanti.

Mulai detik itu, aku berlakon, cuba untuk berbaik-baik dengan ayah dan
Kakak Ruhaya , demi untuk kebahagiaan ibu. Mereka tetap melayanku dengan
baik walaupun sedar itu hanya lakonan semata-mata. Kami semua menjaga
ibu dengan penuh kasih sayang. Ibu sempat mengajar kakak Ruhaya seribu
satu macam hal rumah tangga. Dan ku lihat ibu makin hari makin gembira
dan ceria. Aku mula menaruh harapan.

Akhirnya, seperti yang dijangkakan doktor, ibu pergi meninggalkan kami
dengan aman. Harapanku hancur lebur. Ibu pergi dalam dakapan ayah. Ibu
sempat berpesan agar ayah dan kakak Ruhaya menjagaku dengan baik. Dan aku
menangis teresak-esak bila ibu sempat bergurau yang dia akan pergi
dengan mata tertutup dan tersenyum kerana dia yakin kami akan tetap
bahagia selepas ketiadaannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience