PROLOG

Action Completed 161566

“TIARA. Anak mommy. Tolong ya sayang. Itu satu-satunya jalan untuk Tiara sentiasa selamat. Hanya dia sahaja yang boleh lindungi Tiara. Jaga Tiara. Lagipun dia bukan orang luar sayang. He is also a part of us too.” Tiara Helena yang duduk bersandar di kepala katil hospital hanya kaku statik tidak bersuara. Hanya air matanya sahaja yang lebat mengalir membasahi pipi.

“Pandang mommy sayang. Tiara terima ya. Tiara discharge dan kita langsungkan akad nikah dulu. Bila Tiara betul-betul sudah sembuh. Baru kita langsungkan majlis.” Tiara Helena hanya merenung kosong ke arah Puan Karmila. Sebetulnya dia tiada daya mahu melawan dan memberontak. Jiwanya terlalu letih. Begitu juga dengan kondisi fizikalnya yang masih lagi lemah.

**

LAMA beliau merenung wajah cantik pucat yang sedang lena di atas katil hospital sambil membelai rambut dan mengelus pipi mulus Tiara Helena.

“Soon... you will be my queen. That’s an order... my little precious treasure.” Dia berbisik sebaik sahaja melabuhkan kucupan hangat di dahi wanita kesayangannya.

Mellbie ISR
Republished cum Editing: 27/11/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience