BAB 3

Action Completed 161566

Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

DAYYAN Rafael Kim yang duduk dalam posisi mendepakan kedua belah tangan yang diletakkan di sisi kiri dan kanan sofa lounge VVIP Night Club dan kakinya dilunjur bersilang di atas meja di hadapan. Sambil memerhatikan ragam manusia yang ralit dengan duniawi ciptaan masing-masing.

“Bos. Semua mayat kitaorang sudah hapuskan malam tadi. All vanish!” Harith Hamsyar. Orang kanan utama Mafia the Za’os memberi laporan kepada ketuanya.

“Errr... Bos. Bos.” Harith Hamsyar mula memandang ke arah Jackson Smith, Ramzul Hakimi dan Raymond Lim. Juga merupakan orang kanan utama Mafia the Za’os. Pelik melihat bos mereka mengelamun dan kadangkala tersenyum sinis secara tiba-tiba! Mahu menegur… karang tidak pasal-pasal kena tembak! Bukan boleh buat main kalau datang angin baran Dayyan Rafael Kim. Boleh tunggang terbalik Night Club!

Tiara Helena Muhammad Gerald Abdullah. Menjadi punca Dayyan Rafael Kim mengelamun dan tersenyum. Teringat akan insiden dia memeluk Tiara Helena di kamar beradu miliknya di rumah papa. Bukannya beliau tidak tahu wajah adik tirinya itu. Dia sudah pun melihat gambar Tiara Helena dan disimpan kemas… dan dibawa ke mana sahaja. Cuma malam itu dia terkejut. Dah sudahnya si Tiara Helena masa itu memakai masker lumut di muka. Mahunya dia tidak terkejut! Ingatkan terpeluk langsuir sesat mana yang datang menyinggah ke biliknya! Nasib baik tak mati kejung! Al-maklumlah. Semenjak beliau sudah berpindah ke tempat baru. Kamar beradunya ditinggalkan lama tidak berpenghuni dan, bukan main kuat lagi tendangan Tiara Helena! Masih lagi terasa senak di dada.

“Raf honey...” Terhenti lamunan Dayyan Rafael Kim apabila dirasakan ada satu beban sudah duduk di atas ribaannya dan juga ada tangan halus yang begitu galak mengusap pipi dan dada bidangnya.
Natalia Imani Dato’ Nikman. Jikalau tidak mengenangkan ayah perempuan itu merupakan rakan baik papanya dan juga share partner syarikat di Dayyan’s Holdings. Sudah lama dia campak perempuan ini ke dalam gaung!

“I miss you so much Raf. Last time we hangout together and spend time... like about one week ago before you fly to Russia for some business matters. Then, bila you sudah balik ke sini. You tak cari I pun...” Dayyan Rafael Kim hanya menjongket sebelah kening melihat aksi Natalia Imani yang terliuk-lentok di atas ribaannya. Sepasang tangan halus itu usah cakaplah. Begitu galak merayap meraba manja tubuh badannya yang tegap. Namun dia hanya membiarkan sahaja.

“I am a busy businessman, Nat. Since I take over papa position about two years ago as CEO to Dayyan’s Holdings.” Dayyan Rafael Kim tersenyum sinis. Bukan sahaja dia sibuk dengan urusan sebagai pewaris tunggal Dayyan’s Holdings. Malah beliau juga sibuk dengan urusan yang lagi satu itu. So called as second cruel and ruthless job!

“Honey... nanti kita dah kahwin jangan busy macam ni tau. Abaikan I.”

“Nat, jom! Let’s dance. Anytime from now client Rafael datang mahu berbincang. You know... business matters.” Raymond Lim yang memahami isyarat mata tajam Dayyan Rafael Kim segera menarik tangan Natalia Imani menuju ke lantai dansa Kelab Malam. Natalia Imani yang tidak sempat berkata apa-apa hanya mengikut sahaja langkah Raymond Lim.

Harith Hamsyar, Jackson Smith dan Ramzul Hakimi juga bangkit daripada sofa lounge VVIP setelah menerima isyarat mata daripada Ketua Mafia mereka. Isyarat mahu bersendirian.

Dayyan Rafael Kim kembali mengelamun sambil menandang ke atas siling bercahaya lampu malap Night Club miliknya.

Tiara Helena. Such a precious treasure. My little precious treasure...

****

THE DAYYAN’S MANSION

“WAH! Riuh sungguh dapur pagi ni. Boleh mommy join?” Tiara Helena yang galak bercerita kenangan pengajian di Sydney sambil membantu Mak Hana memasak untuk lauk makan tengah hari serta-merta mendiamkan diri. Begitu juga dengan Mak Hana... yang diam lalu memberi tunduk hormat kepada Puan Sri Karmila.

“Err… Puan Sri. Tak payahlah. Nanti Tan Sri bising. Cik Tiara ni pun saya sudah larang tapi degil. Nak juga tolong Mak Hana. Maaf ya Puan Sri.”

“Mak Hana tak payahlah nak minta maaf dengan Puan Sri Karmila tu. Mak Hana tak perlu takut kalau sebab pangkat ada title ‘Puan Sri’. It just nothing.” Tiara Helena menyindir mommy sambil memotong bawang di atas meja bar island kitchen.

“Cik Tiara... janganlah cakap macam tu dengan mommy Cik Tiara.” Lembut Mak Hana menegur Tiara Helena. Serba salah dia rasa. Tersepit di antara konflik tidak diundang di dalam dapur. Di antara Puan Sri Karmila dan juga Tiara Helena.

“Mak Hana. Berapa kali Tiara sudah pesan. Panggil Tiara saja. Tak payah nak ber cik, cik bagai. Tiara tak gila pangkatlah. Tiara hanya manusia biasa. Anak yatim lagi. Tak gitu… Puan Sri Karmila?” Tiara Helena memacakkan pisau di atas papan pemotong dan berlalu pergi meninggalkan mommy yang sudah terbentuk sayu raut wajahnya dan Mak Hana yang sudah terbungkam di dapur.

*

“TIARA. Boleh papa nak cakap dengan Tiara sekejap? Jom ikut papa ke mini library.”

“Nak cakap... cakap sajalah dekat sini!” Terhenti orak langkah Tiara Helena sebentar yang sedang menuju ke lif tanpa menoleh ke belakang.

“Come Tiara… please.” Entah bila masa Tan Sri Dayyan Raziman Kim melintasinya dan kini lelaki itu sudah berada di dalam perut lif.

Dalam keterpaksaan, Tiara Helena melangkah masuk juga.

*

PERPUSTAKAAN MINI

“CUBA Tiara bagitahu papa. Apa yang perlu papa buat? Mahu damaikan Tiara dengan mommy dan penerimaan Tiara untuk kehadiran papa dan Abang Rafael dalam hidup Tiara.” Tan Sri Dayyan Raziman Kim akhirnya bersuara setelah agak lama juga beliau menunggu anak tirinya ini bersuara dahulu tetapi itu hanyalah sia-sia sahaja. Tiara Helena lebih suka mendiamkan diri.

“Tiara need time to accept all this. That’s all.”

“Papa faham Tiara need times to cool down. Tapi jangan sampai menyakitkan hati mommy. Sedih papa tengok. Hampir setiap malam mommy menangis. Mommy rindu sangat dengan Tiara yang dulu. Papa tahu Tiara sudah dewasa. Sudah umur 23 tahun pun. Tapi bila Tiara sudah betul-betul capai satu tahap kematangan yang kekal. Tiara akan faham dengan situasi mommy. Kenapa mommy buat keputusan macam tu. Tiara tak suka tengok mommy bahagia? Cuba Tiara bandingkan kehidupan mommy dan Tiara dulu selepas pemergian arwah daddy. Mommy suffered a lot, right? Mahu besarkan Tiara. Mahu gembirakan Tiara dan mahu bagi Tiara capai impian dan cita-cita Tiara. Banyak yang mommy berkorban untuk Tiara dan pergorbanan mommy pada Tiara tak ternilai rasanya. Jadi tak salahkan kalau mommy juga mahu mencari kebahagiaan dia sendiri. Tapi mommy tetap tak ketepikan Tiara. Tiara sentiasa istimewa di hati mommy. Sama jugalah dengan arwah daddy. Papa tak rampas hak istimewa arwah daddy Tiara dalam hati mommy sebab papa pun juga kehilangan isteri tercinta sewaktu lahirkan Abang Rafael dan arwah isteri papa pun mommy tak rampas hak istimewa dalam hati papa. Kenangan tetap kenangan Tiara. It’s the matter how papa and mommy move on. Untuk saling melengkapi.”

Perlahan-lahan Tiara Helena bangkit daripada sofa dan mula mengatur langkah ke pintu kamar perpustakaan mini.

“Bagitahu papa, Tiara. Anything that you wish for dan papa akan penuhi sebagai tanda Tiara sememangnya anak perempuan papa. Izinkan papa menjadi ‘papa’ yang terbaik untuk Tiara. Izinkan papa isi ruang di dalam hati Tiara yang sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah selama 17 tahun tu…”

****

DAYYAN’S HOLDINGS

DAYYAN Rafael Kim baru sahaja membaca laporan daripada unit Sumber Manusia yang mengusulkan cadangan untuk pengambilan staf dan pelajar praktikal baharu bagi setiap unit di Dayyan’s Holdings dan usul ini pula dikemukakan oleh setiap Ketua Jabatan yang memerlukan staf. Terutamanya di bahagian Public Relations (PR) and Marketing.

“Of course!” Terjongket sedikit senyuman Dayyan Rafael Kim. Lantas mencapai Iphone 11 di atas meja. Lalu menghubungi Harith Hamsyar.

Tiara Helena. Kau akan sentiasa di depan mata aku! You are not allowed to go anywhere! You will stick with me forever. Because… that’s an order. My little precious treasure!

Mellbie ISR
Republished cum Editing: 28/11/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience