TIARA HELENA. Begitu rapat dengan mommy semenjak kematian daddy tercinta sewaktu beliau berusia 6 tahun akibat kemalangan jalan raya. Dia masih ingat lagi janji Mommy kepadanya iaitu tiada lelaki yang boleh menggantikan tempat arwah daddy dan tiada rahsia di antara mereka walaupun sekelumit. Tetapi segalanya berubah apabila Puan Karmila memaklumkam bahawa dia sudah berkahwin lain. Dengan seseorang yang sudah lama beliau kenali di zaman sekolah rendah lagi. Merupakan seorang duda yang mempunyai anak satu... dan yang paling membuatkan Tiara Helena tidak boleh menerima hakikat bahawa mommy merahsiakan usia perkahwinannya... yang sudah SETAHUN berkahwin! ~ Huh! Patutlah mommy beria-ria tak bagi aku balik habiskan cuti semester di Malaysia tahun lepas! Sampai hati mommy buat Tiara macam ni! ~ Semenjak itu. Tiara Helena berubah perangai. Baran dengan cara yang unik. Kurang bercakap. Tetapi sekali bercakap. Tutur kata sentiasa sinis meniti di bibir... yang sememangnya mencabar kesabaran sesiapa sahaja! *** DAYYAN RAFAEL KIM.. Jejaka sempurna dari segala segi. Tetapi sangat dingin, serius dan baran! Merupakan pewaris tunggal DAYYAN'S HOLDINGS... dan juga merupakan MAFIA BOSS THE ZA'OS! Dia sama sekali tidak kisah papanya berkahwin lain dan dia sememangnya merestui mama baru. Menjadi sebahagian daripada keluarga The Dayyan's... dan juga menerima bahawa dia mempunyai seorang adik perempuan tiri. "Jangan sibuk hal aku. You are just nothing to me!" "You will be my queen. That's an order... my little precious treasure..." Karya exclusive ©Mellbie ISR.
View All Chapters (Total 32 Chapter)
Update 01 June 2023
2023-06-01
Thanks Mell..rindu betul dengan dia.. hihij
2023-06-01 1 Replies
ate...udoh lama sepi Tampa berita ni....2 chap je ke...bkn biasa 5 Chap ke....hihihi.....jgn mare....gurauuuuuu.....tq sis....the best...pasni update datin jazlyn pulok yer....
2023-05-27 3 Replies
ate citer ni mmg udoh xde nyambung lagi ke camne??