BAB 2

Action Completed 161566

Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

TIARA Helena mengunyah roti bakar dengan riak mimik muka yang tersangatlah selamba! Tidak menghiraukan renungan si dia yang dikenali sebagai Rafael. Merangkap abang tirinya… yang sedang berposisi duduk bertentangan... yang begitu tajam mencerlung ke arah beliau sambil mengunyah hidangannya dengan agak kasar sehingga berkerut-kerut pelipis dahi! Mulut bukan main ngap makanan. Tetapi pasang mata itu langsung tidak mahu kalih merenungnya!

“Rafael… janganlah tenung Tiara macam tu. Bukan salah dia tidur di bilik Raf malam tadi. Salah papa sebab teruja sangat dapat anak perempuan baru dan terus cakap dengan Tiara pilih saja mana-mana bilik yang dia suka di tingkat empat tu. Raf pun satu hal! Cakap tak boleh datang ke majlis sebab mahu settle urusan Raf yang itu tu...” Tan Sri Dayyan Raziman Kim menekan dalam perkataan ‘urusan’ dan ‘itu’ pada anaknya dengan renungan penuh makna, dan hanya mereka anak-beranak dan juga Puan Karmila sahaja yang tahu akan maksud di sebalik renungan dan urusan yang itu… itu!

“Papa minta maaf ya Tiara. Bilik Tiara memang di tingkat empat tapi sebelah dengan bilik Abang Rafael... yang pintu bilik color maroon itulah bilik Tiara.” Tan Sri Dayyan Raziman Kim begitu berhati-hati menuturkan kata pada anak tiri beliau dan dia tahu yang anak tirinya ini masih lagi tidak boleh menerima hakikat yang mommy nya sudah berkahwin lain.

“Tiara ada plan apa-apa hari ini, sayang? Kalau Tiara nak pergi ke mana-mana... Ronny boleh bawakan Tiara.” Puan Karmila akhirnya bersuara bagi memecahkan kesunyian yang agak lama di ruang kamar santapan.

“Tiara nak balik ke rumah arwah daddy.” Dingin dan perlahan suara Tiara Helena bertutur.

“Errr... actually Tiara. Mommy sudah ubah rumah tu jadi tadika dan rumah untuk anak-anak yatim.” Terhinjut bahu Puan Karmila! Terkejut dengan hempasan gelas di atas meja.

“What did you just say, mommy? Rumah arwah daddy. Mommy buat jadi tadika?! Rumah untuk anak-anak yatim?!” Naik turun nafas Tiara Helena menahan amarah sambil menggenggam kuat gelas di tangannya.

“Tiara, mommy...”

“Alright then! Tiara cari rumah sewa lain. Once semester tamat. Tiara balik ke Sydney. Then continue practical dan cari kerja di sana until I get my PR. Bina hidup yang baru without you mommy!”

“Tiara. Jangan marah mommy macam tu. Mansion ni sudah cukup besar dan papa sudah sediakan semua keperluan Tiara dalam mansion ni. Tiara tinggal dengan kami ya. Berkenaan dengan Abang Rafael... Tiara tak perlu risau. Dia sudah ada rumah sendiri. Kadang-kadang saja singgah ke sini.” Tan Sri Dayyan Raziman Kim mula bersuara dalam cuba meredakan ketegangan di antara si anak dan si ibu.

“Kau bukan papa aku!”

“Hey little girl! Don’t be so rude talking like that in front of my father. Tolong hormat sikit!” Si dia yang bernama Rafael itu sudah mula melempar kasar sudu di tangannya ke dalam pinggan.

“Hey Mister! Look at here. My face! Ada nampak macam aku kisah ke?!” Tiara Helena memetik jari dan memberi isyarat jari bulatan di seraut wajahnya ke arah so called her stepbrother!

“Mommy! Whether you like it or not. With or without your permission. Tiara tetap akan keluar dari rumah ni hari ini juga! Tiara akan cari rumah sewa or check in la di mana-mana pun. Atau tidur di rumah kawan Tiara di sini. Ataupun susah-susah sangat. Biar Tiara tidur saja di rumah arwah daddy. Minta izin penghuni di situ. Yalah... Tiara kan anak yatim juga!”

“Tiara Helena binti Muhammad Gerald Abdullah!!!” Naik seoktaf suara Puan Karmila.

“I’m done talking!” Tiara Helena lantas bangkit daripada kerusi meja makan dan terus berlalu perg. Menuju ke kamar beradunya yang terletak di tingkat empat rumah agam.

“Bagi dia masa Karmila...”

Tiara Helena hanya sayup-sayup sahaja terdengarkan akan suara suami baru mommy yang sedang memujuk lembut wanita itu.

*

TIARA Helena melunjurkan kakinya yang sedang duduk di lantai balkoni luar kamar beradu dalam posisi santai bersandar menghadap ruang kamar miliknya yang sebenar. Dekorasi mengikut citarasanya yang bertemakan maroon-coco colorful bling. Tiara Helena sangat sukakan sesuatu yang bling! Sudah menjadi satu trademark untuk beliau. Dia suka membeli sticker colorful manik berbentuk diamond dan menempel benda alah itu di mana-mana sahaja. Terutamanya pada barangan kesayangannya. Ya! Dia sangat suka dengan dekorasi kamar ini yang sedikit sebanyak meredakan amarah di dalam hati dek pertegangan urat dengan mommy sewaktu bersarapan tadi.

“Tiara...” Antara sedar dengan tidak. Puan Karmila sudah melabuhkan duduk di lantai balkoni secara bertentangan dengannya.

“Mommy tahu keputusan dan tindakan yang mommy ambil ni… mommy sudah mungkir janji pada Tiara. Buat Tiara marah sangat dengan mommy. Tiara sayang. Mommy pun manusia biasa juga. Tak lari daripada keinginan untuk mulakan hidup baru. Arwah daddy tetap istimewa di hati mommy dan juga di hati kita berdua, Tiara. Papa Raziman dan Abang Rafael. Diaorang terima kehadiran mommy dan diaorang terima kehadiran Tiara dengan hati yang terbuka. Papa Raziman tu… teruja sangat dapat anak perempuan baru. Teruja papa sampai dia dahulukan Tiara tau dari anak lelaki dia sendiri. Sampai papa ‘halau’ lah si Abang Raf tu tinggal di tempat lain. Cuma sekali-sekala saja abang singgah ke sini.” Puan Karmila menarik senafas dalam sebelum menyambung bicaranya.

“Tiara tinggal di sini ya sayang. Mommy merayu. Jangan pergi dari sini. Mommy tahu Tiara tak maksudkan apa-apa dengan apa yang Tiara cakapkan tadi. Tengah marahkan? Macam-macamlah keluar bahasa yang tak elok. Mommy cukup kenal dengan anak mommy ni… yang macam mana orangnya. Manja sangat. Lembut, adorable... like a babydoll.”

“Fine!”

Puan Karmila begitu gembira. Akhirnya Tiara Helena mengalah juga. Puan Karmila bingkas bangun. Mahu memeluk anak kesayangannya tetapi tingkahnya terhenti apabila Tiara Helena memberi isyarat jari telunjuk. Tidak membenarkan beliau mendekati anak itu.

“Tiara hanya stay di sini sehingga semester break tamat. Hanya empat bulan sahaja... then Tiara akan balik semula ke Sydney. Tiara sudah decide mahu buat praktikal last semester di sana. Then Tiara will find a job there until I get my PR dan tinggal di sana buat selamanya. Never come back to Malaysia again. Fullstop!”

“Tiara...”

“Please mommy! Selagi Tiara masih lagi ada rasa hormat. Please leave me alone. Give me some space to cool down myself. Mommy pun tahukan yang Tiara ni macam mana orangnya. Only I can cool down my ownself. Dengan cara Tiara sendiri. Tapi mommy. Jangan letak harapan tinggi sangat! It takes quite sometimes. Maybe a day... a week... a month... a year... or forever for the rest of my life!”

**

“CIK Tiara. Mak Hana ada bawa air untuk Cik Tiara.” Tiara Helena yang sedang berbaring terlentang di atas kerusi pool furniture yang terletak di hadapan kolam renang sambil mendengar earphone sedikit tersentak apabila terasa bahunya dicuit.

“Ermm... Tiara tak ada minta air pun... errr...”

“Mak Hana...”

‘Itulah! Pasang kuat lagi lagu di earphone!’ Tiara Helena hanya mengumam sinis. Menyindir diri sendiri di dalam hati.

“Tak apa Cik Tiara. Mak Hana memang saja buat air untuk Cik Tiara.” Tiara Helena hanya tersenyum manis dan kembali berbaring dengan mata dipejamkan semula. Menyambung kembali lamunan dan hanya sebelah telinga sahaja disumbatkan dengan earphone.

**

“BOLEH tahan jugakan perangai! Tak padan dengan Tuan empunya badan! Rude... very rude!” Tiara Helena membuka sedikit kelopak matanya dan terpacak tegak satu figura tinggi dan tegap di hadapannya sambil berpeluk tubuh dengan muka yang cukup dingin dan serius. Panahan mata itu usah cakaplah. Tajam menikam mencerlung ke arahnya!

“Cakap dengan diri sendiri ke tu? Entah celah mana muncul. Dengan tak bagi salamnya terus sound orang. Cakap rude bagai...” Tiara Helena seperti biasa. Begitu sinis tutur katanya.

“Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

“Oh... Islam rupanya...” Tiara Helena terasa mahu tergelak saat melihat gerakan tulang rahang di pipi lelaki itu dengan kedua belah tangannya yang sudah mengepal penumbuk.
“Well… sebagai status abang tiri yang more matured than you. Tak ada masa nak gaduh dengan so called little stepsister.” Dia mula melabuhkan duduk di atas kerusi pool furniture yang terletak bersebelahan tempat beliau berbaring santai.

“Nama abang, Dayyan Rafael Kim. What’s your name girl?” Dayyan Rafael Kim mula memperkenalkan diri.

“I bet that you know my full name this morning. Rasanya suara mommy sudah cukup kuat sebut nama aku. Siap berbinti lagi.” Tiara Helena hanya bersuara tanpa kalih pandangannya pada lelaki yang so called her stepbrother itu.

“Nak ke mana tu, Tiara Helena binti Muhammad Gerald Abdullah?”

“Masuk bilik... tidur!” Terjungkit sinis bibir Tiara Helena apabila Dayyan Rafael Kim menyebut penuh namanya. Saja je nak berbahasa-basi dengan aku!

“Jangan salah masuk bilik Tiara. Nanti kena peluk.”

“Kau diamlah!!!” Tiara Helena tanpa menoleh. Terus sahaja berjalan ke hadapan.

“Such a little precious treasure...” Dayyan Rafael Kim hanya memandang penuh redup langkah Tiara Helena. Tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Mellbie ISR
Republished cum Editing: 28/11/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience