BAB 1

Action Completed 163863

Malaysia – IMBAS KEMBALI: TUJUH BELAS TAHUN YANG LEPAS (1)

“TIARA baby, mommy masuk ya.” Tiara Helena yang berbaring mengiring membelakangi pintu kamar beradu hanya diam. Tidak menyahut panggilan Puan Karmila. Hanya esakan tangisan sahaja yang berbunyi sambil memeluk gambar dan kemeja arwah daddy.

Sebaik sahaja selesai perkebumian daddy selepas waktu Asar sebentar tadi. Tiara Helena terus mengurungkan diri di dalam kamar beradunya. Melepaskan segala tangisan kesedihan kehilangan daddy tercinta. Kehilangan yang amat perit dirasakan bagi anak sekecilnya yang baru sahaja berusia 6 tahun.

“Daddy pergi cepat sangat dari Tiara dan mommy. Daddy tak sempat nak tengok Tiara membesar. Why daddy... why?!”

“Tiara. Jangan macam ni sayang mommy. Allah cakap kalau kita tangisi pemergian orang yang kita sayang... roh tak tenang di alam sana. Tiara sayang daddy kan? Kalau sayang daddy… stop crying sayang. Kita sedekahkan doa banyak-banyak untuk daddy ya.” Puan Karmila yang sudah berbaring mengiring di belakang tubuh kecil Tiara Helena memeluk erat anak kesayangannya sambil mengucup dan membelai rambut anak kecilnya itu. Dia juga sedih di atas kehilangan belahan cinta hatinya secara mengejut akibat kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi. Mengelak batu-bata yang jatuh dari muatan lori yang padat.

“Tiara nak daddy...” Tiara Helena memusing tubuh kecilnya secara mengiring menghadap Puan Karmila. Lantas memeluk mommy dengan begitu erat dan melepaskan tangisan yang kuat di dalam pelukan Puan Karmila.

“Shhh... Tiara. Jangan macam ni sayang. Mommy kan ada. Tiara masih ada mommy sayang...” Betapa Puan Karmila cuba sedaya mungkin bertutur dengan tenang walaupun beliau juga amat sedih dengan kehilangan insan yang dia cintai dan sayangi. Demi anak perempuan tunggal kesayangannya. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh lemah.

“Pandang mommy sayang. Tenung dalam-dalam mata mommy.” Puan Karmila memegang wajah Tiara Helena sambil mengesat air mata anak kesayangannya.

“Mulai saat ini. Hari tarikh daddy pergi dari hidup kita. Mommy janji dengan Tiara tak akan ada sesiapa pun yang akan gantikan tempat daddy dan mommy janji... dan Tiara pun kena janji dengan mommy juga tau. There is no secret between us no matter what. Sebab Tiara hanya untuk mommy dan mommy hanya untuk Tiara. Sampai bila-bila…”

IMBAS KEMBALI TAMAT: TUJUH BELAS TAHUN YANG LEPAS (1)

****

Masa Kini

“MISS... Miss...” Tersentak lamunan Tiara Helena apabila dirasakan bahunya ditepuk lembut oleh seseorang.

“Err... yes?” Terkebil-kebil Tiara Helena memandang figura di hadapannya. Pramugari yang sedang tersenyum manis ke arah beliau.

“We are already touch down Miss. KLIA. Welcome back to Malaysia, Miss. Mesti Miss rindu sangat dengan keluargakan? Sampai berair mata tu…”

Rindu? Huh! Perasaan itu sudah lama terhapus dalam kamus hidupnya. Sejak setahun yang lepas!

Tiara Helena hanya melemparkan senyuman tipis kepada sang pramugari yang sentiasa cantik tersenyum manis kepadanya. Dia mula membalas senyuman. Only just for courtesy! Walhal hatinya sudah membengkak menahan sakit hati dan amarah yang membuku!

*

“CIK Tiara Helena?” Tiara Helena yang sedang melunjur kaki di atas kerusi bertentangan mengurut lembut kakinya bagi meredakan lenguh kerana duduk terlalu lama di dalam kapal terbang. Penerbangan transit yang memakan masa selama hampir 31 jam dari bumi Sydney, Australia ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Tiara Helena hanya menjongketkan sebelah kening. Memandang satu figura lelaki bersuit hitam. Namun Tiara Helena tidak mengendahkan teguran lelaki bersuit hitam tersebut dan dengan selamba beliau kembali meneruskan urutan ringan di kaki.

“Mommy Cik Tiara minta saya jemput Cik Tiara. Boleh kita bergerak sekarang?” Tiara Helena menepis tangan lelaki bersuit hitam itu yang mahu mengangkat bagasinya.

“I don’t know you. Why I should follow?” Dingin suara Tiara Helena dengan hanya melempar pandangan ke hadapan sahaja.

“Nama mommy Cik Tiara Puan Sr... errr Puan Karmila kan… dan saya tahu nama penuh Cik Tiara. Rasanya sudah cukup untuk Cik Tiara percayakan saya.” Lelaki bersuit hitam itu cuba meyakinkan Tiara Helena bahawa dia sememangnya boleh dipercayai.

“Nowadays… semua orang boleh bagi nama penuh tanpa ragu. Your explanation still not convincing me enough stranger!”

Tiara Helena menjeling sekilas memandang huluran telefon pintar yang disuakan kepadanya... dan beberapa saat kedengaran suara mommy di talian.
Tiara Helena bangkit daripada kerusi dan mengikuti lelaki bersuit hitam itu yang dikenali sebagai Mr. Ronny.

Mommy ada bodyguard. Wow! Who are you married to mommy? Whatever! I still hate both of you… and also your husband’s son!

Bencinya sampai tahap tidak sudi mahu melihat gambar keluarga tirinya. Dipadamkan terus!

**

TIARA Helena hanya berdiri statik sambil berpeluk tubuh. Jauh daripada orang ramai. Tetapi matanya tajam menikam memperlihatkan kemesraan mommy bersama suami barunya yang begitu gembira melayani para tetamu yang hadir.

Tiara Helena tidak menyangka pada sebelah malamnya. Mereka membuat satu kejutan untuknya. Menganjurkan majlis meraikan kepulangannya sekaligus meraikan in advance Anniversary mommy bersama suami barunya. Ulangtahun perkahwinan yang kedua tahun! Kemarahan akan isu perkahwinan mommy setahun yang lepas masih lagi belum reda. Ini ditambah pula lagi setahun!

Tiara Helena menyisir sedikit rambut ikal panjang separas bawah bahu dengan jemarinya dan membetulkan sedikit black dress separas lutut yang tersarung di tubuh. Lantas berjalan mendekati pasangan bahagia itu! Huh! Annoying!

“Mommy. Can we talk?”

“Is this your daughter Karmila? She is so beautiful. Like a doll with her long black hair and her sparkling big eyes...”

Tiara Helena hanya membentuk senyuman sekilas biasa ke arah kenalan Puan Karmila.

“Jom abang. Tiara mahu bercakap dengan kita.”

“Privately mommy. Just only two of us!”

Suami baru mommy yang menangkap jelingan tajam Tiara Helena hanya tersenyum.

*

"SAMPAI hati mommy buat Tiara macam ni! Tell me. Who am I to you?! Setahun. S.E.T.A.H.U.N mommy keep this news from me! Mommy lupa ke janji mommy pada Tiara dulu?!”

Tiara Helena dan Puan Karmila kini berada di perpustakaan mini yang terletak di tingkat tiga. Bersua muka secara privasi tanpa gangguan sesiapa.

“Mommy minta maaf sayang. Bukan niat mommy mahu merahsiakan. Mommy sudah lama mahu bagitahu Tiara. Tapi bila mommy fikirkan semula. Mommy tak mahu tumpuan Tiara yang masa tu nak exam terganggu…”

“What kind of excuses mommy bagi ni?! Takut Tiara hilang fokus?! Such a cliché excuses! Better think back again mommy! My focus and my life… and whatsoever already totally lost focus right now! Seminggu dua bolehlah terima lagi... maybe. But about a year you keep it secretly!”

“Tiara mahu pergi mana tu…”

“Masuk bilik. Tidur!”

“Majlis belum habis lagi sayang…”

“Did I ask you to do it for me?! No right?! So that’s totally not my damn problem!” Tiara Helena terus melangkah keluar dan menghempas kuat pintu kamar perpustakaan mini. Berjalan pantas menuju ke kamar beradunya yang terletak di tingkat empat sambil mengesat titisan air mata yang sudah mulai lebat mengalir membasahi pipi.

*

TIARA Helena berbaring mengiring di atas katil. Dia hanya menutup mata di dalam suasana kamar beradu yang hanya diterangi cahaya lampu meja malap di sisi katil sambil memasang earphone.

‘Ermm... mommy datang nak pujuklah tu! Malas layan. Buat-buat tidur sahaja lagi bagus!’ Tiara Helena mengumam di dalam hati apabila dirasakan comforter ditarik perlahan. Kebiasaan mommy dulu-dulu apabila Tiara Helena merajuk. Puan Karmila akan menyusup masuk ke dalam bilik dan tidur bersamanya.

Ish! Apa ganas betul mommy hempas badan dia atas katil! Sampai melantun sikitlah badan aku. Mommy nak protes macam aku juga ke? Ewah... mana boleh! Seorang sahaja yang protes. Cukup!

Tiara Helena merasa seram sejuk apabila dirasakan ada satu sentuhan tangan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini lalu menarik beliau dan memeluknya dari belakang. Siap angkat sebelah kaki lagi tu letak atas kaki dia... But wait! Mommy punya pelukan tak macam ni!

Sebaik sahaja Tiara Helena menoleh kepalanya ke belakang. Beberapa ketika dia terkaku blur merenung sepasang mata tajam yang juga sedang merenung ke arahnya.

Tindakan refleks terkejut Tiara Helena tanpa dia sedar membuat aksi flipback dan menendang tubuh badan manusia yang tidak dikenali itu sekuat hatinya. Impak daripada tendangan tersebut juga membuatkan Tiara Helena dan juga orang itu jatuh dari katil secara bertentangan! Seorang tergolek jatuh ke sisi kiri dan seorang lagi tergolek terkena penangan tendangan Tiara Helena jatuh ke sisi katil kanan.

“Who the hell are you?!”

“Kau siapa hah?!”

“Kau buat apa dalam bilik aku?!”

Tiga baris ayat yang dituturkan secara serentak di antara Tiara Helena dan juga si dia yang tidak dikenali.

“Tiara... Rafael. Kenapa ni?!”

Serentak dengan itu kamar beradu yang sedari tadi berada di dalam mode malap kini sudah terang benderang. Tiara Helena memandang ke arah mommy dan si dia yang tidak dikenali memandang ke arah suami baru mommy.

“Siapa dia ni?!”

Serentak Tiara Helena dan si dia bersuara keras tegang sambil menunding jari ke arah sesama mereka dengan muka dan renungan masing-masing sudah terbentuk bengis dan berkerut dalam menahan amarah dan sakit akibat aksi jatuh terlentang di sisi kiri dan kanan katil!

Mellbie ISR
Republished cum Editing: 27/11/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience