Bab 1

Romance Completed 12700

Tanggal 5 Mei, 2000 pada tarikh ini 11 tahun yang lalu…..

Air mataku mengalir tatkala melihat kereta yang dipandu abah makin jauh meninggalkanku di tempat serba asing bagiku sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah asrama penuh di Perak. Setengah jam dari sekarang kami mesti berkumpul di dewan untuk sesi orientasi atau taaruf yang akan tamat pada Jumaat ini. Fasa kehidupan yang baru tanpa family. Aku akan cuba untuk jadi sekuat mungkin. Ku harus selalu ingat matlamat aku datang sini untuk menuntut ilmu. Kesedihan itu tentunya dialami oleh semua orang.

Aku dan salah seorang dormate aku yang juga schoolmate aku masa sekolah rendah berjalan untuk ke dewan bagi slot pertama sesi taaruf yang akan bermula bila-bila masa. Beberapa minit selepas aku dan qistina menapak masuk ke dalam dewan, slot pertama bermula dan yang pentingnya abang fasi yang mengelola sesi ini sangatlah handsome dan berkaliber. Habis ingatan aku kat family melayang.

Selepas beberapa minggu aku di sekolah itu, tak lah banyak maklumat yang aku dapat pasal dia. Yang aku tahu nama abang tu abang aiman. Tapi aku suka gelarkan dia abang chipsmore, sebab dia nie kejap ade, kejap tak de, macam chipsmore larrr. Hanya Qistina, best friend aku tu jer yang tau aku suke kat abang chipsmore. Tapi agak menyedihkan abang tu dah ade girlfriend. Tapi aku tak tau la saper. Taun depan aku dah tak boleh nak tatap wajah hensem abang chipsmore lagi sebab taun ni dia dah form 5. Huhuhu…tapi dapat tengok dari jauh pun dah okey… segala isi hatiku berkaitan abang chipsmore dan gambarnye aku abadikan dalam diari kesayanganku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience