Bab 4

Romance Completed 12708

Malam itu, aku menelefon Fuad. ” helo, kenapa you call I nie, I sibuk la,” begitu dingin jawapan Fuad. Aku sudah cuak. ” I ada masalah la,” jawabku penuh hati-hati. Fuad di hujung talian tidak bersuara, menambah cuak yang ada. Dia dah tahu ke hal sebenarnya? Marahkah dia? ” minggu lepas, ade orang datang pinang I, family I dah terima, macam mana ni, ape yang I nak buat?” masih tiada respon dari pihak di sebelah sana. “Fuad….” ” Masanya dah sampai.” jawab Fuad, perlahan tapi sempat ditangkap oleh telingaku. “Apa maksud you? I tak faham.” Jika tadi aku takut-takut untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Fuad tapi sekarang aku lagi takut menanti kata-kata seterusnya dari Fuad. “Risya, I have a confession. Harap you pun tabah untuk dengar ni. I’m somebody’s fiancé since five months ago .” Tersentap jantungku mendengar penjelsan Fuad, telefon yang terasa sedikit longgar kembali kukejapkan. Cuba mengawal diri agar bertenang. Aku menjangkakan bahawa Fuad akan marah denganku tapi kini adakah aku yang perlu marah pada Fuad? Tidak, bukan tu yang aku rasa saat itu. Hatiku tidak langsung berbekas dengan berita Fuad apatah lagi bersisa marah. Aku jadi manusia paling tenang tiba-tiba. Apa mungkin aku reda barangkali bahawa inilah pengakhiran cinta aku dan Fuad, cinta yang dibina bertahun-tahun tiba-tiba terlerai dalam beberapa minit saja! “Risya, ok ke tak ni?” suara Fuad mendatar,terselit rasa kesal. “I’m ok. Fuad, I reda kalau itu takdir ALLAH untuk kita.” Ujarku. “Thank you for everything, halalkan apa-apa yang pernah you bagi pada I, thanx a lot, jangan cari I lagi lepas ni, assalamualaikum,” itulah kata-kata terakhirku pada Fuad.

……………………………………..

Seminggu lagi akad nikah antara aku dan Faheem akan dijalankan. Setelah 3 hari berturut-turut aku melakukan istikharah dan aku mendpat jawapan melalui mimpi apabila ada seorang bayi lelaki muncul dalam mimpiku dan bagaikan tersenyum ke arahku, aku terus berikan green light pada ayah. Dan atas permintaanku hanya majlis kesyukuran secara kecil-kecilan sahaja yang akan dibuat selepas akad nikah. Pada mulanya, ibu membantah rancanganku, tapi aku balas kata-kata ibu ” tolonglah ibu, apa ibu cakap kakak ikut, please kali ni ibu dengar apa pulak yang kakak cakap, please bu”. Akhirnya ibu bersetuju dengan berat hati, sudah tentulahkan , aku anak bongsu perempuan, semestinya ibu nak buat majlis yang meriah. Tapi aku tak kisah pun, walaupun banyak yang aku impikan masa majlis perkahwinan ku nanti seperti yang tercatat dalam diariku. Gaun pengantin yang telah aku lakar sendiri, cincin pun aku nak tempah yang aku lakar sendiri dan di dalamnya diukir nama aku and nama hubby aku. Macam yang Gu Jun Pyo bagi kat Geum Jan Di dalam filem Boys Over Flowers . Dan aku tak nak kek pada hari perkahwinanku, tapi chocolate fountain yang akan dicelup dengan strawberry. Nampak macam berangan terlebihkan, padahal tak tau pun dapat kawen dengan sape, entah-entah pilot bus, kalau pilot air bus tak pe lah jugak. Tapi it juz impian dan angan-angan. Dan sekarang ianya kekal sebagai angan-angan semata-mata. Akan ku tutup diariku itu buat selama-lamanya…biarpun diari itu telah menemaniku sejak aku form 1. Tamatlah segala kisahku tentang abang chipsmore dan bermacam-macam lagi. Good bye my beluve diary.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience