Bab 2

Romance Completed 12700

Sekarang, aku dah bergelar seorang guru biology di salah sebuah sekolah menengah di Putrajaya. Citer pasal abang chipsmore telah cuba ku padam dari semasa ke semasa tapi tak boleh dinafikan tetap ada sekelumit ingatan ku padanya. Setelah spm aku dengar dia telah melanjutkan pelajaran ke Russia dalam bidang perubatan. Berbekalkan semangat untuk jadi doctor cam abang chipsmore, aku belajar bersubgguh-sungguh, tapi aku hanya dapat course biology (pendidikan). Kira oklah tu kan, kalu tak expert lam biology, mane boleh nk ambek medic kan. Setelah menamatkan 4 tahun pelajaran di peringkat ijazah, aku dipostingkan ke putrajaya… aku sangat bertuah kerana hanya dipostingkan ke putrajaya bukan nun jauh di lubuk antu ker…tapi ke mana pun aku, aku tetap akan menjalankan tugasku sebagai pendidik yang diidamkan sejak kecil lagi, seperti ayah dan ibu.

Hari ini aku akan bertolak pulang ke Ipoh, kampung halamanku kerana semalam ibu call dan menggesa aku untuk pulang ke kampong hari ini. Katanya ada hal penting. Aku turutkan saja, aku pun bukan ada apa nak buat weekend ni.

Aku sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh ibuku, ada orang datang meminang dan ibu telah menerimanya tanpa bertanya kepadaku terlebih dahulu. Andai ku tahu inilah berita yang bakal ku terima setelah dipaksa pulang dengan segera ke rumah, aku takkan pulang. Kenapa ibu sanggup buat sebegini rupa padaku. Ini soal jodoh, seharusnya ibu perlu bertindak lebih bijak, soal jodoh bukan perkara main-main. Tapi insyaalah aku akan bertindak sebijak mungkin sebagai seorang yang berpelajaran. Aku perlu bertanya cerita selanjutnya daripada ibu. Aku perlu tahu latar belakangnya.

Aku ke dapur untuk mencari ibuku. ” ibu, boleh kakak tanya satu soalan?.” “Hmm, tanyalah, apadia?.” “ibu, budak tu kerja apa?.” “Budak mana?.” Eeiii… buat tak tahu la pulak ibu ni, geramnya. Sabarlah hati. “alah, yang datang pinang kakak tu la.” “Mak dia yang datang pinang kamu, bukan dia.” ” cakaplah elok-elok ibu, dah la ibu terima pinangan tu, tak tanya kakak dulu.”

“budak apanya?, dah bapak budak pun .” “hah… ibu ni biar betul” Ya Allah .. kejutan demi kejutan aku terima hari ini. Apalah ujian yang bakal kau uji aku Ya Allah. “betullah, kenapa pulak ibu nak tipu kamu. Dia ada anak sorang, lelaki, lima bulan baru umurnya. Kecik-kecik lagi, ibu dah meninggal,” kata ibu dengan suara yang kedengaran sebak.

Macam mana ni, dengar ibu cerita sedih la pulak. Lelaki tu, seorang duda kematian isteri ketika bersalin anak lelaki sulung mereka. Dia bekerja sebagai doctor di Putrajaya, berdekatan dengan tempat aku mengajar. Dia ingin menjaga sendiri anaknya, tetapi tidak diizinkan oleh keluarganya dan keluarga sebelah arwah isterinya, melainkan dia berkahwin semula. Itulah antara cerita yang diberitahu ibu kepada aku.

Ya allah , mana aku nak campak ‘boyfriend’ kesayangan aku ni. Aku nak cerita kat sapa ni, hai la peningnya. Kenapalah, masalah datang bertimpa-timpa.

Dah la tu, mak cakap dalam masa sebulan ni pernikahan aku dengan mamat doktor tu akan dilangsungkan. Macam mana aku nak buat ni. Ha,,, sasaran pertama aku, acik, abang aku yang nombr tiga, yang tu kerja arkitek.

“helo, acik , kakak ada masalah besar ni, tolong kakak, acik. Kakak dah tak tau nak buat macam mana ni,” tanpa berhenti aku bercakap. ” kakak, ape cakap macam peluru ni, cuba cakap slow-slow. Barulah acik faham apa kakak nak cakap,” cakap acikku separti biasa dengan penuh diplomasi.

“acik, ada orang datang pinang kakak, duda anak sorang,” kataku dengan penuh perasaan. ” baguslah, ada jugak orang yang nakkan adik acik yang sorang ni,” balas acik selamba.

“acik, cakaplah betul-betul. Acik ingat kakak ni desperate sangat ke nak bersuami, hah?” ” ok, laki tu kerja apa?, dia tinggal kat mana?.” ” dia doctor, kakak tak tau dia tinggal kat mana, tapi dia kerja kat putrajaya. Dia anak kawan ibu.” “oklah tu, dia kerja pun dekat dengan kakak, kakak jangan fikir dia tu duda anak satu, tak layak untuk kakak, kakak pun bukannya muda lagi, 24 dah pun.”

” mana kakak nak campak ‘boyfriend’ kakak tu?.” ” padan muka kakak, sapa suruh tak bagitau ayah dengan ibu, ayah dengan ibu dah terima ke pinangan tu?” ” acik memang jahat, tulah yang menjadi masalahnya sekarang, ayah dengan ibu dah terima pinangan tu.”

“macam ni, kakak cuba berbincang dengan ayah dan ibu, tapi acik tak boleh nak jamin la pasal ibu, kalau ayah, acik rasa ok jer.” ” tu la pasal, kakak tak takut dengan ayah, tapi dengan ibu kakak tak berani.” Adik- beradikku telah masak dengan perangai ibu yang terlebih tegas daripda ayah, maklumlah ibu pesara guru besar. ” kakak cuba cakap dengan ayah dulu, tanya pendapat ayah,” kata acik memberi pendapat.

Perbualanku dengan acik berhenti di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience