Bab 6

Romance Completed 12708

Setelah lebih kurang 3 bulan aku menjadi ibu kepada Aqif dan ‘isteri’ Dr. Faheem, hubunganku dengan Faheem semakin okey walaupun masih ber ‘I’, ber ‘you’.

Esok, Acik akan kawen dengan dengan kekasih hatinya kak Sarah. Untungkan Acik dapat kawen dengan pilihan hatinya, tak macam aku. Tapi aku tetap bersyukur kerana dapat merasa ada anak secomel Aqif, manalah tahu aku tak sempat nak menimang cahaya mata sendiri. Tapi, sumpah aku sikit pun tak anggap Aqif macam anak tiri aku. Dia tetap anak aku dunia akhirat.

Ketika melihat persandingan Acik dan kak Sarah, aku tak dapat menahan air mata, walaupun majlis Acik dan kak Sarah taklah seperti majlis perkahwinan impian aku, tapi aku tetap rasa terkilan dan cemburu. Aku tahu Faheem nampak aku nangis. ” you nangis eh?”, tanya Faheem. ” mesti you cemburuka tengok orang lain kawen buat majlis grand, tapi you tak,. Tu lah sape suruh kawen dengan duda macam I ni… ada anak lagi tu”. Dia terus- terusan berbisik-bisik di telinga ku. Like I care!!!!!sepatutnya aku tak rasa macam ni, itukan permintaan aku. Bodohkan aku……

……………………………………………………………………

” ayah, boleh ke kalau ayah ajak ibu sekali pergi surau malam ni?” tanya Faheem kepada ayah mentuanya, Encik Arsyad. ” ada perkara yang Faheem nak bincang dengan ayah dan ibu saja, boleh kan??” sambung Faheem lagi. ” boleh, no problem,” jawab Encik Arsyad.

Selepas solat isyak di surau, Faheem membawa ayah dan ibu mentuanya ke restoran berdekatan. ” apa yang Faheem nak cakap kat ibu dengan ayah”, tanya Puan Saleha tak sabar. ” kalau Faheem cakap ibu dengan ayah jangan terkejut. Masa majlis Acik, Faheem nampak Arisya nangis . Faheem tahu mesti dia sedih sebab dia tak pernah rasa bersanding dan ada majlis perkahwinan macam orang lain, walaupun sebenarnya itulah permintaan dia, tapi Faheem tahu di sudut hati dia bukan itu yang dia nak. Mungkin sebab dia hanya nak tunjuk marah dia sebab terpaksa kawen dengan duda anak satu macam Faheem,” ayah menyampuk, ” tak baik cakap macam tu, Faheem. Dah tertulis kamu jodoh Arisya.” Faheem menyambung bicaranya ” kalau boleh Faheem nak mintak tolong ayah dengan ibu.Faheem nak buat majlis persandingan Faheem dengn Arisya, biarpun dah basi. Semuanya Faheem akan uruskan. Kita buat kat hotel ataupun dewan jer. Guna catering. Faheem tak nak susahka ibu dengan ayah juga mama dan papa. Cuma Faheem nak ayah dengan ibu cakap kat Arisya yang ini semua rancangan ayah dan ibu juga mama dan papa. Jangan cakap yang Faheem yang rancang semua ni. Boleh ke?”.

” ayah dengan ibu tak de masalah, kan ibu? Tanya ayah pada ibu. ” ibu ok jer”, jawab ibu dengan senyuman. “Esok papa dan mama akan datang, untuk bincang hal ni”, sambung Faheem.

…………………………………..

” kami berempat dah sepakat nak adakan majlis persandingan kamu, bulan depan, by hook or by crook, no excuses” terang ayah sebagai wakil ibu, papa dan mama.

“hah” terkejut beruk aku dibuatnya. Dah la, tetiba terpacak mama dengan papa kat rumah ibu ngan ayah, padahal baru semalam aku, Faheem dengan Aqif jumpa dengan mereka. Aku segera berpaling ke arah Faheem untuk meminta bantuan. Tapi Faheem hanya menjongketkan bahu dan buat muka bodoh jer. Sabarlah hati…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience